Skip to main content

Check-In di Johor



Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Lama rasanya tak menconteng di sini. Maafkan Asy kerana kekangan internet dan kekangan kesihatan sejurus pulang dari Johor Bahru. Alhamdulillah, thummal hamdulillah, kesihatan semakin baik. Ramai pulak yang assume Asy pregnant sebab demam, lepas tu baik. Demam balik. Hehe. Masih belum dikurniakan rezeki anak lagi setakat ni. Mohon doa dari semua.

Apa yang Asy memang dah rancang, selepas berkahwin, Asy nak travel dan travel dan travel. Buat masa sekarang, dengan suami. Insya Allah di masa akan dating, jika diizinkan Allah, bersama suami dan anak-anak. Yeahhh! Tinggi cita-cita. Orang mukmin yang Berjaya WAJIB optimis dan husnu al-dzon (bersangka baik) kepada Allah.

Post kali ni, Asy nak share tentang our second datecation. Kami memilih Johor Bahru sebagai destinasi kedua kami meluangkan masa bersama-sama.

Kenapa pilih Johor Bahru?

  1. Menyahut seruan Allah untuk travel, melihat bumi yang lain dari bumi yang selalu kita huni. Memandangkan ini adalah kali pertama kami akan ke JB.
  2. Tujuan utama untuk menakluki Legoland.  
  3. Kami nak cabar diri kami untuk memandu lebih jauh.

Datecation Kami Bermula!
Pelabuhan Klang – Negeri Sembilan – Melaka – Johor Bahru.

Pemanduan yang panjang sebab kami pertama kali travel jauh sedikit dengan menaiki kenderaan sendiri. Kalau datecation sebelum ni, kami menaiki ETS, jadi tak rasa erti penat. Tak begitu rasa erti tolak-ansur. Tak rasa nak berdikari. Tak mendalami maksud pengorbanan.

Kami drive secara bergilir-gilir. 4 R&R menjadi pit-stop kami iaitu R&R Seremban, R&R Ayer Keroh, R&R Pagoh dan R&R Kulai.
At first pit-stop. R&R Seremban

Kos Tambang & Minyak
Tambang? Ya, part ini yang ramai tertunggu-tunggu. Asy beri secara terperinci ya untuk panduan semua.

Tol dari Klang ke Johor Bahru, RM 52.00. Minyak RM 77.00

Dari rumah melalui tol Grand Sepadu, RM 2.70
Dari Grand Sepadu exit ke NKVE, RM 1.60
Dari NKVE exit ke ELITE dan terus ke Johor Bahru, RM 45.60
Dah sampai di Johor Bahru, exit Tol Kempas, RM 2.10

Tol balik dari Johor Bahru ke Klang, RM 48.50. Minyak RM 80.00 (minyak masih ada baki 3 bar)

Plaza Tol Kempas, RM 2.10
Alor Gajah, RM24.30.
Ayer Keroh ke NKVE Bukit Raja RM 20.70
Bukit Raja – Rantau Panjang, Klang melalui Grand Sepadu, RM 1.40

Day 1 : JB City Square, Komtar JBCC dan CIQ Complex.

Apa aktiviti kami masa hari pertama? Penat oiii drive jauh-jauh first time even bergilir-gilir. Kami sampai di Hotel Sentral Johor Bahru pada jam 1.30 petang. Ini pun pengalaman pertama kali check-in hotel sendiri. Masa check-in, pihak hotel perlukan deosit RM 50.00. Tanjat gegel. Nasib baik memang ada duit spare masa tu.

Oh ya, tentang hotel ni, Asy book guna Traveloka. Sikit cerita tentang cara booking hotel ni. Asy buka 4 sesawang, Trivago, Agoda, Booking.com dan Traveloka. Asy tengok yang mana offer harga terendah untuk Hotel Sentral Johor Bahru, iaitu RM 199.38 untuk 4 hari 3 malam tanpa sarapan sebab Asy dan Mr Fikri dah bersetuju untuk makan di luar, bukan di hotel.



Muka ada gembira, mix lapo. Kahkahkah
Lepas kami solat jamak Zohor & Asar, kami pun keluar menuju ke JB City Square (JBCS) yang jaraknya tak sampai 5 kilometer dari hotel kami. Bila dah sampai di JBCS, barulah kami tau yang bangunan JBCS ni bersambung dengan Komtar JBCC & CIQ Complex.

JBSC


JBSC lebih meriah berbanding Komtar JBCC. Dah habis tawaf di JBCS, kami makan malam di Komtar JBCC. Kemudian, kami jenguk ke CIQ Complex. Sebenarnya, kami macam tertanya-tanya bila Nampak signboard “Woodland”. Asy bagitau Mr Fikri, “Abang, I thought Woodland is a place at Singapore. Don’t tell me that JB also use the same name for their place?”

