Skip to main content

Date-Cation Fia Fikri

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt semua.

Kali ni Asy nak post tentang date-cation Asy and suami. #datecationfiafikri. Selangor-Perlis-KL-Selangor.

30 November 2016

Balik ke Perlis naik ETS. Cerita tentang ni nanti Asy akan attachkan link, since Asy dijemput oleh Kak Zefa untuk share pengalaman naik ETS di blog beliau.

Muka excited dalam ETS nak ke Arau.
Bila dah sampai sana, tak dan snap gambar. Sebab Abah (bapa mertua) dah tunggu dengan anak-anak menakan (anak-anak sedara).

Oklah, malam pertama lepas sampai Perlis, Mr Fikri bawak kita lepak makan Nasi Kandaq dan Mumtaz. Peghak (jakun) sebab tengok Nasi Kandar sini warna kuning. 

Nasi Kandaq
Mumtaz
Meh Asy terangkan sikit pasal Mumtaz. Mumtaz ni diperbuat daripada Roti Nan. Bahagian atas roti ni disapu dengan garlic butter dan mayonis. Untuk topping, bawang merah dicampur dengan lobak merah dan garlic yang dimasak sedikit. Jadi, tak layulah lobak, bawang merah dan garlic tersebut. Oh ye. Hirisan tomato, salad dan lasts ekali, dua keping cheese menambahkan lagi rasa dia. Memang subahanallah betul.

Macam tak cukup satu tau kalau makan Mumtaz ni. Harga satu Mumtaz ni hanyalah RM5.00. Berbaloi dengan rasanya yang memang sedap!

3 Disember 2016

Okay, memandangkan tujuan ke Perlis adalah untuk majlis bertandnag, jadi tak banyak sangatlah berjalan di Perlis. Sibuk untuk urusan majlis kahwin sendiri. Jadi Asy belanja gambaq family masa kat sana.

Berlatar belakangkan Terinai Lake.

Dengan keluarga mertua.

Sebelah malam selepas habis majlis betandang di Terinai Lake ni, Asy dan suami tak balik ke rumah mertua, sebab pihak Terinai sediakan bilik untuk kami bermalam. Memandangkan orang lain semua dah pulang ke tempat masing-masing, maka kamilah yang bermalam di situ.

Bila dah malam kan, semestinyalah lapar. Nak drive jauh-jauh pun macam tak larat. Jadi kami makan dekat Terinai Lake Cafe sajalah. Makanannya sedap, harga pun sangat berpatutan.

Makan-makan lagi. Yeayyy
4 Disember 2016

Kami masih sibuk lagi terima kunjungan tetamu. Family mertua buat makan-makan untuk majlis taaruf gitu.

Siap makan-makan, bermulalah #datecationfiafikri. Masa di Perlis, sempat jalan kat Padang Besar dulu untuk kali pertama sampai sini.

Kami tak dapat jalan lama di Padang Besar, sebab Padang Besar tutup awal. Pukul 6 petang atau 7 malam dah tutup dah. Sebab jalan dari Padang Besar ke temoat-tempat lain waktu malam,sangatlah gelap dan tak ada lampu sepanjang jalan. Ini antara gambar yang sempat kami snap sepanjang kat Padang Besar.

This is Padang Besaq yaw!
Sambar buah tangan sikit.
Siapa pernah pergi Pasar Siti Khadijah? Lebih kurang macam tulah Padang Besaq. Macam-macam ada jual. Kami beli baju couple, Mr Fikri lah yang nak beli baju. Kita ikut je orang belanja. Beli buah tangan sikit untuk diri sendiri dan orang-orang terdekat.

Kami keluar dari Padang Besar tu pukul 5.45pm. Sebab nampak dah ada sebahagian kedai yang dah kemas-kemas nak tutup.

Penat berjalan, tenaga pun habis, maka mulalah sesi topup tenaga. Hahaha Memula Mr Fikri tanya nak makan apa? Saya cakaplah, bawaklah pergi tempat makan yang unik sikit kat sini. Maka Mr Fikri bawalah kita makan Pulut Ayam.


Pulut Mangga & Pulut Ayam.
Memandangkan Pulut Mangga tu manis rasanya, maka ianya sangat tak sesuai dengan tekak Asy yang sukakan masin. Tapi perabih (habiskan) jugak. Lepas tu, order lagi sepinggan Pulut Ayam khas untuk Asy, dengan alasan nak buang rasa manis Pulut Mangga tadi. Kah! Padahal memang kuat makan.

5 Disember 2016

Jam 8.00am, kami pun pulanglah ke Kuala Lumpur.

Balik pun naik ETS
Plan asal kami akan check-in di Hilton Hotel. Tapi memandangkan ada masalah teknikal, maka kami tak dapat check-in di hotel tersebut. Sedih jugaklah sebenarnya.

#datecationfiafikri hanyalah di Kuala Lumpur untuk kali ni. Sebab tak ada kereta, maka perjalanan kami memang base on public transport sepenuhnya.

Aktiviti?

Date lah. Ape lagi. Hehe.
First time lah baju nak sama-sama. Kikiki

Kami hang-out di IOI Puchong, Time Square, NU Sentral.

Makan-makan.




Window shopping. Tengok wayang.

Snap gambar kat NU Sentral sebab diorang dah buat cantik punya tempat untuk bergambar.






Okay, sekian #datecationfiafikri.
Terima kasih membaca contengan Asy. Insya Allah lain kali sambung menconteng lagi.
Assalamualaikum.


Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...