Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum wbt.
Assalamualaikum wbt.
Perkahwinan adalah sebuah titik permulaan sebuah amanah yang lebih besar.
Kenapa Asy cakap begitu?
Daripada hidup seorang menjadi dua. Berkembang menjadi tiga, empat, lima dan seterusnya. Maka, kerana itulah perkahwinan dikatakan sebagai titik permulaan ke gerbang alam rumah tangga.
Tapi yang selalu kita sibukkan, persiapan di hari walimah. Belanja kenduri, belanja hantaran, baju nak pakai warna apa, baju dari kain apa, grand dari anak jiran sebelah ke tak, doorgiftnya import ke eksport?
Baiklah, walaupun Asy baru setahun jagung dalam alam rumah tangga (setahun pun tak sampai lagi), tapi Asy nak meluahkan sedikit suara hati di sini.
Majlis Kahwin Kau Kena Grand! Jangan Kalah dengan Jiran Sebelah! Mak Malu!
Masih ada ibu bapa yang mahu majlis anak diadakan dengan grand walaupun si anak tidak begitu mempunyai simpanan yang mencukupi. Dengan alasan, "Kau gunalah duit hantaran. Itulah duit untuk majlis." Si ibu minta anaknya sediakan itu dan ini, selepas si ibu dan si ayah berjanji untuk support duit kenduri (duit makan sepanjang kenduri). Ini kisah benar walaupun bukan kisah Asy.
Sebelum berkahwin, Asy tanya pada kawan-kawan yang dah kahwin, berapa anggaran majlis kahwin mereka? Paling cikai, RM 20,000 tau! Masa dengar tu, terdiam Asy. Pening juga fikir, macam mana nak kumpul duit sampai RM 20,000? Itu baru majlis sebelah perempuan. Majlis sebelah lelaki lagi RM 20,000. Alamatnya tua dululah aku sebelum kahwin.
Salahkah Duit Hantaran?
Duit hantaran memang tidak ada dinyatakan secara jelas dalam al-Quran tentang kewajipannya. Duit hantaran adalah sebahagian daripada 'urf (adat) yang baik. Ia juga sama seperti hadiah. Hadiah daripada pihak lelaki kepada isterinya.
Apa yang salah, bila hantaran itu menyusahkan dan membebankan pihak-pihak. Itu yang salah. Lelaki biasanya sanggup sahaja kerana sudah sayang. Jadi, wanita janganlah ambil kesempatan atas rasa cinta dari bakal suami anda, kerana mengumpul duit untuk kahwin bukanlah mudah.
Bila dah dapat, janganlah gunakan duit tu sepuas hati, enjoy pula dengan baki duit yang ada. Rugi tau!
Bila dah dapat, janganlah gunakan duit tu sepuas hati, enjoy pula dengan baki duit yang ada. Rugi tau!
Tips Kumpul Duit Hantaran.
- Tetapkan bahagian untuk ibu bapa anda.
- Buat kerja sambilan semaksimum mungkin.
- Amanah ketika kerja.
- Tetapkan target sebulan perlu simpan berapa. Usahakan untuk simpan lebih.
- Minimumkan kos berhibur atau dalam erti kata lain, kuarangkan perkara yang membazir duit.
Bagaimana Mengurus Wang Hantaran?
Perkara ini ramai yang fail. Sebab, ramai fikir duit hantaran ialah duit yang perlu dihabiskan! Itu memang bahaya! Alhamdulillah Asy berjaya dapat baki lebih kurang RM 3,000 dari duit hantaran. Duit itu kami carry foward untuk kegunaan selepas kahwin.
Isunya bukan berapa puluh ribu yang menjadi masalah cukup atau tidak. Isunya, bagaimana anda berbelanja dengan puluhan ribu yang dibekalkan oleh bakal suami anda.
Di sini Asy share sedikit tips yang kami buat.
- Survey sebanyak yang kita mampu sebelum kita beli sesuatu barang.
- Bahagikan duit ikut keperluan bukan kehendak. Letakkan bajet siap-siap bajetnya dan usahakan untuk beli kurang dari bajet. Contoh, untuk goodies 1000 pax, bajet RM 3,000. Belanja sebenar untuk beli RM 2,300. Jadi ada baki, kan?
- Jangan belanja baki dari portion yang telah ditentukan. Contoh untuk goodies ada baki RM 700. Pejamkan mata dan anggap duit tu tiada. Kumpulkan baki-baki dari portion-portion tersebut dan lihat, berapa baki duit hantaran yang berjaya dikumpul.
- Banyakkan DIY ye sebab DIY memang jimat. Janganlah DIY benda yang tak mampu. Contoh benda-benda yang Asy DIY masa majlis dulu, goodies, photobooth, penunjuk arah, veil nikah, majlis sanding dan bertandang, bunga tanvan, gubahan hantaran.
- Untuk fotografer, untuk lebih jimat Asy cadangkan untuk ambil pakej yang dia ambil gambar saja. Tak perlu print sebab print boleh buat sendiri. Untuk yang nak save duit untuk lepas kahwin je ikut cara ni.
- Hantaran, beli barang yang boleh guna selepas kahwin. Contohnya Slimming Set Promo Shaklee tu ke letak pada hantaran. Set Kesuburan ke. Benda yang jimat dan boleh guna selepas kahwin. Itu yang penting.
Contoh hantaran budget dan sihat |
Rasanya, setakat ini dulu yang Asy nak kongsi. Cuma pesan Asy, jangan terlampau fokus tentang majlis sampai lupa bekalan untuk di bawa ke alam rumah tangga.
Sebab duit orang bercinta, sebab duit orang berkahwin, sebab duit orang bercerai. Itu hakikatnya zaman sekarang. Realiti dalam Mahkamah Syariah yang tak ramai orang luar tahu. Duit itu sangat berharga, pandai-pandailah kita uruskan kewangan.
Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel ini semua.
Ketemu lagi next entri.
Wassalam.
Buat majlis grand sebab tak nak kalah dengan orang lain. last-last bila dah ada anak dua pun, hutang loan bank pun tak setel-setel.
ReplyDeleteBetul kak jida. Nauzubillah. Tapi memang ada yang begitu. Asy memang taknak hutang-hutang. Cukuplah hutang study dah cukup pening nak settlekan
Delete