Skip to main content

Keria Gula Melaka

Bismillahirrahmanirrahiim.

Assalamualaikum wbt semua...

Hujung-hujung minggu cengginih, bila Mr Fikri kena kerja, maka kita duduk di rumah sajalah. Tak pun, lepak rumah mama. Keluar dengan adik-adik.

Masa Asy dok kursus kat Melaka bulan lepas, orang dok kecoh pasal Keria Gula Melaka (KGM). Asy tak tau apa-apa, maka makan sajalah bila orang bagi.

Maka beberapa hari yang lepas, lepas COD Shaklee, Asy pun bergegas lah ke Econsave untuk beli keledek. Dah sampai Econsave, peghak lah pulak bila nampak keledek putih, keledek ungu, keledek oren.

Meh, Asy share bahan-bahan KGM ni. Bahan senang, cara buat pun senang. Asy pin kan resepi kat sini untuk tunjuklah kat 10 generasi lagi, ni kali pertama onyang buat KGM. >.<

Bahan-bahan buat KGM

1- Keledek oren (Asy beli sekilo, RM 2.70)
2- Gula melaka (Asy beli sebungkus, ada 2 ketul, RM 2.20)
3- Tepung gandum (guna secawan setengah sahaja)
4- Minyak masak (untuk goreng KGM sebelum disira)

Cara buat KGM

Sebelum ni tengok je mama buat. Bila kena buat sendiri, cuak-cuak ayam sikit.

1- Basuh keledek oren dan buang kulit. Lepas tu Asy potong sikit sebab nak kasi ngam dengan periuk.


2- Rebus keledek dalam 20 minit macam tu. Cucuk-cucuk, kalau dah lembut dah boleh angkat.


3- Bila dah lembut, toskan sekejap. Lepas tu kita lenyek-lenyekkan dia. Disebabkan tak ada kawan berborak, dan macam impossible nak WhatsApp laki kau sambil lenyek keledek tu, maka kita lenyek sambil tengok ceritalah. Hihi


4- Letakkan tepung gandum dan gaulkan sebati dengan keledek.


5- Dah siap tu bolehlah bentukkan jadi keria. Bulat-bulatkan, dan buat lubang di tengah. Tang ni dok dang la nak bergambor. Busy buat doh keria kan. Untuk elakkan keria yang dah diadun dengan tepung tu melekat di pinggan, taburlah tepung gandum. Jadi, masa nak goreng pun senang.

Tadaaaa! KGM dah digoreng. Tinggal nak sira dengan gula Melaka saja.
6- Asy gunakan seketul gula melaka. Hancur-hancurkan sikit gula melaka dan tambah air. Kacau-kacau sikit sampai jadi pekat. Air banyak mana? Agak-agaklah ye. Jangan banyak sangat, jangan sikit sangat. Yang sedang-sedang saja.

Sorry, gambar masa tengah cairkan gula melaka tak ada. Tangan full masa tu.


Baginilah rupanya selepas disira gula melaka.
Senang yang amat! 

Isinya lembut.

Kos pun tak mahal. 

Dengan anggaran kos RM 6, Asy boleh dapat 39 biji KGM okay? Siap separuh boleh hantar kat adik-adik untuk dimakan. Kalau beli, tak puas makan. Dapat makan sikit je... Disebabkan Asy lebih suka masak sendiri daripada beli, maka memasaklah kita. 

Nak order? Eh bolehhhhhh. PM tepi tau tau tau.

Selamat mencuba dan selamat minum petang.

Nanti rajin nak update lagi resepi lain.

Terima kasih baca post ni. Jumpa lagi dalam next post.

Assalamualaikum wbt.








Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...