Skip to main content

Bagaimana Saya Langsaikan Baki PTPTN Sebanyak RM7,740.00 Dalam Masa SETAHUN?


Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum wbt.

Laaaama saya tak kongsi cerita di sini. Jadi, bersempena bulan Disember ni, saya nak sharekan semula antara peristiwa yang manissss untuk dikenang. Ewah!

Perkara yang paling manis untuk Asy, ialah bila Asy berjaya bebas dari hutang PTPTN awal 2 bulan dari target yang Asy tetapkan. Hoyyeahhhhh

Target asal.

SUMBER KEWANGAN LANGSAIKAN BAKI HUTANG PTPTN.


1, RM6,896.50 hasil bonus setahun bisnes Shaklee yang saya simpan setiap bulan tanpa gagal dalam investment patuh syariah di Public Mutual.


2, RM 843.50 KWSP. Jumlah KWSP yang saya guna untuk bayar ialah keseluruhan akaun 2. Nampak macam rugi tapi tak rugi sebenarnya sebab itu duit yang saya perlukan untuk bayar hutang.

Saya sharekan pada gambar di bawah supaya lebih mudah nak dirujuk. Oh ya. Siap dapat refund RM 62.04 dari PTPTN sebab terlebih bayar.

Jadi, paling cikai, sebulan nak kena simpan hasil bisnes Shaklee lebih kurang RM574.70. Sebulan ya! Dan saya tak ambil part duit gaji untuk topup. 

Gaji saya tak berapa besar. Jadi, untuk bulan-bulan sebelum Oktober 2017, saya akan buat bayaran sebanyak RM200.00 sahaja sebulan dari gaji. Itu pun, ada bulan terculas sebab TERlebih shopping. Ahaks!

Dan saya mula start bayar secara konsisten RM200.00 dari gaji lepas saya kahwin, Oktober 2016. Oktober 2016 juga, saya mula serius menjalankan bisnes Shaklee saya.

TAK SUSAH, TAPI TAK MUDAH.

Setiap kali bonus Shaklee masuk, saya antara orang yang menangis dalam gembira. Haha, tak senonoh rasanya.


Selama ini, saya senyap-senyap sahaja, berapa bonus Shaklee yang saya dapat. Cuma, saya akan cukaikan sebahagian bonus saya untuk belanja family dan suami.

Saya BERPUASA bila nampak orang beli barang best-best. Bila nampak orang travel sana sini kerana di minda saya,

"Aku perlu settlekan hutang PTPTN aku dulu."

Saya seorang yang kaki jalan dan terpaksa berpuasa begini (sakit rasanya eh eh!)

Alhamdulillah, sekarang sudah bebas PTPTN. Bolehlah nak keluar negara dengan confident dan bergaya ewahhhh! Sekarang juga, saya dalam proses membebaskan diri dari hutang study yang lain dan juga hutang kereta.

Sudah bersedia juga nak memulakan misi date-cation FiaFikri!

ADA YANG NAK SAYA BANTU UNTUK IMPROVE FINANCIAL?

Syaratnya mudah saja.

1- BELUM JADI AHLI SHAKLEE.
2- BERSUNGGUH-SUNGGUH & SABAR dalam menjalankan bisnes


Boleh hubungi saya, www.wasap.my/60148516241

 www.wasap.my/60148516241
Join team iVital untuk improve kesihatan dan improve kewangan.

Asyrafiah Sabri
Mahu Terbang Jauh Berbekalkan Bonus Shaklee

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...