Naif betul kami. Bila kami sampai di CIQ Complex, nyatalah yang di situlah tempat transit orang dari Singapura ke JB dan dari JB nak ke Singapura. Kalau tak sampai ke JB, kami pun tak tahu tentang ni. Oh ya. CIQ Complex, JBCS dan Komtar JBCC ni dihubungkan dengan 1 jambatan. Jadi, anda boleh akses ke mana-mana pun dengan menggunakan jambatan ni. Nak lalu jalan bawah melintas kereta pun boleh. Tapi, lagi senang guna jambatan penghubung ni kan? 

Tapi, sedikit terkilan sebenarnya. Kalau tau hotel yang kami book ni tak jauh dengan imegresen,kami siap-siap buat buku merah melawat negara jiran. Baliklah bermalam di hotel kami ni, ye tak?

Day 2: Legoland

Sebenarnya, kami bercadang nak ke Tioman atau ke Kundasang. Tapi, perancangan Allah lebih baik. Lepas buat pertimbangan banyak benda, kami buat keputusan untuk ke Johor Bahru dan nikmati apa yang ada di sana.

Salah satunya, International Theme Park iaitu Legoland. Harga tiket asal ialah RM 195 per head, tapi kebetulan masa nak booking tiket tu, ada offer Matta-Fair, makanya harga tiket kami dapat dalam RM 135 sahaja, jimat 30%. Sebenarnya, untuk warganegara Malaysia, ada harga lain yang special, iaitu RM 146. But still, RM 135 lagi rendah dari RM 146 kan? Kenapa perlu bayar lebih? (nada trivago)

Opss! Harga yang Asy bagi ni hanyalah untuk theme park sahaja. Sebab Asy ada buat blog-walking, pengalaman dari orang-orang yang beli combo-ticket (theme park & water park), rata-rata mereka cakap tak cukup masa nak main di kedua-dua tempat. Asy ada baca satu blog ni (tak ingat nama blog beliau), beliau buat 2 post tentang Theme Park dan Water Park Legoland. Jadi, Asy rasa teruja sangat bila baca tentang Theme Park Legoland, sebab tu kami hanya fokus beli tiket untuk Theme Park saja.
Legoland yawwww!
Kami parking di Medini Mall, RM 4.00 sahaja seharian, berbanding park di Legoland. Dari Medini Mall nak ke Legoland tu tak jauh sangat pun. Kalau parking di Legoland, RM 20.00 seharian (tu tahun 2011 punya catatan tau. Sekarang Asy tak tau) Jimat sangat lah parking di Medini Mall ni sambil nak makan apa-apa pun senang di Medini Mall ni.

Apa yang tak boleh bawa masuk dalam Legoland? Binatang, ubat-ubatan, ada lagi yang lain tapi tak ingat. Asy bisik pada Mr Fikri, “Alhamdulillah kita dah telan Vitamin C dengan B-Complex awal-awal dekat hotel tadi.”

Bila sampai Legoland, nyata kami rasa pelaburan kami berbaloi-baloi. Rasa seronok dan puas hati sebab Theme Park dia memang besar! Kami ambil map untuk tick pada mainan yang kami dah main.

Masuk pukul 10.10 am dan keluar jam 4.30 pm sebab hujan yang sangat lebat. Itu pun tak habis semua permainan tau! Sempat juga kami jeling-jeling Water Park Legland. Pada pendapat kami, tak mampu menggoncangkan iman kami sebab Water Park dia tak berapa besar.


Star Wars pebret Mr Fikri

I is tak faham, kenapalah muka Mr Fikri begitu seronok dalam "penjara".

Kingdom!


Ala-ala Menara Taming Sari Melaka. Dari atas ni, boleh tengok, eh mana yang kita belum terjah?

Tengok 4D movie dengan durasi 5 minit.

Ninja Go game!


Jadi kanak-kanak baliklah sebelum jadi mak dan bapak budak.

Langit dah gelap. Tapi nak jugak buat lef-lef, sebab nampak replika HQ Tabung Haji, di mana satu janji dimaterai di antara kami. Ehem!
Bila hujan lebat sangat, kami pun keluar dari Legoland. Keluar, dah tak boleh masuk balik melainkan dengan tiket baru. Makan-makan di Medini Mall dan balik berehat di hotel.

Day 3: Warung Trafik – Aeon Tebrau – Kilang Bateri – Pantai Lido – Pasar Karat – Food Truck.

Tema hari ketiga kami, JJCM. Ewah, cuci poket sangat. Sebenarnya, kami tak nak fikir pasal cuci poket ke apa.  Kami nak nikmati cuti dan masa yang ada bersama-sama dengan memenuhi hobi kami, iaitu jalan dan makan! Hari ini juga hari terakhir untuk kami cari buah tangan dari Johor bahru untuk diberi pada ahli keluarga.

Destinasi pertama JJCM kami, Warung Trafik. Harga makan macam di Selangor juga. Kami try set Nasi Poket. Sedap! Kalau kat Selangor ni, Nasi Poket tu macam nasi kukus dan ayam goreng berempah. RM 4 sahaja.

