Bismilahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt
Dah tau kan cara nak ke Sunway Piramid dengan menaiki public transport? Jika belum, boleh klik SINI di bawah untuk baca.
Hari ni, Asy nak share tentang simple escape Fia Fikri ke Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). Biarpun sudah 23 tahun tinggal di Klang, namun belum pernah menjejak kaki ke sini. Sendu sungguh!
Okay, lets go!
Sebelum kami ke Taman Botani ni, kami singgah dulu di Pejabat Pos Besar Shah Alam di Seksyen 13 untuk poskan ESP yang diorder oleh best friend Asy, sebab dia mengalami masalah gastrik dan selalu makan dalam keadaan jadual yang tak menentu. Bila makan tak ikut jadual makan, sebab itulah akan jadi gastrik, perut masuk angin dan sakit kepala.
Selepas saja pos ESP, kami pun terus menuju ke TBNSA buat pertama kalinya, dengan berpandukan Ustaz Waze (hahaha apa pun tak boleh).
Welcome to TBNSA! |
Parking, dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00 untuk 1 kenderaan sehari. Tiket masuk ke Taman Botani Negara hanyalah RM 3.00 sahaja seorang. Kalau nak masuk rumah 4 musim, kena bayar lagi RM 5.00 seorang.
Selain daripada masuk ke rumah 4 musim, banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di TBNSA, seperti memanah, menunggang kuda, Giant Ball dan macam-macam lagi. Boleh rujk pada gambar di bawah ye.
Jadual pembayaran mengikut aktiviti. |
Lepas beli tiket, kami pun duduk macam pondok menunggu bas tu, untuk naik tram. Tram adalah perkhidmatan kenderaan percuma yang disediakan untuk pusing-pusing dalam TBNSA.
Dalam tram, yeayyyy! |
Bestnya angin! Tram ni ialah bas tanpa tingkap. Udara segar baq ang! |
Oh ya. Sebenarnya anda juga boleh berbasikal tau di dalam TBNSA ni. Perkhidmatan basikal masa tu Asy nampak pada papan tu, RM 10.00 untuk sejam pertama dan RM 1.00 untuk jam-jam seterusnya. Ada map juga untuk dijadikan panduan. Tapi disebabkan kami baru first time di sini, jadi kami pilih untuk naik tram dulu. Nanti dah pandai, baru jalan-jalan sendiri naik basikal.
Apa yang ada di TBNSA ni?
Taman Iklim Sederhana 4 Musim
Tempat pertama yang tram akan bawa ialah Taman Iklan Sederhana 4 Musim. Masa Asy pergi tu, musim salji tau di TBNSA. Memang tujuan asal nak pergi ni nak main ais. Sebab teringat Mines Wonderland yang dah ditutup tu.
Dah sampai. Yeay lagi!! |
Dari lantai pun kau boleh menimba ilmu tau. |
Yang bumbung hemisfera itulah yang ada salji tu. Teruja! |
Masa ni, Fikri Hamiz dah sejuk sangat dah. Mrs Fia cool jak! Kikiki |
Perghhhh! Feeling-feeling London seyyyy! |
Taman Botani.
Ya. Taman Botani ni ada pokok-pokok. Kita dapat kenal macam-macam jenis pokok. Tapi kami tak banyak sangat ambil gambar di sini. Jalan-jalan cuci mata, hirup udara segar. Memang seronok.
Taman Haiwan.
Kisahnya, sebelum masuk ke taman haiwan ni, Asy tengah siapkan order kawan yang order set Prenatal (Set untuk Ibu Hamil) Shaklee tau. Masa ni minta Mr Fikri tunggu dalam 10 minit sekejap sebelum masuk ke taman ini. Kita upah dia makan keropok dan minum air mineral. Mihmihmih.
Tak besar sangat. Tak macam zoo tapi okaylah. Nampaklah juga binatang.
Ada lagi, Taman Burung dan lain-lain tapi tak larat dah nak explore sebab matahari dah tegak atas kepala. Insya Allah ada rezeki kami mai lagi exercise di sini nahhhh.
Tataaaaa |
Have a nice day and happy weekend everyone!
Wassalam.
Nak try pergi la..lalu je pernah
ReplyDeleteBoleh-boleh. Try pergi. Seronok cycling sebab tak berapa panas. Pokok-pokok banyak
DeleteBestnya pergi. Nak try cycling tun
ReplyDelete