Skip to main content

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt.

Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami. 

Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan.

Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini.

First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan.

Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked.

Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80

Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je.

Lepas settle payment, Asy print e-ticket. Simpan e-ticket tu sebab still kena collect real ticket dekat kaunter di Terminal Bas Sani tu.

Okay, apa yang bestnya tentang Sani Express ni?

1: Terminal Bas Sani Express

Kalau di Klang, Sani Express ni ada terminal sendiri tau! Colour merah gittew. Terminal.ni asalnya Terminal B untuk bas-bas ekspres tapi telah dibeli oleh Dato' Sani dan telah diubah suai designnya dengan tema Sani Express.

Selesa!

Tempat collect ticket yang selesa.

Tempat menunggu pun selesa cuma tak banyak lagi kerusi.

Ada kerusi Rest & Go tu.

Toilet dia, 3 bintang. Tapi okaylah, tak kotor.

Ada kedai makam juga, tapi tutupla. Esoknya tu 1 Syawal kannnn.

Surau pun ada.

Cuma masa tu sebab malam raya, terminal bas ditutup awal. Surau lelaki pukul 9.15 malam dah lock, so husband solat dalam surau wanita. 

Toilet pun dia tutup sebelum 10 malam.

2: Kerusi Bas

Memang best! Memandangkan Asy jarang sangat jalan jauh naik bas, maka rasa teruja sikitlah tengok kerusi bas yang lebar. Ada space untuk kaki.

Sepanjang hidup Asy, Asy pernah sekali je travel jauh dengan bas, iaitu ke Singapura. Lepas tu, tak ada dah naik bas untuk travel jauh sebab trauma dengan berita-berita accident, berita bas terbalik. Dulu pergi Kelantan wedding kawan pun iolz gigih amek flight wey. Hahaha. Bukan demand tapi Asy adalah seketoi makhluk yang tak tahan duduk lama-lama dalam kenderaan untuk jalan jauh.

Oh ye! Ada plug tau untuk cas handphone dalam bas. Tak kisahlah single seat atau double seat. So, kalau tiba-tiba tertinggal power bank ke, no worries gais. Charge aje fon korang dalam bas.

Tapi kalau tertinggal charger, mohon berhuhuhulah ye sampai ke destinasi korang.

Bolehlah try tanya penumpang lain nak pinjam charger. Kot-kot sangkut jadi jodoh korang keeeee. 

Eh? ๐Ÿ˜‚

Sorang eksaiated balik Perlis. Sorang eksaited naik bas. 


3: Wifi FREE

Ada wifi free yang disediakan. Free tak free include sekalilah dalam ticket price tu kan. Hehehe. Tapi okaylah. Nak kata laju sangat tak adalah. Moderate saja sebab ikut tenpat jugak kan. Kalau line okay, maka lajulah wifi. Tai, husband pakai wifi tu relax je,.dia kaga laju je. Sabo je lah.

4: Bas Ada 2 Tingkat

Bas dua tingkat and guess what? Asy & husband dapat tingkat atas! Syok wey! Hahaha. Asy suka naik bas kalay dua tingkat ni, dapat tingkat kedua. First time naik bas dua tingkat, masa di Singapore dulu.

Boleh jeling-jeling tengok bawah. Hehe. Yang penting duduk atas tak rasa nak muntah sangat.

5: Kemudahan Televisyen

Part ni pun syok! Masa kami bertolak dari Klang ke Perlis, jam 10 malam. Jadi siaran Astro ditamatkan pada jam 12 malam. Naik je bas, sempat tengok sikit siaran tv. Bila bas sampai di Seksyen 13 Shah Alam, Asy pun dah mengantuk. Tak sampai pukul 12 malam dah tidur dah.

Masa balik dari Perlis nak ke Klang, tiket kami pukul 9.15 pagi. Elok pulak masa tu mata tak nak pejam. Asy risau muntah je dalam bas tu. Sebelum gerak tu dah pekena Vita-C dengan B-Complex sebagai ikhtoarlah tak mau muntah-muntah. Minyak cap kapak, tisu & plastik pun dok ready dah, kot-kot terpening dan termuntah.

Sediakan payung sebelum hujan, kan?

Alhamdulillah, tak ada muntah sepanjang perjalanan.

Plus. I'm enjoying scenery of sawah padi di Perlis dan Kedah. Perlis ada juga sawah padi tapi tak sebanyak Kedah lah. Kedah hijaaauuuuu saja, syok oooo. Mata pun smooth ja tengok hijau-hijau ni.

Lepas habis Kedah, kami layan 3 cerita dalam bas. Tak boleh tidur punya pasal. Sambil tengok cerota, dok kruk krak kruk krak makan kerepek yang MIL bekalkan.

6: Tahap Kelajuan Bas

Yang ni paling penting tau! Bas tak laju sangat. 90km/j, dan kadang-kadang bawah 90km/j (jem punya pasai).

Bas Sani Express ni memang terbaiklah. Sedang-sedang & mematuhi kelajuan yang ditetapkan oleh SPAD. 

Pendek kata, Asy bagi 5 bintang sebab Sani Express ni memang best dan selesa. Cuma, tak laratlah kalau sangkut dalam jem tu. Bencinta rasanya.

Sorry ye sebab gambar tak banyak. Dok kalut tunggu bas lah, makan lah. Tak ingat nak ambil gambar.

Nanti Asy share pengalaman kali pertama beraya di tempat suami.

Adios gais! Selamat berhari raya!

Luv,
Asyrafiah Sabri
Si Kaki Travel

Comments

  1. dah lama tak naik bas..sesekali teringin juga bawa anak-anak kenal pengangkutan awam..mesti diaorang teruja

    ReplyDelete
  2. untubglah siap ada pakai wifi free lg

    ReplyDelete
  3. Wah. Cegumanes pernah dulu naik bas sani ke kelantan. Siap ada perhentian untuk bas sani. Jadi,boleh lah makan dan minum di situ. Sangat menghargai penumpang.

    ReplyDelete
  4. Selalu gak naik bus sani ni dulu² dok berulang dr kl - kedah... So far mmg bagus bus sani ni...

    ReplyDelete
  5. Best nya bas sani ne๐Ÿ˜ memang tip top ohh~ macam basa bawa pelancong pulaa .. Hihi

    ReplyDelete
  6. Best nya bas sani ne๐Ÿ˜ memang tip top ohh~ macam basa bawa pelancong pulaa .. Hihi

    ReplyDelete
  7. Mcm best☺.tak pernah lagi naik bas 2 tingkat ni

    ReplyDelete
  8. Eeee....saya naik bas sani....mmng selesa..dgn tiket nya yg berpatutan. ..tapi satu je saya x suka...aircond kat kepala ni...x leh nk tutup mcm bas lain..tapi x tau la..kot2 saya x pandai pakai ke...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...