Dah sampai depan Warung Trafik. Sebelah trafik hah kedainya. Hihi


Nasi putih + ayam goreng berempah + sayur campur + kari + teh beng
Aeon Tebrau, kami habiskan masa di TGV Cinemas, tebus tiket free sempena belated birthday Mr Fikri. Kemudian, kami makan di Macau Express. Sebab macam tak terjumpa pulak Macau Express ni di Selangor. Jadi, kita nikmati di Johor! Chinese halal food, sedap ya ampun! Kami beli sepinggan sahaja, share sebab nak rasa je sebenarnya. Bila sedap, macam menyesal pulak beli sepinggan kongsi berdua. Haha!

Macau Express. Sedappppp!
Seterusnya, Kilang Bateri. Famos Amos betul tempat ni disebut di merata-rata blog. Orang kata di sini ada macam-macam kedai makan dan ada buah tangan boleh grab untuk bawa balik. Makin lajulah kami menapak sebab kami memang kaki makan.

Shell Out
Kedai makan hipster uolz
Bila sampai di sana, kami tak terus makan. Kami cari keychain dulu, malangnya tak jumpa. Disebabkan kami hampa, maka kami pun makanlah di situ. Kami makan Nasi Beriyani Utara. Ya ampun! Pedas! Kami dua-dua ni memang tak makan pedas yang pedas gila-gila ni. Sabar je lah masa makan. Makan sikit minum air Jumbo yang kami beli 1 bekas, kongsi berdua. Besar bekas air Jumbo tu.

Cari apakah?

Nasi Beriyani Utagha
Tak Johor lah kalau pergi tempatnya tak merasa makanan sana, ye dak? Kami pun sebab dah makan tadi, kami beli satu set Kacang Pool. Harga Cuma RM 6.00 sahaja. Tapau bawa balik ke hotel. Kami lalu di Istana Serene, subahanallah memang cantik! Sayangnya, tak sempat bergambar di situ. Terkilanlah juga.


Kami nak rehat-rehat di Pantai Lido asalnya, tapi macam tak best. Jadi, kami pun menuju ke Stulang Laut. Stulang Laut ni ya Allah, nak cakap. Kalau kau pandai berenang, nun seberang tu dah Negara Singa tau! Tak ada rezeki juga nak bercengkerama tepi pantai kerana parking motor dan kereta penuh sangat!

Teruslah kami pusing ke Bazar Karat JB dengan niat nak cari buah tangan. Tangan kosong lagi ni. Dah risau juga sebab esok plannya nak balik dan rehat. Bazar karat JB pun kami tak jumpa keychain Johor. Ada baju je. Baju off course kami memang akan beli sebab macam dah jadi habit, di mana kau travel, di situ baju dibeli sebagai tanda kenang-kenangan.
Gambaq tak keliaaaaa. Hati sendiri yang sakit tengok gambaq.
Masa nak balik, jem pulak! Paling teruk jem start petang masa orang balik kerja membawa ke malam, dekat jalan nak masuk ke Woodland, Singapore. Mungkin lain kali kami akan ke Singapura naik public transportlah, tak berhajat naik kereta.

Sebelum kami naik balik ke hotel, kami pusing-pusing dulu food truck dekat car park hotel. Meriah. Dalam 7 ke 8 food truck ada malam tu.
Tengah tunggu Mr Fikri sambar makanan. Tak larat dah nak jalan.

Day 4: Johor Premium Outlet – Melaka – Balik Rumah

Last day, ingat nak balik terus. Tapi, sebab kakak ipar (kakak sulung Mr Fikri) suruh singgah Johor Premium Outlet (JPO), best katanya. Kami pun jalanlah ke JPO. Tengok apa yang ada dekat situ. Bila dah sampai sana, Mr Fikri tengok Asy, Asy tengok Mr Fikri. Like we are thinking the same way, “Ini je ke JPO?”

Kami tengok JPO tak ada apa pun. Bukan berlagak ke apa, tapi penuh tempat shopping. JPO ini dia ala-ala Freeport A’Famosa Outlet tapi Freeport A’Famosa Outlet best sikit la sebab cantik untuk ambil gambar. Lain-lain, its all about shopping dan tempat begitu tak sesuai dengan jiwa kami yang kaki makan.

Dari JPO kami singgah kejap di Bandar Hilir Melaka. Jalan-jalan sekejap, tak dapat jalan lama sebab esoknya Asy sekolah. Masuk pagi. Adalah sekeping dua gambar kami dapat. Oh ya, dan juga sehlai dua baju kami sama-sama. Baju couple gitu. Padahal sebelum kahwin dulu, tak pernah kot fikir baju kapel ke nak beli apa sama-sama ke, nak set pakai baju sama-sama ke. Tak pernah. Macam annoying je, kau kaulah. Aku, akulah. Haha, sungguh beta memang hati kayu. Yelah, belum jadi suami lagi beb!

Kelmarin Taming Sari Legoland, kali ni Taming Sari yang asli, Melaka.

Yeayyyy nak balikkkk. Muka dah letih sangat.
Okay sampai di sini saja yang Asy coret. Terima kasih sudi baca post yang paaaaaaanjang ni. Insya Allah next time Asy akan buat post khas tentang Theme Park Legoland.

Jumpa lagi next post. Salam ukhwah!

Comments

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...