Skip to main content

Kisah Batuk Teruk Yang Dirawat Dengan Produk Semulajadi



Assalamualaikum wbt..

Harini, rasa nak throwback balik pengalaman ngeri setahun yang lalu. Apa yang ngeri sangat tu Asy?

Macam ni, Asy mula diserang batuk yang teruk lebih kurang bulan 6 tahun 2016. Mula jadi masa Asy mula mengajar di SRA Kampung Delek. Mula-mula ingatkan batuk biasa. Asy pun buat bolayan sajalah. Sebab bagi Asy, kalau setakat batuk ni, pejam mata saja. Nanti nanti, eloklah tu.

Sampailah masa berkenal-kenalan dengan family husband around bulan 7 (masa tu raya dan dijemput beraya ke rumah kakak ipar yang sulung). Masa tu Asy batuk. Tapi cubalah control sebab yelah seganlah asyik dok batuk je kan depan orang.

Kemudian, 6 Ogos 2016, datanglah rombongan merisik ke rumah Asy. Masa tu pun batuk juga. Bakal biras ada cakap,

"Lamanya Fia batuk.." (family sebelah husband panggil Fia)

Masa tu kita senyum je lah. segan sebenarnya bila orang tegur, kan? Mama pun mulalah bising. Suruh Asy ke klinik. Tiga klinik Asy dah pergi kisahnya. Dua daripadanya klinik panel ayah, satu lagi klinik kerajaan. 

Apa ubatnya? Macam biasa, ubat batuk yang cecair hitam pekat dan tak sedap tu. Tolonglah, I'm too anti ubat batuk yang tak sedap tu. 

Adik pula sarankan minum ubat batuk kelapa laut, sebab dulu beliau pun batuk. Minum seteguk dua, dah elok. Asy beli. Ubat batuk Kelapa Laut, jenama Woods. Semua sental. Habis berbotol, tak sembuh juga. Stress tau!

Alhamdulillah masa hari resepsi tak ada batuk. Nasib baik...

Tapi...

Dia sambung lagi batuk lepas kahwin tu. Hai menyakitkan hati sungguh dan sangat tak selesa. Asy cuba juga minum air nenas, ada kawan kata bila buat tu hilang batuk. Tak hilang jugak. Sampailah ke majlis bertandang, tak hilang-hilang batuk. Ayah mertua sampai belikan madu dan lemon suruh buat. Tak jalan juga. Lega sekejap je. Kau faham tak perasaan sakit hati, sakit sebab batuk.

Batuk Asy ni, batuk yang kering, sampai tahap terkencing-kencing. Memang leceh. Sampai rasa nak give up. Ada yang cakap, ada orang hantar "benda" pada Asy. Ada "terkena" makhluk halus di sekolah. Eh macam-macam cerita pula diorang ni buat.

Sampailah satu hari, sepupu husband ni doktor. Bekas pengarah Hospital Tanjung Karang. Jadi, beliau cadangkan pada kami, untuk buat test mengesahkan Asy ni ada TB ke tak. Sebab lama sangat dah batuk. Terdiam Asy. Sampai fikir, aku dah nak mati ke? Aku kan baru kahwin, takkan dah nak mati?

Down masa tu. Down gila-gila tak boleh nak cakap (masa taip ni pun air mata bergenang).

Asy pun ikutlah nasihat yang dicadangkan. Sehari tu Asy minta MC. Asy tak boleh drive sebab batuk teruk sangat. Husband kebetulan cuti, jadi dia bawa Asy ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang. Lepastu kena sambung check kahak di Klinik Kesihatan Bukit Kuda. Aku ikut je lah, orang kata ambil darah, aku tahan je walaupun tak suka kena cucuk jarum. Orang kata, pergi buang kahak untuk sampel kahak, Asy ikut je. Macam orang hilang pedoman sebab down gila-gila punya.

Malam tu, Asy mesej dalam group Shaklee Asy, bagitau mereka Asy suspect TB. Apa yang elok untuk Asy consume. Neni Ayu pun suggestkan Vivix.

Orang biasanya kalau Asy suggestkan, akan fikir mahal wey. Mana tak mahal, sebotol RM 475 tau. Tahan sebulan je pulak tu. Tapi Asy tak fikir banyak dah. Terus beli. Ikhtiar. Sebab bagi Asy, duit boleh cari. Diri ni kalau sakit, lagi banyak effect. Kerja pun hilang, duit pun tak ada. Nauzubillah.

Nak tau tak? 

Alhamdulillah, biiznillah! Batuk dekat setahun tu berhenti macam tu je, selepas 1 hari Asy minum sesudu kecil Vivix. Yes, its take one day to show the effect guys! Demi Allah, Asy tak tipu!

Inilah dia si botol merah yang segak bergayya.
Senyum sangat masa consume Vivix ni. Tidur pun lena. Batuk ada sikit-sikit, batuk-batuk manja. Bukan batuk yang berterusan macam dulu. 

Asy rasa macam, kenapalah lambat aku nak cuba Vivix ni, padahal aku ni ahli Shaklee. Mungkin sebab rasa tak berapa perlukan. Mungkin sebab tak pernah consume, jadi tak tahu apa effect dia. Apa kebaikan dia. Apa bahan dalam Vivix ni.

Alhamdulillah, selepas ikhtiar dengan Vivix, Asy dapat rasa makin seronok sebab kesihatan makin elok. 

Boleh makan dan minum dengan bebas. Maksudnya tak adalah itu pantang, ini pantang macam masa batuk dulu.

Boleh date dengan bahagianya.

Boleh mengajar dengan selesa dan confident.

Siap boleh buat sharing lagi dengan geng-geng Shaklee yang lain tau!

Memang, rasa beryukur sangat-sangat, Allah pinjamkan kembali rasa sihat. Ngeri tau bila ingat balik kesakitan dulu. Diri tak terurus. Mana nak kerja lagi. Mana nak urus laki lagi.

Inilah kisah yang Asy dah lalui sendiri. Kisah yang Asy taknak terjebak lagi, nauzubillah. 

Satu je pesanan khidmat masyarakat Asy untuk semua. Bila korang rasa korang perlukan supplement then korang pergi cari ejen Shaklee, bila diorang suggestkan Vivix ke atau set-set yang perlu diambil, Asy nasihatkan sangat, silalah jangan terlintas di kepala, 

"Bapak mahal wey! Dia ni mesti nak mencekik duit aku je ni!"

"Ah, suggest yang mahal-mahal ni, nak untung je lah dia ni!"

Jangan. Sebab, bila kami suggestkan supplement yang berkaitan dengan masalah anda, kami dah ada study kami. Bahkan, ada sebahagian kami yang dah lalui masalah yang sama macam anda. Sebab itu kami bantu supaya anda tak payah buang duit banyak-banyak untuk terus rawat sakit anda.

Inilah kisah Shaklee Effect Asy.

Nak tanya apa-apa berkaitan Shaklee, boleh roger Asy di 014 - 851 6241.



Luv,
Asyrafiah Sabri
Bekas Suspek Penyakit Batuk Kering

Comments

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...