Skip to main content

Hidup: Jangan Pernah Mengalah!



Assalamualaikum wbt

Semalam, usai wedding cousin sebelah suami, saya laju-laju tarik tangan suami untuk ke Pullman Hotel Putrajaya. Macam ingat-ingat lupa, rupa bentuk hotel ni sebab 7 tahun yang lepas, saya pernah sampai di Lake Side sebelah hotel ni, atas urusan assignment masa diploma. Punyalah teruja masa tu datang Putrajaya.

Kawan saya, Fataana Natiqah lah cakap,

“haaa sebelah ni hotel wey. Mahal wey satu malam check in sini.”

Telan air liur saja saya dengar. Masa tu, mana tahu nak book hotel ke apa. Cuma dalam minda saya, orang yang check in hotel ni orang yang kaya.

Tapi bila semalam sampai di Pullman Hotel Putrajaya, rasa macam ya Allah! Tak sangka dapat masuk jejak kaki dalam hotel ni. Maklumlah, saya bukannya pernah jejak kaki ke hotel. Tahun lepas masa kursus bawah sekolah tu lah tahun pertama saya jejak kaki atas hotel.

Pullman Hotel Putrajaya ni antara hotel yang eksklusif. Dalam hotel yang eksklusif inilah, telah berlangsung acara gilang gemilang, iaitu meraikan 4 orang Master Coordinator yang baru, iaitu Master Adilah, Master Fahmy, Master Fahrina dan Master Syed.

“Majlis yang Best! Tak Sama Macam yang Abang Pernah Attend bawah XXX.”

Ini apa yang suami saya bagi pendapat kerana beliau pernah juga join bisnes begini, bawah satu company lain. Ini adalah pertama kali kami join program Shaklee untuk sedut aura positif.

Apa yang lainnya?

Ada perisian dan komentar dari mentor-mentor Master yang dah berjaya

Masing-masing ada cerita masing-masing.

Cerita yang paling terkesan dalam hati bagi saya, cerita Master Adila. Bagaimana beliau buat bisnes Shaklee kerana desperate. Ada mulut yang perlu disuap makanan (anak-anak beliau), ada bil yang perlu dibayar hujung bulan, ada hutang yang menunggu untuk diselesaikan. Ceruk mana yang beliau tak pergi untuk hantar Shaklee ni.

Aduh, dah terkeluar air mata masa ni. Tak bawa tisu pula. Kesat air mata dengan hujung shawl lah kisahnya.

Masing-masing struggle dengan cara sendiri. Bukan mudah untuk berjaya, itu saja kesimpulannya.

Juga, setinggi-tinggi tahniah dari saya buat daddy Shaklee saya, Syaffiq dan Kak Athirah kerana berjaya naik rank sebagai Supervisor. Juga berjuta-juta tahniah buat kawan-kawan yang naik stage semalam. Jangan lupa datang majlis Asy pula lepas ni tau!

Syafiq, Kak Atirah, Kak Yan, Kak Zefa, Kak Ina, Asy, suami.
 
Sedut aura positif dari orang hebat.

Tumpang fofular retis sekejap. Tapi Syafiq ni ialah upline Asy.

Say cheeseeee

Bersama-sama sebahagian keluarga Shaklee saya.

Dapat Produk Khas Dari Shaklee Jepun!

Ini bukanlah goodies dari Shaklee untuk majlis semalam. Ini ialah hadiah dari mentor yang sentiasa ada pinjamkan telinga, pinjamkan idea untuk bantu saya grow dalam bisnes Shaklee. Tak lain tak bukan, Neni Lin Chalo. Semalam jugalah pertama kali saya jumpa beliau face-to-face. Lembut orangnya. Halus juga badannya. Auch!

Yang tengah-tengah tu lah KekLin.
Okay, gambar di bawah ni ialah gambar hadiah yang Asy dapat.

Siap ada wishes card lagi tauuu.

Instant Protein tu samalah macam ESP tu hah fungsi dia. Mengenyangkan. Mencantikkan kulit. Sesuai untuk yang nak diet secara sihat.

Shaklee Bifidus ni supplement berprobiotik. Eh betul ke istilah tu? Tau tak apa dia probiotik ni? Probiotik ni sejenis mikroorganisme hidup yang baik untuk tubuh badan. Bakteria baik lah senang cerita. Jepun kan? Memang mereka punya bidanglah cipta probiotik ni. Kalau tak, tak adalah

Shaklee Fiber. Nama pun fiber kan? Kita pun sedia maklumlah bahawa fiber tu serat-serat. Jadi yang uniknya di Shaklee Jepun ni, mereka hasilkan minuman-minuman serat tu, yang mana tak ada di Shaklee Malaysia.

Okay, setakat ini dulu catatan memori semalam. Semoga next majlis, giliran Asy dan suami pula naik pentas dapat pin dan sijil Supervisor. Amiin..

Terima kasih kawan-kawan yang aminkan.

Terima kasih kawan-kawan yang membaca. Jangan lupa tinggal jejak, nanti Asy lawat rumah awak pula. 😘😘😘

Jumpa lagi next entri!

Comments

  1. Terbaik Asy. InsyaAllah majlis akan datang Asy yg akan naik pentas. Aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...