Skip to main content

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Happy New Year readers!

Still valid lagi tak? Haha.

Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul)

Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah.

Apa Itu Nafkah?

Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya.

Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji)

Apa Dia Nafkah Zahir Isteri?

Makan minum.
Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja)
Duit poket bulanan (tak kisah isteri tu kerja atau tak)
Ubat-ubatan da supplements
Ilmu

Tapi, suami selalu salah anggap. Kalau isteri dah ada gaji sendiri, kenapa nak bagi duit poket.

Ada juga suami yang praktiskan, all-in-one. Maksudnya, dia bagi duit beli barang dapur saja, dan suami anggap, dia sudah memberikan nafkah pada isteri.

SALAH!

Jadi, kena bagi banyaklah pada isteri? Berapa saja yang tinggal untuk aku (suami)?

Janganlah kamu risau wahai para suami, sebab sebaik-baik sedekah adalah kepada ahli keluarga sendiri. Allah dah sebut dalam al-Quran, kita bagi 1 pada orang, Allah gandakan 70 kebaikan.

Best tak best?

Tapi, zaman sekarang memang zaman suami isteri sama-sama berkerja disebabkan desakan hidup yang semakin menjerut.

Ada suami isteri yang sampai buat dua, tiga kerja tau!

Jadi, berbincanglah antara suami isteri, mana yang boleh kita bertolak-ansur, maka berolak ansurlah.

Nafkah Batin tu Apa Pula?

Perkataan BATIN adalah sinonim dengan hubungan suami isteri. Itu adalah pandangan yang salah.

Cuba kita imbas kembali, kalau hari raya, kita akan ucap, "Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin."

Jadi, kalau batin itu maksudnya hubungan suami isteri, maka rosaklah ucapan selamat dan mintaa maaf kita sempena hari raya.

Nafkah batin buat isteri salah satunya ialah hubungan suami isteri. Selain itu, contoh nafkah batin ialah buat isteri gembira, contohnya buat surprise pada isteri, atau bawa isteri jalan-jalan atau belanja isteri makan sedap-sedap.

Setiap suami itu berbeza sikapnya. Tak semua suami itu romantik, jadi hargailah isteri anda mengikut cara anda.

Isteri juga sama. Raikanlah perasaan suami. Jangan kita nak suami hargai kita selalu, tapi kita tak ambil pusing perasaan suami.

Begitulah adat berumah tangga. Toleransi. Banyakkan berbincang.

Ada yang tanya Asy, Asy dapat tak nafkah bulanan a.k.a duit poket? Dapat.

Macam mana Asy minta pada Mr Fikri? Okay, bab hal-ehwal rumah tangga, Asy banyak bagitau Mr Fkri dari sebelum kahwin. Bab giliran balik kampung. Bab pengurusan wang berumah tangga. Bab siapa bayar bil. Bab nafkah isteri.

Lepas bincang, kami sama-sama setuju, maka carry fowardlah persetujuan tersebut. Macam mana Asy minta? Ikut perbincangan dan persetujuan dengan Mr Fikri.

Sekian dahulu corat-coret Asy. Dah bulan Februari baru nak mencoret.

Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi next sharing.

Assalamualaikum wbt.



Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...