Skip to main content

Review: Hotel Prima Melaka

Assalamualaikum wbt.

Laaama dah berhabuk blog ni haih. Dari asalnya nak update, tapi tak update-update, sebab apa? Line makin selow-melow. Susah nak connect dengan laptop (alasan).

Ini di sekolah barulah seronok sikit nak up entri. Asy nak share review tentang Prima Hotel di Melaka yang kami dah check-in semasa kami ber-short vacation di Melaka pada cuti bulan lepas. Boleh klik DI SINI untuk baca trip perjalanan kami.

Gambar hotel ihsan dari Google

Sebenarnya, Asy taklah begitu familiar hotel mana best di Melaka. Penat juga "berjalan-jalan" di Facebook untuk cari tahu mana hotel yang best. Kawan Asy cadangkan, pilihlah hotel yang pekej sekali dengan sarapan. Maka Asy pun membuat carian.

Sebenarnya, tahun lalu Asy dah ke Melaka atas urusan kerja dan menginap di Hotel Sentral. Best memang best, cuma kita kalau boleh nak lah cuba tempat yang lain, kan?

Makanya, Asy jumpalah satu catatan di Facebook, senarai tempat yang perlu dilawati dan senarai hotel-hotel yang okay. Mata Asy mulalah fokus pada perkataan "include breakfast". Sekali jumpa nama Hotel Prima dalam senarai teratas yang ditulis dalam catatam anak jati Melaka tersebut (beliau sendiri yang gelarkan begitu).

Bila orang recommend ni, mestilah high-expectation kita kan? Seronok, selesa, siap ada makan-makan. Asy pun terus book di Traveloka. Dah siap bayaran semua, baaaaru baca review. Katanya harga hotel termasuk breakfast tapi breakfast tak ada. Cuak jugalah masa ni.

Bila dah sampai sana, menginap di sana, 3 hari 2 malam, maka inilah komen suci hati dari Asy.

4 Perkara yang Best di Hotel Prima Melaka.

1- Dapat parking dalam kawasan hotel which is selamat untuk kereta kita.

2- Tak berapa jauh dengan Jonker Walk, Stadhyus, Kota A Famosa.

3- Seronok bila berbeca dari area Stadhyus ke hotel sebab lalu jalan-jalan yang kecil, yang mana boleh lihat suasana kedai-kedai lama yang masih wujud bertahan hingga kini.

4- Bilik air luas (walaupun aku tak faham, kenapa bilik air luas gila sedangkan bilik tidur tu design memang ngam-ngam 2 orang je)

8 Perkara yang Tak Best di Hotel Prima Melaka.

1- Harga yang dipaparkan include breakfast, tapi breakfast tak ada sebab cafe dah tutup (macamtu je diorang jawab)

2- Biliknya sempit semput sikit.

3- Bau kepam start turun lift sampailah ke dalam bilik (sumpah nak termuntah)

4- Tuala pun kepam.

5- Bilik tak akan dibersihkan kalau kita tak gantung tag "Sila Bersihkan." Tapi, kita boleh mintak barang sahaja, contoh additional toiletries ke towel baru ke (tapi tuala baru pun kepam juga)

6- Boleh masuk jam 2.00pm. Paling awal 1.50pm. Berbanding Hotel Sentral JB, check in pukul 2.00 pm, tapi disebabkan dah sampai awal, maka boleh je masuk terus. Masa tu sampai dalam pukul 1.30pm.

7- Nak buka pintu hotel tu, leceh yakmat. Kena guna kad dan kunci. Dan kena buat cepat-cepat, less than 5 seconds baru dapat masuk.

8- Daripada hotel nak keluar ke bandar Melaka tu mohon jangan mencarut sebab jalannya ya Allah, orang berpusu-pusu nak menyelit, macam orang berpusu-pusu nak masuk syurga.

Gambar dalam hotel kami memang ta k ambil lah. Malas sebab kamera semua problem. Sabar je lah.

Bintang? Kalau ada lima bintang, Asy bagi 1/2 bintang dari 5 tu. Secara jujur ikhlasnya, tak mau dah ke hotel tu lagi.

Pengajarannya, jangan cepat terpegaruh dengan review FB tapi bacalah review tempat ada nak booking tu, contohnya Booking.com ke Traveloka ke. Jadi, tak lah rasa ralat sangat. Ye dak?

Oh ya satu lagi. Hanya di seluruh hotel di Melaka dan Pulau Pinang, kalau nak check-in, akan dikenakan extra tax berharga RM 2 untuk sehari, selain bayar deposit yang dikenakan oleh pihak hotel. Deposit tu biasalah, kan. Semua hotel ada deposit.

Okay, jumpa lagi di lain entri!




Comments

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...