Skip to main content

Rawatan Alternatif Penyakit TB

Malam ini, tangan rasa nak mencoret sebuah imbasan balik, bagaimana detik saya menghadapi kenyataan, ketika doktor mengatakan, saya disyaki sakit TB.

Masa bertunang ni, saya dah 4 bulan konsisten batuk.

******************************************
"Puan, dah berapa lama batuk?"

"Dari bulan Jun sampai sekarang."

"Ada pergi klinik?"

"Ada doktor."

"Minum tak ubat batuk yang dibagi?"

"Semua ubat doktor saya minum. Petua-petua orang lama, petua orang baru, semua saya cuba. Semua tak jalan."

Saat ini saya mengeluh, sebab penat.

Penat menderita batuk selama setengah tahun.

Penat sebab tiap-tiap malam terbangun urut dada sebab sakit batuk.

Penat sebab kadang dalam keadaan rushing, tapi batuk saya kadang menyebabkan saya terkucil dan mengotorkan pakaian saya.

Doktor India itu pandang tepat ke mata saya. Beliau tarik nafas yang dalam dan menghulurkan saya sekeping mask.

"Puan, puan disyaki ada penyakit TB."

Masa itu, betul-betul saya terdiam dan tergamam.

Aku? Dalam usia yang belum sampai 30 tahun lagi dah ada TB?

"Puan nanti pergi ke Klinik Bukit Kuda. Buat pemeriksaan kahak, pemeriksaan darah dan xray ye."

Saya macam orang bingung, hanya menurut.

Malam itu, saya berkongsi status penyakit saya dalam group Master Aryan dan saya telah dinasihati Neni Ayu,

"Asy, cuba amalkan Vivix."

Saya rasa, semua orang tahu, berapa harga sebotol Vivix. Sedangkan harga ahli pun, RM 402.80.

Tapi masa tu, saya tolak tepi soal harga. Nyawa saya lebih penting. Saya baru 3 bulan menjalani kehidupan berumah tangga. Saya buat kata putus, mahu ikhtiar dengan Vivix sebagai rawatan alternatif penyakit TB saya.

Takkan nak mati awal?

Bukanlah maksud saya,Vivix itu mampu melewatkan detik kematian.

Cuma, kita dah sedar kita sakit, takkan kita nak biar saja penyakit tanpa usaha nak sembuh.

Kan?

Maka, saya pun mula join kutu Vivix, sebulan hanya perlu bayar RM 80 dan bulan Disember 2016, kali pertama saya minum tonik yang digembar-gemburkan orang, sangat ajaib!

Saya pun manusia biasa - mengharapkan kesembuhan berpihak kepada saya lepas berikhtiar dengan Vivix. Sebab bukan sedikit nilai yang saya laburkan untuk sihat.

Alhamdulillah, tak makan banyak masa untuk saya sesuaikan diri dengan Vivix.

Malam pertama saya minum Vivix, tidur saya lena.

Saya tak bangun tengah malam untuk urut dada.

Saya tak bangun tengah malam, pegang besi katil kuat-kuat sebab menahan sakitnya batuk.

Alhamdulillah!

Esoknya, saya mula rasa selalu nak buang kahak. Dan kahak saya bergumpal pekat ya. Bukan kahak cair macam batuk selama ni.

Alhamdulillah!

Saya senyum. RM 400 yang saya laburkan, sangat berbaloi. Lebih seronok, bila saya kongsi minum Vivix dengan suami.

Suami yang ada masalah banyak ruam di badan, tak tahu dari mana puncanya, dah surut dan hilang ruamnya.

Sekarang? Tak ada dah. Badan pun bersih.

Apa yang ketara kami rasa, badan jadi lebih bertenaga.

Sebab tu bila ramai prospek complaint Vivix itu mahal, saya hanya senyum.

Kerana, kesihatan itu jauh lebih mahal dari Vivix.

Alhamdulillah sekarang dah sihat. Dah tak batuk teruk gila macam dulu.

Ikhlas dari saya,
Asyrafiah Sabri
Ratu Vivix


Comments

  1. Salam puan. Boleh x sy Wassup puan. Psl tibi ni. Sbb sy pun hadap benda sama. 01137152296

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...