Skip to main content

Tips Cut Cost Gambar Kahwin daripada Ribu-Ribu kepada RM 617.60 SAHAJA!

Hey, I'm excited to share this experience with you!

Yelah, dah setahun kahwin, baru nak cuci gambar. Masa kahwin tahun lepas, tak fikir pun nak cuci gambar ke apa. Just fikir, yang penting ada photograher.

Bulan ni, disebabkan Asy makin menggila dengan shopping di e-dagang, Asy juga ada ternampak kupon yang dijual di Shopee untuk dapat harga istimewa dari Photobook Worldwide.

Makanya, Asy pun downlod Photobook Apps di Google Play dan kemudian, dapat notification yang Photobook tengah ada buat promosi! Omo omo! Makinlah Asy rasa membara-bara wey nak print gambar. Actually, past few days, I'd major throwback my wedding reception. 

Okay, tips buat bakal pengantin yang nak save-save bajet macam Asy. Untuk bakal pengantin yang memang dah standby 20k untuk majlis and memang nak have fun, tak ada masalah untuk hire photographer yang full-package.

Untuk orang yang tak sampai tahap have-have lagi nak buat majlis ni, tips Asy ni, rasanya saaangat berkesan. 

Asy hire 2 photographer, 1 majlis belah Asy, 1 majlis belah suami. Photographer ni, Asy bayar untuk ambil gambar sahaja. So, dah siap gambar, dapatlah pendrive satu, gambar keseluruhan majlis dan gambar yang diedit. 

Thanks to both photographer, Akim & Nabill. Kualiti gambar memang best! 

Orang KL especially orang Keramat yang nak hire photographer boleh hubungi Akim di 017-636 4506. Kos: RM 250

Orang Utara especially Perlis, Kedah atau Perak yang nak hire photographer, boleh hubungi Nabill di IG beliau, bill.halim atau boleh intai IG rasmi beliau di brightpictures. Kos : RM 300

Yang penting, dah ada softcopy gambar, kan? Nak print bila, kita burulah promo! 

Asy pernah tanya dengan kedai gambar yang tak jauh dengan rumah, sekeping RM 0.50. 500 keping ke atas baru dapat kurang. Omoooo. 

Kebetulan, Asy terjumpa promo di Photobook Apps. Boleh tengok promo yang Asy senaraikan di bawah ni ye;

  • 12 x 12 Canvas Air, RM 15 daripada harga asal RM 169 (tak termasuk postage). [CODE: TWELVECANVAS]
  • Cetak 50 keing gambar saiz 4R dengan harga RM 1 (tak termasuk postage) [CODE: MERRYPRINTS]

Dan, tadaaaaaa! Bawah ni hasil apa yang Asy dah shopping!

50 keping gambar dengan harga RM 1 + RM 8.00 (kos pos) + RM 0.54 (GST)

Asy cuci 100 keping gambar dengan kos RM 19.08

Ini pula Canvas Air, gambar yang digantung pada dinding. Saiz boleh tahan jugak besarnya.
Siap ada guide lagi, macam mana nak gantung Cannvas Air tu.
Bukan gambar kahwin je lah, gambar travel ke, gambar family ke, eloklah print sementara tengah murah ni kan?

Macam Asy, inilah masa yang paling sesuai nak print out gambar segala jenis gambar yang berkepuk-kepuk dalam pendrive selama ni.

Oh ya, tipsnya. Kena buat print secara berasingan. Maksudnya macam Asy, nak print 100 keping gambar, buat 50 keping dulu dan masukkan kupon. Dah submit order, kita buka order baru, 50 keping gambar. So, total gambar RM 19.08. Murah kan?

Kalau print di kedai, 100 keping gambar RM 50. Fuh, jauh beza!

Kualiti gambar, okay. Asy pilih jenis paper Matte, supaya tak melekat bila letak dalam album.

Untuk Canvas Air pula, harganya RM 15 daripada RM 169 harga asal! Perghhhhh jimat banyak tu!
Kos keseluruhan untuk Canvas Air ni, RM 15 (Canvas Air) + RM 12 (kos pos) + RM 1.62 (GST) = RM 28.62.

Jimat, kan?

Kalau kata korang ada 500 keping gambar nak dicuci di Photobook ni, total kos baru RM 95.40. Kalau cuci di kedai, 500 keping x RM 0.40, dah telan RM 200.

Total kos gambar kahwin Asy, RM 550 (kos photographer) + RM 19.08 (print 100 keping gambar) + RM28.62 (Canvas Air yang cun-melecun)  + RM 19.90 (beli album di DIY) = RM 617.60 sahaja!

Jangan lupa masukkan CODE yang Asy share atas tadi, sementara masih promosi. Kalau tak, harga sekeping gambar di Photobook RM 0.60 sekeping.

Lama ke nak siap print gambar dengan Photobook ni? Dak aihhhh. Sat saja. Asy order hari Khamis lepas. 14/12/2017. 17/12/2017 dah dapat tracking number.  18/12/2017, barang dah sampai pada tangan.

Untuk yang suka photobook tu, bolehlah korang usha-usha, jenis macam mana yang korang suka. Asy tak minat photobook, so offer dia tu, ai pejam mata sajo.

Okay, setakat ini dulu entry Asy. Jumpa lagi dalam entri yang lain!


Luv,
Asyrafiah Sabri
Ada Gambar Berkepuk-Kepuk.


Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...