Skip to main content

Simple Escape Fia Fikri

Assalamualaikum wbt semua.

Memandangkan Mr Fikri cutinya hanya sehari dalam seminggu kerja, jadi agak susah sikit nak escape pegi jejauh uolz. Tapi, sedaya upaya Asy nak plan, sehari tulah yang masa untuk kita date betul-betul. Spend time sama-sama. Boleh je sebenarnya. Pergilah mana-mana pun, yang penting kita planlah mana yang berbaloi dengan masa yang kita ada.

So, kami dah terjah Thai Food Fest di Kuala Selangor. Asy dah banyak kalilah lalu Kuala Selangor, since kampung mama dekat Sabak Bernam. Tapi untuk Mr Fikri, ini baru kali kedua beliau sampai di Kuala Selangor.

Sawadikappppp


Di mana Thai Food Fest diadakan?

Thai Food Fest 2016 diadakan di Stadium Kuala Selangor, yang mana kami dua-dua baru first time sampai. Macam-macam review dari kawan-kawan Asy yang dah pergi. Ada yang cakap best, ada yang cakap harga makanan mahal, ada juga yang cakap tak berapa menarik sebab tak banyak pilihan makanan.

Jangan takut sesat, sebab ada banner yang akan guide anda sampailah ke tapak Food Fest tersebut.


Apa yang ada di Thai Food Fest?

Semestinyalah makanan Thailand. Oh, ada juga makanan Malaysia. Satu gerai sajalah sebab Food Fest kali ini fokus pada makanan Thailand. Asy rasa teruja memandangkan pertama kali nak cuba makanan Thailand. Mr Fikri pula rasa seronok. Yelah, beliau ada darah Thailand. Jadi jumpa makanan-makanan Thailand ni, seronoklah beliau. (Mr Fikri darah Thailand + Pineng, Asy darah Indonesia + Pahang)

Maka, kami pun pusing-pusing-pusinglah di Food Fest tersebut.

Jom, tengok gambar-gambar ni. Antara makanan yang dijual sepanjang Thai Food Fest berlangsung.

Mai mai mai. Macam-macam kedai ada.


Sotong bakar.
Korang nampak tak yang kuning-kuning yang cucuk-cucuk kat lidi tu? Itu bukan nangka tau! Haha Sebab first, Asy ingat tu nangka, tapi pelik bila orang kedai cakap tu sotong bakar. Bila pergi dekat-dekat, barulah nampak "kesotongannya" sotong bakar tu.

Rasa dia? Sedap! Macam tak ingat dunia sekejap masa makan sotong ni. Kuah cicah dia yang masam-masam manis memang kenalah dengan sotong bakar ni.

Mana lah tak lebar senyum. Makan-makan time kan?

Big boss pilih Takoyaki.
Kami pilih takoyaki 4 rasa. Sepuluh biji RM 10. Tapi kami dapat free 2 biji. Oklah tu. Takoyaki ni rasa dia sama je lah. Nama pun dah sama kan? Kami beli bukan sebab peghak (jakun) tak pernah makan takoyaki. The reason kami beli is sebab lamaaaaa dah tak makan takoyaki. Hahaha



Nak laksa apa? Just name it!
 

Tim Sam!
Saja nak try. Dah namanya pun Food Fest kan, memang tujuan datang sini nak cuba makanan yang tak pernah makan.

Ini Tim Sam namanya. Celurkan hotdog, crab, cendawan putih (Asy ingat kue tiaw halus), sotong, udang, bebola, bawang dan soo on (tiba-tiba tak reti eja soo on yang warna putih lembut-lembut macam bihun tu).

Campur, campur, campur, tambah kuahnya, siap. Kuah dia yang bagi rasa masam-masam manis, pedas sikit. 

Konklusinya, banyak makanan rasa kuah dia sama. So I named it, itulah kuah rasmi Thailand. Kot lah. Sebab semua kedai majoriti rasa kuahnya sama.

Harga makanan.

Harga makanan kebanyakannya bermula dengan RM 7. Ada juga yang bermula dengan RM 3 seperti Roti Ticchu (Roti Tisu) dan RM 4 Roti Ticchu Coklat (Roti Tisu Coklat).

Sedap. Rangup-rangup.
Untuk minuman, ada yang RM 3, RM4, RM 5, RM 6. Bergantung kepada saiz cawan yang anda request. Air yang dijual di kebanyakan kedai ialah Milo, Koko, Bandung, Red Tea Thailand (Teh Susu) dan Green Tea Thailand. Green Tea Thailandlah pilihan kami. Kat sini, yang jual air semua buat “air tarik”. Kalau kita rakyat Malaysia sinonim dengan teh tarik, tapi Thailand ni, semua jenis air dia nak tarik. Tu apa yang kami lihat di sini. Tak sama dengan siapa yang pernah sampai ke Thailand dan lihat sendiri situasi di sana.

Green Tea Tarik sattuuuuuu!
Asy sendiri sempat tanya pembuat-pembuat air (memandangkan kami beli air dari dua gerai berbeza). 

Asy: “Memang orang Thailand buat air semua macam ni ke?” (merujuk pada aksi dalam gambar atas tadi)
Penjual: “Ya kakkkkkk.”

Satu lagi yang kami suka, ais krim kelapa. Alah, korang pernah makan ais-krim Sang Kaya? Lebih kurang cenggitulah ais krimnya. Dibuat dari air kelapa. Terasalah lemak-lemak air kelapa tu. 

Buli adik Thailand tangkapkan gambaq kami.

Close-up ais krim kelapa
Ada pulut, ada payung hias-hias. Payung hiasan tu tak boleh makan, ok?

Maka, berakhirlah #simpleescapefiafikri. Siapa Fia? Asy & Fia adalah orang yang sama. Mohon jangan konfius, sebab nama Fia adalah nama yang diguna sepanjang duduk di Tabung Haji dan nama itulah yang dipanggil oleh Mr Fikri dan keluarganya. Kikiki

Ok, terima kasih sudi luangkan masa baca simple escape kami. Hajat di hati nak publish semalam post ni, tapi semalam pulak join reunion mama, maka tak sempatlah nak post semalam.

Hari ni last tau Food Thai Fest.

Sekian dulu setakat ini. Insya Allah lepas ni up lagi cerita lain. 
Assalamualaikum wbt.

Comments