Skip to main content

7 Pelaburan yang Menguntungkan!


Assalamualaikum wbt!

Pernah tak korang terfikir, bahawa pentingnya kita melabur? Jadi kali ni, Asy nak share tentang peri pentingnya pelaburan dalam kehidupan.

Sejajar dengan meningkatnya kos hidup, maka ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia mula melibatkan diri dalam pelbagai bentuk pelaburan bagi membantu meringankan komitmen peribadi pada masa akan datang.

Ada orang buat pelaburan untuk pendidikan anak. Ada orang buat pelaburan untuk mengembangkan harta.

Jadi, mari kita tengok apa pelaburan-pelaburan yang patut dan perlu untuk dilaksanakan.

1- Pelaburan Simpanan



Asy yakin dan percaya bahawa setiap kita mempunyai simpanan untuk masa depan, masa kecemasan. Perlu ada. Namun, dalam kita tak sedar, simpanan di bank tidak memberikan dividen yang menguntungkan.

Jadi, apa kata mulai hari ini, kita tukarkan konsep wang simpanan tersebut kepada pelaburan simpanan? Untung-untung, dividen yang dijanjikan pun banyak.

Untuk melaburkan simpanan anda, Asy cadangkan untuk dilaburkan dalam Tabung Haji, ASB atau Public Mutual.

Kalau melabur di Tabung Haji paling senang sebab dah ta payah fikri zakat simpanan. Cuma antara tiga yang Asy cadangkan ni, Public Mutuallah yang memberikan pulangan yang menguntungkan tau!

Nak tahu tentang Public Mutual Investment yang Syari'ah Compliance boleh roger ayah Asy, En. Ahmad Sabri di 012 - 924 1516.

2- Pelaburan Emas

Nak main emas tu boleh. Tapi, mohon kaji dalam-dalam, syari'ah compliance ke idok. Bukan apa, bila tak ikut syar'ie, kita tak dapatlah keluarkan zakat emas. Apa kesan bila kita tak dapat keluarkan emas? Off course kita tak dapat bantu golongan yang susah untuk perbaiki kehidupan mereka, kan?

Satu lagi, bila kita main pelaburan emas yang tak ikut syarie, kita akan dapat untung, kan? Untung dari kita main emas tu, berkat ke tak? Sebab tu dalam hidup ni, nak buat apa-apa kena kaji dan fikir. Jangn fikir lama-lama, sebab kalau fikir lama-lama ni, hasil pun tak ada.

Setakat ni yang Asy tau, untuk pelaburan emas yang patuh syariah ialah DinarPal. Harga yang ditawarkan jauh lagi baik dari company lain.

3- Pelaburan Pendidikan

Kita takkan jadi rugi kalau kita melabur untuk pendidikan. Cuma, sila jangan bubuh kat mindset, iolz belajaq sampai PhD sebab iolz nak gaji doploh ribu sebulan.

Duit yang ada, kita perlu invest untuk ilmu. Ilmu macam-macam. Bukan setakat apa yang di belajar di universiti atau kolej sahaja tau.

Nak bisnes Shaklee kena ada ilmu. Kos nak dapat ilmu tu, hanyalah yuran mnjadi ahli iaitu RM 79.50 sahaja. Lepas tu, buatlah bisnes habis-habisan. Tolong orang dan raih kepuasan sebab dapat tolong orang berserta imbuhan bulanan.

4- Pelaburan Kesihatan

Siapa yang nak sakit, betul tak? Sebab tu kena melabur beli supplement untuk kesihatan. Supplement bukan tanda kau berduit, kau mampu makan lebih.

Supplement tanda kau sayang dengan kesihatan yang Allah pinjamkan. Macam Asy, memang I pilih Shaklee sebagai ikhtiar nak sihat.

Boleh consume supplement yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan tau dengan Shaklee ni. Badan pun rasa cergas selalu!

Tang Shaklee ni, nak tau lebih lanjut mohon roger Asy. 014 851 6241


5- Pelaburan Nyawa

Hai, nayawa pun ada pelaburan ke? Ada lah korangggg. Dengan takaful lah!

Kadang, tiba-tiba sakit yang teruk ke kemalangan ke kematian orang tersayang ke atau diri sendiri mendapat kecacatan kekal ke. Kita tak jangka, kan?

Kalau kata tiba-tiba kena operation, kos sampai RM 50k, mana nak cekau oi. Kalau ada tanah boleh digadai. Habis kalau tak ada tanah, pinjam Ah Long lah kan? Hurm...

Malang tak pernah berbau dan tak terjangka pun. Makanya, sebelum malang datang, eloklah sediakan payung sebelum hujan. Sekurang-kurangnya, ringan sikit beban dapat bantuan takaful yang dicarum.

Lagi satu takaful ni best sebab secara tak langsung kita dapat tolong orang yang memerlukan, kan? Kami sudah bertakaful dengan PruBSN. Anda?

6- Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah ni memang syok. Orang kata kena menuntut ilmu juga. Tapi secara ringkasnya, hartanah biasanya berkaitan tanah dan rumah. Pelaburan yang menguntungkan kalau pandai dalam selok-beloknya.

Manakan tidak. Harga rumah yang dibeli 5 tahun lalu (RM 10,000) berubah menjadi RM 200,000 masa sekarang kerana nilai aset yang tidak susut. Ini secara general sahaja. Jangan terlalu teruja sangat dengan nilai 200k tu. Mohon tambah ilmu dengan rujuk pada yang pakar atau join seminar-seminar. Biar keluar duit sikit, daripada kita rugi dek kebodohan kita, kan?

Hat ni Asy tak boleh komen detail sangat sebab I'm not in yet dalam bidang ni. Bila I'm in, nanti I share pepanjang ya?

7- Pelaburan Akhirat

Akhirat jangan dilupa. Asyik kejar pelaburan dunia, pelaburan akhirat tak mau topup banyak-banyak jugak ka?

Pelaburan akhirat yang famos amos orang dah tau ialah sedekah. Sedekah yang paling baik adalah pada keluarga sendiri. Suami sedekah kepada isteri. Ayah sedekah kepada anak-anak. Juga sedekahlah kepada yang memerlukan.

Jangan sempitkan konsep sedekah ni ya. Sedekah bukannya beri duit semata-mata. Tolong orang lain pun sedekah. Senyum juga sedekah. Kongsi ilmu pun sedekah.

Jadi sepanjang hidup, buatlah baik supaya bila kita dah tak ada, pemergian kita dirasai, bukannya pemergian kita itu dinanti.

Okay semua, setakat ini dulu untuk hari ini. Thanks for reading. So, lets be an investor with me!


Luv,
Asyrafiah Sabri
A Shakleepreneur & Investor.

Comments

  1. Wow... Semua pelaburan tu penting.. Good info!

    ReplyDelete
  2. Info berguna ni asy. Terima kasih. Setiap pelaburan memang penting untuk masa depan. Macam pelaburan untuk kesihatan. Bukan tunggu sakit, baru nak mencari ubatnya. Kena cegah dari sekarang.

    ReplyDelete
  3. elok juga buat pelaburan dari sekarang..kan kebaikan untuk masa depan juga. Yang penting, pilihlah pelaburan yang betul bermanfaat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...