Skip to main content

ASB Berwajah Baru!


Assalamualaikum wbt semua!

Untuk harini, Asy nak sharekan pengalaman mengahadapi "wajah baru" ASB.

Last month, Asy ada baca di FB rasmi Amanah Saham Bumiputera, yang mana admin ada terangkan yang masuk bulan Julai ni, ASB berwajah baru. Nak masukkan duit ke tak payah guna buku. Para pelabur ASB tinggal minta nombor akaun yang baru di kaunter ASB dan ejen-ejennya.

Masa baca ni, padia niiii. Tak faham.

Sampailah last week, mama ajak ke Pejabat Pos Rantau Panjang. Alang-alang kita tanyalah sekali pasal ASB kat pejabat pos tu kan?

Maka hasilnya adalah seperti berikut.

# Konsep Bookless #

Sekarang, ASB dah mansuhkan penggunaan buku pelaburan untuk sebarang transaksi. Haritu Asy masukkan duit dalam ASB, bagilah buku sebab tak tau prosedur baru.

Biasa kalau setakat masuk duit, dia takkan mintak IC. 

Prosedur baru ni, nak masuk duit, kena isi borang masuk yang warna biru tu & bagi IC sahaja. Buku tak payah. Bookless lah gitu.

# Dapatkan Nombor Akaun yang Baru #

Macam mana nak dapat nombor akaun yang baru? 

Macam Asy haritu masa masukkan duit tu first time guna khidmat ASB yang berwajah baru, jadi pada slip tu ada dicetak nombor akaun yang baru untuk digunakan pada transaksi lepas-lepas ni.

Boleh tengok gambar kat bawah ni.

Balance untuk first time guna cara baru ni, dia akan tulis tabgan je dulu.
Untuk nombor akaun yang baru pun, diorang akan bagi untuk kegunaan next transaction kita.

Untuk pengeluaran, Asy tak pasti macam mana sebab haritu masa nak masuk duit pun, petugas kaunter sangat tak mesra alam. Maaf cakaplah. 

Kita tanya, dia buat acuh tak acuh je. Bukannya nak ngorat dia pun. Kita nak tanya sebab nak bagi clear.

Banyak kekeliruan yang Asy nak clearkan tapi tak kesampaian. I'm seriously sigh. Dah lah nak tutup akaun punyalah payah gila!

Sakit rasa hati kalau teringat bagaimana orang kaunter tu layan. Sebab tu kalau ada urusan di pejabat pos, Asy prefer Pejabat Pos di Aeon Bukit Raja. Dia punya staf tu, ada sorang kakak ni, free-hair, specky tapi sangat-sangat-sangat mesra layan orang.

Okay, tercurhat pulak. Berbalik pada topik utama.

# Simpan Slip Transaksi Anda #

Bila dah jadi bookless ni, dia leceh jugaklah bagi Asy. Bukan apa, kau nak kena simpan resit tu dalam satu tempat khas. Asy ni suka style lama, transaksi yang dicatit dalam buku. Macam Tabung Haji, kan. Senang nak rujuk.

Makanya, Asy akan mula ikat slip-slip ASB dalam casing kat bawah ni. Mujur haritu pergi Shaklee dapat free, ada juga kegunaannya. Hehe.

Nin dia bendanya. Kita boleh tebuk slip ASB tu dan buh dalam sini.

Sebagai back-up, Asy simpan catitan transaksi secara softcopy juga. Perlulah sediakan payung sebelum hujan, kannnn.

Okay, sampai sini dulu perkongsian Asy tentang ASB. Kalau ada apa-apa info tambahan, Asy akan update ya!

Luv,
Asyrafiah Sabri
Pelabur ASB.

Comments

  1. baru tau juga ni..tq asy for the info.

    ReplyDelete
  2. Alamak...buku kakina pon tak tau kat mana...
    kena cari semula ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak ina. Diorang sekarang tak payah pakai buku dah.

      Bagi ic je

      Delete
    2. Takpe kak ina. Diorang sekarang tak payah pakai buku dah.

      Bagi ic je

      Delete
  3. Nak keluarkan duit pun sama jugak... Just isi borang dan bawa ic jer... Leceh sikitlah sebab tak tau dlm tu ada brapa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Nak simpan slip dia tu bertimbun-timbun dah satu kerja.

      Delete
  4. tq for sharing asy. Kita kena ada simpanan mulai sekarang, terbaik lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, mula simpan dengan duit bonus Shaklee chegumanes 😉

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...