Skip to main content

Travel: Sekadar Jalan-Jalan Sahajakah?

Assalamualaikum wbt

Tadi pagi-pagi (taklah begitu pagi, sekitar jam 8.30 pagi), Master Lyna Noh telah mengadakan satu sharing yang sangat-sangat-sangat bernilai tinggi tentang travel.

Inilah kelas yang Asy maksudkan.

Lepas habis sharing, Asy rasa macam Wow gila! Sebab apa? First time diterangkan secara jelas dan terperinci, kenapa perlu travel. Apa niat kita nak travel? Kalau kita nak ke A, apa sebabnya? Adakah semata-mata nak shopping? Atau semata-mata nak jalan-jalan tanpa arah tujuan. Baaaaanyak lagi Cuma Asy tak boleh simply bawak keluar ilmu yang sangat eksklusif ni.

Betul, Asy tak boleh bawa ilmu ni keluar, tapi andalah yang boleh masuk ke dalam group ini secara terhormat untuk mendapatkan 1001 ilmu yang gemuk-gemuk. Macam mana nak masuk iReachTM Travel ni ialah, anda seorang Shaklee Independent Distributor atau bahasa mudahnya, ahli Shaklee yang berdaftar di bawah susur galur iReachTM.

Kalau belum jadi ahli, silalah laju-laju daftar keahlian Shaklee. RM79.50 untuk orang semenanjung dan RM90.10 untuk orang-orang Sabah, Sarawak dan Labuan. Okay, itu meh kita sembang tepi.

Bukanlah promote kosong untuk korang jadi ahli, tapi memang tak menyesal sebab dengan harga yang tak sampai seratus ringgit, macam-macam korang boleh dapat.

Tak boleh nak share semua point, tapi Asy akan share dua point yang mana membuatkan Asy sendiri secara jujurnya, buka mata dan buka minda Asy untuk pandang secara luas tentang apa itu travel.

Pertama: Niat Menentukan Hala Tujuan.

Kalau niat kita nak travel semata-mata nak shopping, maka barang-barang shoppinglah yang kita dapat.

Kalau niat kita nak travel untuk cuba 1001 makanan tempatan, maka makananlah yang kita dapat.

Kalau niat sekadar nak tengok tempat, maka dapatlah kita secop dua pada passport untuk tengok tempat.

Nak tau sebab apa? Sebab perjalanan kita bergantung kepada niat kita. Dan yang paling mengejutkan Asy, rupa-rupanya niat kita itu sebenarnya boleh tentukan tempat yang kita nak travel! Sebab itu, perkaa asasnya sebelum start travel, tanya hati kita. Apa yang aku nak dapat untuk travel ni?

Kedua: Budget is the Last Thing!

Selalunya, once kita rancang nak travel, kita akan letak bajet. Sure! Sebab bila travel kita bergantung kepada duit, kan? Means, nak ke sana sini, ada kosnya. Kos minyak, makan, tiket entrance ke tempat-tempat menarik, beli cenderahati. Kalau tiba-tiba over budget, mau menangis! Kalau travel dalam negara tahan lagi. Bawa ke mana-mana kad bank tu, asal ada ATM boleh dicucuk. Yang penting, kadnya “berisi”.

Lets imagine, kita travel ke oversea, tiba-tiba duit tak cukup. Freak out, kan?
Masa dengar Master Lyna kata, budget is the last thing, terkejut la juga. Sebab Asy yang berjalan dalam Negara pun, kita fikir bajet.

Apa yang membuatkan beliau kata begitu?

Balik kepada niat kita, kenapa nak travel? Haaaaa. Kita sendiri pun, bila kita dah tetap hati nak travel ke satu Negara tu, mesti kita dah study, berapa kos yang diperlukan untuk memenuhi niat travel kita. Kos-kos kecemasan.

Sebab, let say kita ni kan, belum ada tempat nak travel. Tapi kaki tu gatal yakmat nak travel. So, katakana kita letak bajet dulu, RM 1,000 untuk travel. Tempat, tak kisahlah. Yang penting, travel. Yang penting jalan.

Jadi, kita pun secara tak langsung akan disekat dengan bajet RM 1,000 tu kan? Nak buat itu, berfikir. Nak beli ini, berfikir. Takut duit tak cukup. Sedangkan, tujuan kita travel adalah kita nak explore sesuatu tempat tu, betul tak? Tapi, kalau kaki pun tersekat-sekat nak explore sebab budget, maka tercapai tak niat kita nak explore the country on our travel? Tepuk hati, tanya minda.

Okay, dapat sesuatu tak daripada entri Asy ni?

Haaaa, ada ni yang tengah baca ni, dah terbayang-bayang next place dia nak travel. Dream bigger! And boost your effort to grab your dream! Kerana kejayaan itu bermula dari sebuah impian. Yeahhh!

A short vacay nak pergi lepas habis PTPTN tahun ni insya Allah.
Tempat idaman yang paling nak pergi. Kita niatkan tahun depan, mudah-mudahan Allah perkenankan.
Tak lengkaplah Jepun tanpa Gunung Fuji dan bunga-bunga sakura.
Semoga Allah memakbulkan impian saya dan impian kita semua untuk mula travel di bumi-Nya. insya Allah.

Terima kasih singgah membaca coretan jalanan ini. Moga ketemu lagi di lain entri


Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...