Assalamualaikum wbt semua.
Memandangkan Mr Fikri cutinya hanya sehari dalam seminggu
kerja, jadi agak susah sikit nak escape pegi jejauh uolz. Tapi, sedaya upaya
Asy nak plan, sehari tulah yang masa untuk kita date betul-betul. Spend time
sama-sama. Boleh je sebenarnya. Pergilah mana-mana pun, yang penting kita
planlah mana yang berbaloi dengan masa yang kita ada.
So, kami dah terjah Thai Food Fest di Kuala
Selangor. Asy dah banyak kalilah lalu Kuala Selangor, since kampung mama dekat
Sabak Bernam. Tapi untuk Mr Fikri, ini baru kali kedua beliau sampai di Kuala
Selangor.
Sawadikappppp |
Di mana Thai Food Fest diadakan?
Thai Food Fest 2016 diadakan di Stadium Kuala Selangor, yang
mana kami dua-dua baru first time sampai. Macam-macam review dari kawan-kawan
Asy yang dah pergi. Ada yang cakap best, ada yang cakap harga makanan mahal,
ada juga yang cakap tak berapa menarik sebab tak banyak pilihan makanan.
Jangan takut sesat, sebab ada banner yang akan guide anda
sampailah ke tapak Food Fest tersebut.
Apa yang ada di Thai Food Fest?
Semestinyalah makanan Thailand. Oh, ada juga makanan
Malaysia. Satu gerai sajalah sebab Food Fest kali ini fokus pada makanan
Thailand. Asy rasa teruja memandangkan pertama kali nak cuba makanan Thailand.
Mr Fikri pula rasa seronok. Yelah, beliau ada darah Thailand. Jadi jumpa
makanan-makanan Thailand ni, seronoklah beliau. (Mr Fikri darah Thailand +
Pineng, Asy darah Indonesia + Pahang)
Maka, kami pun pusing-pusing-pusinglah di Food Fest tersebut.
Jom, tengok gambar-gambar ni. Antara makanan yang dijual
sepanjang Thai Food Fest berlangsung.
Mai mai mai. Macam-macam kedai ada. |
Sotong bakar. |
Korang nampak tak yang kuning-kuning yang cucuk-cucuk kat lidi tu? Itu bukan nangka tau! Haha Sebab first, Asy ingat tu nangka, tapi pelik bila orang kedai cakap tu sotong bakar. Bila pergi dekat-dekat, barulah nampak "kesotongannya" sotong bakar tu.
Rasa dia? Sedap! Macam tak ingat dunia sekejap masa makan sotong ni. Kuah cicah dia yang masam-masam manis memang kenalah dengan sotong bakar ni.
Mana lah tak lebar senyum. Makan-makan time kan? |
Big boss pilih Takoyaki. |
Kami pilih takoyaki 4 rasa. Sepuluh biji RM 10. Tapi kami dapat free 2 biji. Oklah tu. Takoyaki ni rasa dia sama je lah. Nama pun dah sama kan? Kami beli bukan sebab peghak (jakun) tak pernah makan takoyaki. The reason kami beli is sebab lamaaaaa dah tak makan takoyaki. Hahaha
Nak laksa apa? Just name it! |
Tim Sam! |
Saja nak try. Dah namanya pun Food Fest kan, memang tujuan datang sini nak cuba makanan yang tak pernah makan.
Ini Tim Sam namanya. Celurkan hotdog, crab, cendawan putih (Asy ingat kue tiaw halus), sotong, udang, bebola, bawang dan soo on (tiba-tiba tak reti eja soo on yang warna putih lembut-lembut macam bihun tu).
Campur, campur, campur, tambah kuahnya, siap. Kuah dia yang bagi rasa masam-masam manis, pedas sikit.
Konklusinya, banyak makanan rasa kuah dia sama. So I named it, itulah kuah rasmi Thailand. Kot lah. Sebab semua kedai majoriti rasa kuahnya sama.
Harga makanan.
Harga makanan kebanyakannya bermula dengan RM 7. Ada juga
yang bermula dengan RM 3 seperti Roti Ticchu (Roti Tisu) dan RM 4 Roti Ticchu
Coklat (Roti Tisu Coklat).
Sedap. Rangup-rangup. |
Untuk minuman, ada yang RM 3, RM4, RM 5, RM 6. Bergantung
kepada saiz cawan yang anda request. Air yang dijual di kebanyakan kedai ialah
Milo, Koko, Bandung, Red Tea Thailand (Teh Susu) dan Green Tea Thailand. Green
Tea Thailandlah pilihan kami. Kat sini, yang jual air semua buat “air tarik”.
Kalau kita rakyat Malaysia sinonim dengan teh tarik, tapi Thailand ni, semua
jenis air dia nak tarik. Tu apa yang kami lihat di sini. Tak sama dengan siapa
yang pernah sampai ke Thailand dan lihat sendiri situasi di sana.
Green Tea Tarik sattuuuuuu! |
Asy sendiri sempat tanya pembuat-pembuat air (memandangkan
kami beli air dari dua gerai berbeza).
Asy: “Memang orang Thailand buat air semua macam ni ke?”
(merujuk pada aksi dalam gambar atas tadi)
Penjual: “Ya kakkkkkk.”
Satu lagi yang kami suka, ais krim kelapa. Alah, korang
pernah makan ais-krim Sang Kaya? Lebih kurang cenggitulah ais krimnya. Dibuat
dari air kelapa. Terasalah lemak-lemak air kelapa tu.
Buli adik Thailand tangkapkan gambaq kami. |
Close-up ais krim kelapa |
Ada pulut, ada payung
hias-hias. Payung hiasan tu tak boleh makan, ok?
Maka, berakhirlah #simpleescapefiafikri. Siapa Fia? Asy
& Fia adalah orang yang sama. Mohon jangan konfius, sebab nama Fia adalah
nama yang diguna sepanjang duduk di Tabung Haji dan nama itulah yang dipanggil
oleh Mr Fikri dan keluarganya. Kikiki
Ok, terima kasih sudi luangkan masa baca simple escape kami.
Hajat di hati nak publish semalam post ni, tapi semalam pulak join reunion
mama, maka tak sempatlah nak post semalam.
Hari ni last tau Food Thai Fest.
Sekian dulu setakat ini. Insya Allah lepas ni up lagi cerita
lain.
Assalamualaikum wbt.
Comments
Post a Comment