Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt
Entri ni dalam draf blog bertarikh 9 Januari 2017 tetapi baru 17 Februari lah nak release.
Al-kisahnya, Mr Fikri lah yang tiba-tiba nak ajak ke Sunway Piramid. Asy pula fikir, alamak. Tak sukanya nak drive area sana sebab area Subang Jaya dan Petaling sentiasalah nak jem. Sebabnya dua tiga hari sebelum Mr Fikri ajak date di Sunway Pyramid, kami dah ulang alik dari Klang ke KL dengan drive. Masing-masing tak nak drive sebab tak nak kaki cramp punya pasal masa tengah drive. Tapi, kini saya NO pada cramp sebab Ostematrix dah ada! Yeay!
Eh! Eh! Ter-Shaklee pula!
Okay sambung. Asy cakaplah,
“Boleh nak pergi Sunway tapi abang drive ye?”
“Naik public transport lah sayang…”
“Eh???!!”
Peghak (batak / jakun) sekejap sebab sepanjang hidup tak pernah tahu boleh ke Sunway Lagoon ke Sunway Piramid ke dengan public transport.
1- Kereta
Dari rumah, kami drive dan parking kereta di KTM Klang. Kos? Minyak yang sedia ada saja.
2- KTM
Kami menaiki KTM dari Klang dan turun di Setia Jaya. Kos tiket pergi balik untuk seorang dari KTM Klang ke KTM Setia Jaya ialah RM 5.20
Turun di Setia Jaya tau |
3- Bas Elektrik (BRT Sunway)
Daripada KTM Setia Jaya, kami lalu laluan berbumbung dan berjalan menuju ke BRT Laluan Sunway. BRT ialah bas elektrik, yang mana Mr Fikri cakap, bas elektrik ini bersih, bebas pencemaran udara dan bebas dari penggunaan minyak.
Inilah rupa ruangan menunggu BRT Sunway |
Oh ya! Untuk pengetahuan semua, BRT Laluan Sunway hanya mempunyai 6 perhentian sahaja. Untuk ke Sunway Lagoon, Sunway Pyramid atau nak ke HQ Shaklee untuk restock barang, anda perlu pilih tiket untuk turun di stesen Sunway Lagoon.
Kos tiket dari BRT Setia Jaya ke Sunway Lagoon juga RM 5.20 seorang.
Harga tambang perjalanan menggunakan BRT Sunway. |
Bas pun tiba.
Masa naik, kami dapat duduk. Bas memang bersih, tidak terlalu besar tapi selesa. Sama macam kita naik Rapid ke LRT ke KTM, bas ini pun sediakan rajah laluan dan ada suara juga yang bagitau kita, stesen-stesen terkini.
Kami dalam bas elektrik. Yeayyyy |
Sunway Lagoon. Sunway Lagoon. Dah dengar dia cakap macam tu, turunlah ye. |
Kami pun tiba lah di stesen Sunway Lagoon. Dari stesen, kami menaiki lif untuk berjalan di laluan bergantung.
Nampaklah The Pinnacle, tempat yang famos-amos dalam kalangan pengedar Shaklee. Nak restock barang pun senang. Public transport ada. Tak perlu nak sesak-sesak dalam jem.
Jalan depan lagi, nampaklah Sunway Lagoon.
Depaaaaan lagi, yeay! Dah sampai Sunway Piramid.
Apa lagi, date lah! Cuci mata saja memandangkan kami bukanlah kaki shopping. Kami hanya kaki makan sahaja.
Mihmihmih.
Feeling-feeling in China Town sekejap. |
Yang belakang tu nak interprem jugakkkkk. |
Nak balik pun sama. Ikut macam yang Asy guide di atas tadi ye.
Ambil BRT dari Sunway Lagoon dan turun di Setia Jaya. Kemudian, jalan sikit exercise ke KTM Setia Jaya. Dari Setia Jaya, pulanglah ke destinasi masing-masing. Kami Klang lah. Hehe.
Okay, itu sahaja perkongsian dari Asy setakat ini.
Semoga ketemu lagi di lain entri.
Wassalam.
Wah bestnya dah rasa naik BRT. Ibu cuma dah tgk strsennya je. Iyipun sbb dkt dgn HQ Shaklee. Hrhe..
ReplyDeleteHehe best kak best.
DeleteMoh nanti bila-bila kita ke HQ SHaklee naik BRT
wahh, baru tahu bole gune public transport ke sana. kena try nih. yay!
ReplyDeleteHehe samelah. Asy pun baru tau bila suami bawa.
DeleteTry jangan tak try! Hihi
Sejak-sejak dah ada anak ni lama sgt dah tak naik public transport..best jugak kalau sekali sekala plan bwk budak2 naik ni.mesti excited!
ReplyDeleteSesekali-sekala okaylah jugak Kak Jida. Pusing-pusing naik KTM tapi kena kesabaran yang tinggilah kalau KTM ye kak. Hihi
Delete