Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

3 Langkah Terbaik Menjaga Tulang

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar rohani kita? Apa khabar jasmani kita? Tulang kita ni sesuai dengan usia kita tak kekuatannya? Tulang alah anggota badan yang tak ramai dari kita ni nak ambil tahu. Kepadatannya okay kah? Paling penting, tahukah kita, bahawasanya kita memerlukan 1,000mg kalsium sehari . Macam mana nak dapat 1,000mg kalsium ni? 1)  Minum susu yang berkalsium tinggi. Pastikan susu yang diminum itu adalah susu yang boleh membekalkan 1,000mg kalsium setiap hari. Pastikan juga gula dalam susu tu tak tinggi, sebab kalau minum susu lepas tu gula tinggi, macam mana nak sihat tu khennnn. 2) Makan 80 biji badam setiap hari. Ya! Setiap hari perlu consume 80 biji badam tau! Sebab kita nak bagi tulang kita kuat, kan? 80 biji badam juga membekalkan 1,000mg kalsium kepada tulang. 3) Telan 4 Kaplet Ostematrix setiap hari. Badam mahal? Belilah sebotol Ostematrix yang mengandungi 120 biji dan boleh tahan sebulan untuk sorang consume. Macam Asy,...

7 Pelaburan yang Menguntungkan!

Assalamualaikum wbt! Pernah tak korang terfikir, bahawa pentingnya kita melabur? Jadi kali ni, Asy nak share tentang peri pentingnya pelaburan dalam kehidupan. Sejajar dengan meningkatnya kos hidup, maka ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia mula melibatkan diri dalam pelbagai bentuk pelaburan bagi membantu meringankan komitmen peribadi pada masa akan datang. Ada orang buat pelaburan untuk pendidikan anak. Ada orang buat pelaburan untuk mengembangkan harta. Jadi, mari kita tengok apa pelaburan-pelaburan yang patut dan perlu untuk dilaksanakan. 1- Pelaburan Simpanan Asy yakin dan percaya bahawa setiap kita mempunyai simpanan untuk masa depan, masa kecemasan. Perlu ada. Namun, dalam kita tak sedar, simpanan di bank tidak memberikan dividen yang menguntungkan. Jadi, apa kata mulai hari ini, kita tukarkan konsep wang simpanan tersebut kepada pelaburan simpanan? Untung-untung, dividen yang dijanjikan pun banyak. Untuk melaburkan simpanan anda, Asy cadangkan un...

Diari Syawal FiaFikri 2017

Bismillahirrahmanirrahiim. Assalamualaikum wbt. Syawal bakal melabuhkan tirainya 2 hari lagi. Alhamdulillah, tahun pertama beraya sebagai isteri. Merasalah tak beraya dengan adik beradik (sobs). Merasalah beraya secara backpack. Merasalah makan makanan yang tak pernah makan sebelum ni. Bila beraya sebelah suami, alhamdulillah seronok orang tak tanya, "Bila nak mengandung?" Tak ada langsung dapat soalan macam tu which make me more enjoy my raya tau! So, Asy nak tempekkan gambar sebagai kenang-kenangan. Team Raya Perlis Bersama Tok Yam, nenek sebelah Abah. Tok Yam's Generation. Mini reunion dengan kawan-kawan DSPI A. Tunggu kat Perlis jugak baru jumpa eh korang. Sayang korang. Team Raya Klang My Bff (Dayu) dan anak-anaknya. Tahun 2017, alhamdulillah 11 orang ahli keluarga. Family sebelah ayah. Mak Teh & Pak Teh. Family sebelah mama. Mbah Idok, Cik Wa, Cik Lan, Cik Ja & De Yah. Warga Taman Kembara....

Bagaimana Mengira Zakat Pendapatan bagi Penduduk di Selangor.

Assalamualaikum wbt. Kelmarin dok sembang-sembang dengan suami tersaiyyang pasal gaji. Maka, keluarlah topik zakat pendapatan. Disebabkan kami suami isteri memulakan karier kami tahun 2016 secara rasminya. Maka, apa lagi. Bergegaslah Menteri Kewangan FF (iolz lew) pergi track balik gaji husband berapa. KWSP beliau berapa. Sebab kerja yang sebelum ni, gaji dia tak fix. Teruslah Asy buat catatan nak kira gaji husband dan gaji Asy, cukup nisab tak nak keluarkan zakat pendapatan. Ni kisah baru nak kira zakat pendapatan 2016 tau. Haiyyak! Kemudian, Asy pun bukalah Kalkulator Zakat Pendapatan secara online di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor. Sekali bila nak isi, adalah satu, dua, tiga benda yang Asy tergaru-garu kepala sampai senget tudung sebab tak tau nak buat macam mana. So Asy kol hotline LZS (boleh tengok dekat bahagian bawah sekali di laman web LZS). Jadi, Asy terangkan dengan ringkas dan padat, okay? First Step. Okay, nampak kan gambar di atas ni? Kalau...

5 Tips Bangun Pagi dengan Cergas

Assalamualaikum wbt Bangun pagi dengan keadaan yang lesu, longlai, lemau adalah perkara yang tak best bagi kita semua, kan? Macam mana nak best, sebab bangun pagi tu lah menentukan mood kita hari tu. Kalau bangun lesu, terkejar-kejar nak buat breakfast, Subuh pun lewat, maka kita dah memulakan hari kita dengan tak best. Serius Asy cakap. So, Asy nak share few tips yang Asy amalkan, dan memang alhamdulillah sangat-sangat membantu Asy boleh bangun awal dan start my day to settle down kerja-kerja rumah. 1 # Buat Senaman Ringkas pada Waktu Petang. Kalau mampu berzumba, lagi bagus. Kalau tak larat, buat senaman ringkas-ringkas je contohnya buat sit-up 5 kali ke. Lompat bintang 10 kali ke. Jangan malas-malas tau mal senam. Kalau tak, nanti badan lesu bila peluh tak keluar dari badan. Badan pun rilex je tak diregangkan. 2 # Jangan Makan Makanan yang Berat 2 Jam Sebelum Tidur Sebab apa tak boleh? Masa sedang tidur, badan kita ni nak proses apa ya...

