Skip to main content

Tips Pengurusan Masa yang Mudah Sebagai Isteri yang Berkerjaya


Assalamualaikum wbt

Lama rasanya tak bersiaran. Ampunkan beta kerana line semakin menemuinya ajalnya (nak habis kuota dah 😂)

Hari ni Asy nak buat simple sharing kepada kawan-kawan khususnya yang baru berkahwin, tentang pengurusan masa sebagai seorang isteri yang berkerjaya.

Asy sendiri mengalami culture shock juga masa awal-awal kahwin. Maklumlah, masa bujang tinggal dengan mama ayah, jadi banyak kerja rumah diuruskan oleh mama (maaf sis tak senonoh).

Tapi betul. Masa kau bujang, takdenye kau gigih nak bangun pukul 4 pagi, bangun basuh baju, basuh pinggan, lipat baju, iron baju, masak untuk makam malam. Tak pernah Asy buat benda-benda ni dengan gigihnya di awal pagi.

Paling-paling pun, pagi tu bangun berebut iron dengan adik, mandi, solat, bersiap, breakfast (pun mama sediakan) lepas tu pergi kerja. Itu bujangggg. Bujang gaisss.

Dah kahwin ni, semua kerja kau buat sendirilah kan. Takkan kau nak tapau lauk dari rumah mak pulak hari-hari.

So, meh sini baca secara ringkas, tips pengurusan masa yang Asy amalkan.

Bangun Seawal Pagi.

Pagi yang Asy maksudkan bergantung kepada masa kerja seseorang. Tapi ni Asy bagi tips untuk yang kerja office hour ye, sebab this week Asy full day koje. Sampai nak ke pukul 7 malam hah.

Masa yang paling best nak bangun, pukul 4.00 pagi. Banyak kerja yang boleh settle kalau bangun pukul 4.00 pagi ni.

👉 Solat sunat tahajjud & witir.

👉 Basuh baju.

👉 Masak lauk untuk makan malam.

👉 Sidai baju.

👉 Buat simple breakfast (Shake ESP sajoo)

👉 Iron baju kerja sendiri & suami.

👉 Subuh.

👉 Sarapan.

👉 Gerak pergi kerja.

Petang (lepas office-hour).

👉 Balik rumah, panaskan lauk yang dimasak tadi pagi.

👉 Masak nasi.

👉 Angkat baju.

👉 Lipat baju.

👉 Sediakan bahan memasak untuk esok pagi, potong-potong sayur, potong ayam. Jadi mudahlah esok pagi nak memasak)

Malam.

👉 Solat.

👉 Ngaji.

👉 Sembang dengan pasangan.

👉 Tidur secepat yang mungkin untuk bangun segar esok harinya.

Nampak macam simple. Macam mudah. Macam duduk kat asrama.

Hakikatnya berbeza bila dah bersuami. Nak pulak kita ni baru nak sesuaikan diri dengan kehidupan bersuami, jadi agak mengambil masa.

Asy sendiri awal-awal berkahwin, stress rasanya. Nak ke sekolah pun macam tak sempat nak bersiap. Rasa masa tak cukup gila kaki tangan dan masa nak settlekan kerja rumah. Dengan komitmen kerjaya lagi. Dengan komitmen sebagai anak, menantu, ipar, biras.

Jadi, ini adalah serba sedikit panduan atau lebih layak digelar a simple sharing from me untuk membantu kawan-kawan yang baru berumahtangga ni urus masa.

Ini baru urus diri sendiri dan suami ya. Belum kira nanti ada baby. Belum kang nanti anak 2, 3, 4. Asy tak tulis tang tu sebab belum mengalami. Insya Allah bila sampai masanya Asy akan share di blog.

Sebab tu badan kena sentiasa fit nak make sure isteri yang berkerjaya ni sihat dan cergas gitu. Almaklumlah, bahu kanan komiymen keluarga, bahu kiri komitmen dengan kerjaya.

Sesibuk mana pun kita, Asy pegang jangan tinggal solat, sedaya uapaya beleklah sikit ayat Quran dan jangan tinggal vitamin.

3 perkara ni sebenarnya vitamin yang batu recharge diri kita. Solat, waktu nak berehat. Quran, waktu kita nak chit chat dengan Allah. Vitamin, waktu untuk kita pulihkan tenaga dalaman.

Vitamin yang sesuai nak bagi kita keep fit yang Asy amalkan ialah Vita-C, B-Complex, Vita-Lea, Alfalfa, Lechitin & Ostematrix.

Bagi yang baru melangkah ke alam perkahwinan, selamat pengantin baru Asy ucapkan. Semoga kekal hingga ke syurga mahligai cinta yang dibina.

Luv,
Asyrafiah Sabri
305 Hari Menjadi Isteri


Comments

  1. Penting kena manage masa tu. Kalau tak caca marba hidup 🤣

    ReplyDelete
  2. ya.memang jauh berbeza kehidupan bujang dan berkahwin. mau nya tak, dulu fikir diri sendiri je..sekarang kena fikir hal diri dan pasangan juga.

    ReplyDelete
  3. Terbaik...tips yng berguna untuk wanita2 bekerjaya...

    ReplyDelete
  4. Cegumanes amalkan gosok baju seminggu sekali terus,bangun pagi tak fikir dah nak menggosok. Pengurusan masa sangat penting bagi ibu-ibu. Kena buat to di list selalu. Nampak efisien.

    ReplyDelete
  5. Paling penting time management kan 😊

    ReplyDelete
  6. Time management sangat penting, apatahlagi bagi yang berkerjaya... Nak urus rumah, kerjaya dan anak memang mencabar betul!!

    ReplyDelete
  7. Pengurusan masa sangat penting. Kalau tak haru biru jadinya. Lagi2 bila ada anak.

    ReplyDelete
  8. Memang sangat lain masa bujang & berkahwin😂 org ckp bila bujang matahari tak tinggi tak la bgn .. Tapi bila dah kawin .. Tak miss bngun awal utk sediakan anak2 dan suami

    ReplyDelete
  9. Memang sangat lain masa bujang & berkahwin😂 org ckp bila bujang matahari tak tinggi tak la bgn .. Tapi bila dah kawin .. Tak miss bngun awal utk sediakan anak2 dan suami

    ReplyDelete
  10. time managemen ni sgt penting

    ReplyDelete
  11. Tq for sharing☺.Dpt idea jg cara manage masa dgn baik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...