Skip to main content

5 Langkah Mudah Nak Mulakan Bisnes Untuk Newbie


Assalamualaikum wbt

Hari ni Asy nak kongsikan tips bisnes untuk newbie (terperasan amatur sekejap). Untuk siapa-siapa yang baru ceburkan diri dalam bidang perniagaan, awal-awal Asy nasihat, semangat kena kuat. Berniaga bukan setiap bulan untung. Ada bulan untung lebih. Ada bulan untung kurang. Silap-silap, ada bulan yang tak untung langsung.

Serius!

Okay, apa yang Asy nak kongsi ni adalah berdasarkan pengalaman Asy sendiri selama menjalankan bisnes Shaklee. But no worries, bisnes apa-apa pun boleh apply tips ni, insya Allah tak rugi.

Lets start reading the tips. 1, 2 GO!

1# Jaga Hubungan dengan Allah

First thing first, bila kita bisnes, kita ni tak ada apa-apa. Kita mungkin ada barang sahaja. Skill? Nama pun baru nak start, lack of skill lagi lah kan? 

Tapi jangan lupa, kita ada Allah. Allah Raja Seluruh Alam. Apa-apa pun, kita mintak dengan Allah. Nak berjaya dunia akhirat ke, nak bisnes maju ke, nak dapat customer laju-laju ke. Mintak dengan Allah.

Jaga solat. Tambah dengan amalan-amalan sunat. Boleh fokus lebih pada gambar Asy attach bawah ni eh. Status Asy pagi tadi.


2# Modal Pertama Bisnes Bukan Duit Pinjaman

Yang ni kena sangat-sangat ambil perhatian. Awal-awal buat bisnes, janganlah berhutang dengan bank. 

Carilah bisnes yang modalnya rendah. Lama-lama, barulah kembang dan kembangkan bisnes bila dah dapat rentak bisnes kita tu, kan?

Kalau nak bisnes supplement Shaklee macam Asy, modal serendah RM 79.50 saja. Itu pun yuran pendaftaran keahlian. Tak diwajibkan untuk keluar modal simpan barang tau. Berminat rojer tepi eh, 014 851 6241


3# Buat Business Plan Anda!

Ada pepatah mengatakan,

"Kalau kita gagal untuk merancang, bererti kita merancang untuk gagal."

Jadi kena rancang, bulan ni nak dapat bonus berapa ribu? Nak buat sales berapa banyak? Nak fokus jual supplement apa nak bagi masyuk? Berapa GUV nak kena capai untuk melayakkan diri dapat tiket business trip ke Bangkok atau Mediterranean Cruise tahun depan?

Ini kalau jual Shaklee macam Asy.

Kalau jual nasi lemak ke jual kuih ke. Sama juga. Perlu ada plan.

Pendek kata, tanpa perancangan yang teratur dan rapi, maka pendeklah umur bisnes kita. Naudzubillah!

4# Istiqamah (Konsisten)

Bisnes kena konsisten. Contoh, kau buka kedai hakiki, macam jual nasi lemak ke, buka kedai jual kuih ke. Harga tak mahal. Kuih pun sedap. Sekali, hari ni buka kedai. Esok tak buka kedai. Fed-up orang tau. 

Persepsi orang, dia ni bisnes pun main-main.

Pengalaman Asy, Asy ada suka sangat dengan satu kedai nasi lemak dekat Rantau Panjang ni. Sedap plus harga pun okay. Hari ni beli, ada. Esok beli, tutup. Lusa, tutup. Tulat baru buka. Sampai rasa sakit hati pula sebab owner ni macam main-main je buka kedai. The nest day beli nasi lemak dan kuih dia, Asy tanya, kenapa tutup? Akak tu jawab, "Hari-hari akak buka, dik."

Kalau cenggini, dah kira kes lainlah sebab akak ni cerita, ada orang yang memang sihirkan kedai beliau, sebab dengki dengan akak ni. Kedai dia bila buka memang tak pernah tak habis jualannya.

Janganlah sampai nak sihir-sihir orang. Ye dak? Tak berkatlah rezeki tu.

Jual online ke offline ke, yang penting, konsisten. Faham?

5# Mohon Doa dan Restu Ibu Bapa dan Pasangan (Bagi yang Dah Kahwin)

Bisnes, bisnes juga. Jangan sampai hilang redha mak ayah atau isteri ke suami. Jangan pula sebab nak bisnes tadi, tanggungjawab pada rumah terabai.

Ingat, doa ibu bapa, doa yang tidak terhijab. Minta doa banyak-banyak dari mereka. Bila dah berjaya, jangan lupa diri. Peringatan untuk diri Asy juga.

Okay, itu saja 5 tips dari Asy yang nak dikongsikan. Jumpa lagi next entri, okay?


Luv,
Asyrafiah Sabri
Suka Sangat Bisnes

Comments

  1. 2018 ford fusion hybrid titanium steel | Titanium Arts
    I know I got this wrong when I read that a new "b" b "f" b "f" b "f" b "f" b titanium 3d printing "f" (or "f" b "f"b) titanium melting point is a new "b" b "f" b "f" b "f" b "f" b "f" is a new titanium charge "b" b "f" samsung titanium watch b "f" b "f" is a new "b" b "f" b guy tang titanium toner "f"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...