ASB Berwajah Baru!

Assalamualaikum wbt semua! Untuk harini, Asy nak sharekan pengalaman mengahadapi "wajah baru" ASB. Last month, Asy ada baca di FB rasmi Amanah Saham Bumiputera, yang mana admin ada terangkan yang masuk bulan Julai ni, ASB berwajah baru. Nak masukkan duit ke tak payah guna buku. Para pelabur ASB tinggal minta nombor akaun yang baru di kaunter ASB dan ejen-ejennya. Masa baca ni, padia niiii. Tak faham. Sampailah last week, mama ajak ke Pejabat Pos Rantau Panjang. Alang-alang kita tanyalah sekali pasal ASB kat pejabat pos tu kan? Maka hasilnya adalah seperti berikut. # Konsep Bookless # Sekarang, ASB dah mansuhkan penggunaan buku pelaburan untuk sebarang transaksi. Haritu Asy masukkan duit dalam ASB, bagilah buku sebab tak tau prosedur baru. Biasa kalau setakat masuk duit, dia takkan mintak IC.  Prosedur baru ni, nak masuk duit, kena isi borang masuk yang warna biru tu & bagi IC sahaja. Buku tak payah. Bookless lah gitu. # Dapatka...

Tips Cepat Sembuh Luka Bersalin bagi Ibu Berpantang

Assalamualaikum wbt semua! Zuriat adalah satu pinjaman Allah yang tidak ternilai. Bila dah ada zuriat, bukan sahaja kesihatan si bayi kena diambil kira, tetapi kesihatan ibu juga. Berpantang secara sendiri bukanlah satu perkara yang luar biasa. Dah ramai rupanya yang amalkan berpantang sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Bukan apa, risau membebankan kudrat ibu bapa yang sudah tidak seberapa. Jadi untuk entri harini, Asy nak kongsikan apa dia makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu yang berpantang. Kulit Ayam Sebenarnya, kulit ayam ni bukan saja pantang pada ibu yang berpantang. Kita yang sihat pun tak boleh juga tau! Sebab apa? Kulit ayam ni dia mengandungi antibiotik, hormon atau racun yang memang susah nak musnah semasa kita masak kulit ayam ni. Kesan kalau ibu mengandung ni makan kulit ayam, jadilah luka bersalin tu lambat nak sembuh, gatal dan boleh jadi sampai tahap bernanah-nanah tau! Ngeri, kan? Baik elak daripada jadi penyakit, ye dak? Makanan Laut M...

Wanita, Ketahui Hakmu.

Assalamualaikum wbt. Semalam Asy dengar sharing dari Ikim.fm, tajuk yang dikupas menepati citarasa Asy. Tentang menapis keborosan. Tapi, harini Asy bukan nak kongsi tentang tips menapis keborosan. Asy nak kongsi sedikit tentang bagaimana wanita sebagai isteri harus nersedia menghadapi detik perpisahan dengan suami khususnya. Asy yakin dan percaya dengan suci hati, bahawa tiada mana-mana wanita di dunia ini yang tak sabar-sabar diceraikan oleh suami melainkan atas sebab-sebab tertentu. Nauzubillah. Setiap wanita yang bergelar isteri, yang dinikahi oleh lelaki pilihan hatinya lazimnya tulus mencintai suami sepenuh hati, percayalah. Selepas berkahwin, suamilah kawan. Suamilah musuh. Suamilah tempat mengadu. Suamilah tempat bergaduh.  Bukannya menolak kewujudan keluarga, ibu bapa, mertua dan adik-beradik. Cuma jika merujuk akad nikah itu, pihak terhampir diikat adalah suami dan isteri. We fight. We argue. We love. Saat Wanita Memilih Untuk Tetap Berker...

6 Jenis Vitamin yang Diperlukan Untuk Kekal Cergas

Assalamualaikum wbt Asy rasakan, semua orang tahu. Nak sihat, kena jaga pemakanan. Makan makanan yang seimbang. Nak sihat kena bersenam, paling-paling kurang 2 ke 3 kali seminggu. Tapi, ramai orang yang tolak satu perkara, iaitu VITAMIN.  Tak ramai yang tahu, kalau nak sihat ni perlukan juga vitamin. Biasanya mereka-mereka akan cakap, "Vitamin ni menipu je. Kalau ko jaga makan pun dah sihat." "Buat apa nak vitamin-vitamin? Senam nanti kuruslah!" Dan macam-macam lagi sebab orang tolak vitamin. Sebelum tolak vitamin, anda tahu tak kenapa kita perlukan vitamin? Klik sini untuk tahu Kenapa Kita Perlukan Vitamin. Jadi untuk hari ni, Asy nak share tentang apa vitamin Shaklee yang sesuai untuk bantu badan kita kekal cergas. 1# Vita Lea Mengandungi multi-vitamin untuk bantu lengkapkan vitamin-vitamin yang kurang dalam badan kita. Membekalkan tenaga untuk cergas sepanjang hari. Membantu menstabilkan kadar metabolisme badan. Vita...