Skip to main content

Diari Syawal FiaFikri 2017


Bismillahirrahmanirrahiim.
Assalamualaikum wbt.

Syawal bakal melabuhkan tirainya 2 hari lagi. Alhamdulillah, tahun pertama beraya sebagai isteri. Merasalah tak beraya dengan adik beradik (sobs). Merasalah beraya secara backpack. Merasalah makan makanan yang tak pernah makan sebelum ni.

Bila beraya sebelah suami, alhamdulillah seronok orang tak tanya,

"Bila nak mengandung?"

Tak ada langsung dapat soalan macam tu which make me more enjoy my raya tau!

So, Asy nak tempekkan gambar sebagai kenang-kenangan.

Team Raya Perlis

Bersama Tok Yam, nenek sebelah Abah.
Tok Yam's Generation.
Mini reunion dengan kawan-kawan DSPI A. Tunggu kat Perlis jugak baru jumpa eh korang.



Sayang korang.

Team Raya Klang


My Bff (Dayu) dan anak-anaknya.

Tahun 2017, alhamdulillah 11 orang ahli keluarga.

Family sebelah ayah. Mak Teh & Pak Teh.

Family sebelah mama. Mbah Idok, Cik Wa, Cik Lan, Cik Ja & De Yah.

Warga Taman Kembara.

Baraan Sekolah

SRAKD buat baraan sekolah. Baraan tu maksudnya beraya secara beramai-ramai dari rumah ke rumah.

Nama guru yang tersenarai diwajibkan menerima kehadiran guru-guru yang lain. Paksa rela lah gitu konsepnya. Bukan seperti konsep open house, maksudnya siapa yang nak buat, dia buat.

Dah jadi budaya untuk melaksanakan baraan di SRAKD. Tak pergi, kena buat surat tunjuk sebab katanya. Tapi kalau managment yang tak pergi, tak apa. Kebal undang-undang katanya.

A thing that I really hate, when the managment of school treat us like a kid! Pffttt.

Vroom Vroom. Jom pegi baraan.

Baraan Rumah Pertama warda SRAKD

Rumah ke berapa pun tak ingat dah.
Rumah Taukey Lembu. Sedap oooo sup tulang, tu yang muka terus jadi boolat. Masa ni, bawa husband dan Husna (adik bongsu Asy) sekali.

Raya tahun ni seronok sikit sebab ada geng (husband lah). Asy seketoi wanita yang nebes nak drive sensorang jauh-jauh. Jadi, banyak open house yang kami redah even jauh ke KL sebab ada waze dan sebab husband drive and temankan. Kehkehkeh.

Kalau tahun lepas, masa raya tu pun macam dah serabut-serabut prepare barang-barang nak kahwin.

Okay, ini sajalah dulu coretan Asy untuk pengalaman raya tahun 2017. Tahun depan, mana tahu ada rezeki raya bertiga ke berempat ke kan. Hehe

Adios semua. Thank you for reading this!

Comments

  1. Best juga tu 'baraan'. Boleh mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete
  2. Seronoknya beraya. Meriah sangat. Alhamdulillah. Beraya dapat eratkan silaturrahim sesama sanak saudara. Kenal mengenali.

    ReplyDelete
  3. Best2 best...time raya lah kita dapat bertemua semua...
    Time ni lah kita dapat meluangkan masa bersama...dapat kenal saudara mara tk kira jauh dan dekat..
    Seronok tak terkata ...kn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...