Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Saat Lafaz Sakinah

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt... Kali ni kita nak up gambaq masa nikah and sanding. Basi dah! Baru nak update. Kah! Preparation Nak Kawen Okay, cerita sebenarnya macam ni. Tarikh untuk nikah ditetapkan masa tengah bulan Jun 2016, bahawasanya tarikh nikah dan majlis Siti Nur Asyrafiah binti Ahmad Sabri dan Fikri Hamiz bin Hamidun berlangsung awal bulan September 2016, 10/9/2016.  Kauuuuu! Asy masa tu rasa kelam kabut gile. Wey with-in 2 bulan nak kena settlekan semua. Tu yang Asy kelam kabut okay nak settlekan 1001 benda. Korang pun faham kan, nak kawen banyak benda nak kena settle. Persediaan majlis, persediaan mental, persediaan fizikal. Dengan kerja lagi. Nak pulak masa tu baru start kerja jadi ostajah. I is seriously kelam kabut. Nak adapt dengan kerja. Tengah-tengah bulan puasa banyak benda nak kena settle. Jadi, banyaklah benda nak kena settle cepat-cepat-cepat dan banyak benda yang Asy DIY. Ni list yang Asy DIY; Hantaran (d...

Keria Gula Melaka

Bismillahirrahmanirrahiim. Assalamualaikum wbt semua... Hujung-hujung minggu cengginih, bila Mr Fikri kena kerja, maka kita duduk di rumah sajalah. Tak pun, lepak rumah mama. Keluar dengan adik-adik. Masa Asy dok kursus kat Melaka bulan lepas, orang dok kecoh pasal Keria Gula Melaka (KGM). Asy tak tau apa-apa, maka makan sajalah bila orang bagi. Maka beberapa hari yang lepas, lepas COD Shaklee, Asy pun bergegas lah ke Econsave untuk beli keledek. Dah sampai Econsave, peghak lah pulak bila nampak keledek putih, keledek ungu, keledek oren. Meh, Asy share bahan-bahan KGM ni. Bahan senang, cara buat pun senang. Asy pin kan resepi kat sini untuk tunjuklah kat 10 generasi lagi, ni kali pertama onyang buat KGM. >.< Bahan-bahan buat KGM 1- Keledek oren (Asy beli sekilo, RM 2.70) 2- Gula melaka (Asy beli sebungkus, ada 2 ketul, RM 2.20) 3- Tepung gandum (guna secawan setengah sahaja) 4- Minyak masak (untuk goreng KGM sebelum disira) Cara buat KGM Sebelum ni tengok je ...

YES Shaklee!

Bismillahirrahminrrahiim. Assalamualaikum wbt. Makan dah. Kawen-kawen dah. Jalan-jalan dah. Nak cakap pasal online shopping pulak. Siapa suka online shopping, sila tunjuk gigi sekarang (Asy pun tengah buat benda yang sama) Korang biasa online shopping apa ye? Baju? Barang kosmteik? Shawl? Tudung? Kasut? Dompet? Perfume? Asy? Tak nak tipu korang, but I'm kinda person yang tak berapa suka online shopping except buying Shaklee. Betul, Asy tak pernah beli hatta sebuah buku pun secara online, sebab Asy lebih suka pegang sendiri barang nak beli, tengok sendiri kualiti. Pendek kata, I'm offline shopper. Benda yang memang Asy rajin beli online is Shaklee sahaja. Kali ni Asy nak share tentang YES Shaklee. Tapi sebelum tu, Asy nak war-warkan secara besar-besaran, promosi bulan Disember 2016 yang Shaklee tengah buat tau. Apa yang Shaklee bagi Promosi untuk Disember 2016 ni? Okay, Shaklee bagi promosi Shaklee Collagen Powder (SCP). Apa promosinya? Meh cuci ma...

Simple Escape Fia Fikri

Assalamualaikum wbt semua. Memandangkan Mr Fikri cutinya hanya sehari dalam seminggu kerja, jadi agak susah sikit nak escape pegi jejauh uolz. Tapi, sedaya upaya Asy nak plan, sehari tulah yang masa untuk kita date betul-betul. Spend time sama-sama. Boleh je sebenarnya. Pergilah mana-mana pun, yang penting kita planlah mana yang berbaloi dengan masa yang kita ada. So, kami dah terjah Thai Food Fest di Kuala Selangor. Asy dah banyak kalilah lalu Kuala Selangor, since kampung mama dekat Sabak Bernam. Tapi untuk Mr Fikri, ini baru kali kedua beliau sampai di Kuala Selangor. Sawadikappppp Di mana Thai Food Fest diadakan? Thai Food Fest 2016 diadakan di Stadium Kuala Selangor, yang mana kami dua-dua baru first time sampai. Macam-macam review dari kawan-kawan Asy yang dah pergi. Ada yang cakap best, ada yang cakap harga makanan mahal, ada juga yang cakap tak berapa menarik sebab tak banyak pilihan makanan. Jangan takut sesat, sebab ada banner yang ...