Skip to main content

Sambutan Hari Lahir di Regalia Suites & Residence

Bismillahirrahmanirrahiim

Ini adalah post pertama Asy dalam tahun ini. Fuhhh bersawang-sawang hah blog ni. Sekali first entry ngam-ngam bulan Mac.

Bulan Mac merupakan bulan yang istinewa, sebab birthday kami suami isteri bulan Mac.

Birthday Asy, 7 Mac, manakala birthday husband, 17 Mac. Makanya, kami decide untuk sambut sekali birthday kami secara berjemaah di hotel 4 bintang, iaitu Regalia Suites & Residence di Kuala Lumpur. 

Sekitar Sambutan Birthday Asy

Menangis juga kalau tak sambut birthday Asy masa tarikh birthday. How childish! Haha. Kami pergi dekat-dekat je masa birthday Asy tu  celebrate di Setia City Mall. 



Lepas SR, kita sambung Boat Noodles. 

Hotel 4 Bintang yang Selesa, Regalia Suites & Residence 

We are here, alhamdulillah!

Besaq weyyyy. Peghak (jakun) kami

Ini kali pertama kami check in di hotel 4 bintang. Jadi masa sampai tu, wow sangat rasanya. 

Pemandangan dia memang best. Sejuk sebab ada pokok-pokok. Hotel ni terletak betul-betul belakang dengan Sunway Putra Mall. 

Masa sampai je di hotel, Asy terus contact Mala. Mala ni staff hotel. Jadi segala urusan booking dan bayar hotel, kami buat dengan beliau. Memang friendly dan sangat membantu. 

Jom, layan dulu gambar-gambar kami di sana. 
Sebelah katil ada tingkap. Sebelum tidur boleh say, Hi KLCC. Bangun tidur boleh lagi Hi KLCC. Ewah! 

Happy birthday abang. 

Sebab ada orang ittew dok zikir brownies aje. Kita kasi chancelah.  

Lunch merangkap dinner. Nasi Arab duaaaa. Lepak dekat Sunway Mall. Sedapppp

Hi KLCC. Gud night! 

Jom terjunnnn. 

Macam mana? Best tak? 😉

Kos Penginapan di Hotel

Tujuan saya kongsi adalah sebagai panduan kalau anda nak bercuti ke sini.

Harga asal ialah RM280.00 untuk satu malam. Tapi, lepas riki-riki, dapatlah harga RM250.00 semalam. 

Oh ya. Bilik yang view KLCC lebih mahal dari bilik yang viewnya hanya pool.

Review Kami Tentang Hotel Ini. 

Inilah part paling penting untuk anda tahh sebelum anda book sesuatu hotel. Ini adalah pandangan peribadi kami ya. 

1, Kebersihan bilik. Memang selesa. Ada dapur untuk memasak, ada fridge, siap ada pan. Cuma takde minyak je nak buat masak. 

2, Air conditioner. Tak tau aircond tu yang masalah atau kami yang tak reti pasang. Sudahnya, tak tidur atas katil sebab aircond tak kena katil. Hahaha lawak betul. 

3, Pool. Pakai pakaian pool. Pergilah swimming time siang atau malam, yang penting view sama cantik. Kami tak swim sebab tak bawak pun baju swimming. 

4, Mudah nak akses ke mana-mana dari hotel, hanya dengan jalan kaki saja. Kami makan di Sunway Putra Mall. Jalan kaki je dari hotel. Lepas makan, window shopping. Maigadddd, rasa macam di sorga tauuu. 

5,  Internet dia lajuuuu gila! No worries sebab ada password wifi disediakan. So, yang datang sambil nak buat kerja pun okay sangat sebab internet laju!

6, Ada banyak kemudahan dalam hotel. Ada gym, ada mini market, ada self dryer, free parking.

Over all, kami memang puas hati dengan short escape kami kali ini. 

Okay, setakat itu dahulu untuk hari ini. Jumpa lagi dalam next entry! 

Assalamualaikum! 


Comments

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...