Skip to main content

Wanita, Ketahui Hakmu.

Assalamualaikum wbt.

Semalam Asy dengar sharing dari Ikim.fm, tajuk yang dikupas menepati citarasa Asy. Tentang menapis keborosan.

Tapi, harini Asy bukan nak kongsi tentang tips menapis keborosan. Asy nak kongsi sedikit tentang bagaimana wanita sebagai isteri harus nersedia menghadapi detik perpisahan dengan suami khususnya.

Asy yakin dan percaya dengan suci hati, bahawa tiada mana-mana wanita di dunia ini yang tak sabar-sabar diceraikan oleh suami melainkan atas sebab-sebab tertentu. Nauzubillah.

Setiap wanita yang bergelar isteri, yang dinikahi oleh lelaki pilihan hatinya lazimnya tulus mencintai suami sepenuh hati, percayalah.

Selepas berkahwin, suamilah kawan. Suamilah musuh. Suamilah tempat mengadu. Suamilah tempat bergaduh. 

Bukannya menolak kewujudan keluarga, ibu bapa, mertua dan adik-beradik. Cuma jika merujuk akad nikah itu, pihak terhampir diikat adalah suami dan isteri.

We fight. We argue. We love.

Saat Wanita Memilih Untuk Tetap Berkerja atau Menjadi Suri Rumah.

Ada sesetengah wanita, sebelum berkahwin dia berkerjaya. Tapi setelah kahwin, dia memilih untuk meninggalkan kerjayanya kerana mahu berbakti sepenuh masa mendidik generasi akan datang. Subhana Allah! Mulianya mereka!

Berapa banyak kegembiraan dikorbankan. Masa untuk bergelak ketawa dengan kawan-kawan. Masa untuk shopping. Menunggu wang gaji di hujung bulan.

Ada juga isteri yang mahu tetap berkerjaya, tapi suaminya minta untuk berhenti kerja dengan tujuan menjaga anak-anak di rumah.

Maka kewajipan suami ialah memberi nafkah ke atas isteri. Sama ada isteri berkerja atau tidak.

Persiapan Wanita Sebelum Ditinggalkan : Wang.

Ini bukanlah cakap atas dasar materialistik. Kalau anda baca sebagai kata ini materialistik, maka ustaz penyampai radio Ikim semalamlah yang materialistik kerana dia yang menyarankan begitu.

Soal materialistik, tolak tepi. Sekarang, kita perlu realistik. Ya, kembali ke dunia nyata. 

Jika kita ditinggalkan suami, sama ada melalui perceraian atau asbab kematian suami, berkemungkinan masa itu ibu bapa kita sudah tiada, pesan ustaz semalam.

Betul juga. Bukan kita saja yang menginjak usia, ibu bapa kita juga begitu. Bila anak peremouan mereka sudah berkahwin, ibu bapa merasa lega. Sekurang-kurangnya, ada yang boleh menjaga anak mereka bila mereka sudah tiada.

Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Jodoh tidak berkekalan setelah puas bertahan atau pun pasangan terlebih dulu dijemput Illahi.

Menangislah si isteri. Hiba. Sedih. Rasa kosong, keseorangan. Anak di pangkuan menangis minta disusukan. Anak yang sudah besar minta diuruskan. Urusan naik ke mahkamah. Urusan dokumen untuk tuntutan harta. Macam-macam lagi nak mena selesaikan.

Sudahlah baru kehilangan suami. Diri sendiri tidak berkerja. Ibu bapa sudah tiada. Nah, ke mana tempat bermanja?

Wanita, Ketahuilah Hakmu.

Jika seorang wanita itu bercerai hidup atau bercerai mati dengan suami, maka wanita berhak mendapatkan perkara-perkara berikut :-

Harta sepencarian : Secara ringkasnya, harta yang kita berhak dapat sepanjang tempoh perkahwinan kita dan pasangan, tak kiralah isteri tu berkerja atau tak sepanjang perkahwinan. Jumlahnya ditentukan oleh mahkamah.

Faraid : (jika kematian suami). Isteri berhak mendapat 1/4 dari harta suami (jika tiada anak) dan 1/8 dari harta suami (jika ada anak).

Hibah : (jika bercerai hidup). Hibah maksudnya hadiah. Mungkin si suami pernah menyatakan beliau mahu hadiahkan.

Insurans : Kalau syarikat insurans lain Asy tak pasti polisi mereka. Kalau Takaful Prudential, jika suami meninggal, isteri berhak mendapat sejumlah wang, hibah dari syarikat takaful kalau tak silap.

Mutlah : saguhati kepada wanita yang bercerai.

Nafkah Semasa Eddah : Suami wajib memberikan nafkah eddah dan juga tempat perlindungan sepanjang tempoh bereddah bagi bekas isterinya. Dalam tempoh eddah, jika berlaku rujuk, mohon mahklumkan pada mahkamah untum dicatat.

Ini secara ringkas dan setakat apa yang Asy ingat. Rindu membuak-buak pula dengan dunia law. Bila rezeki nak bertandang dalam dunia law ya. 😩😩😩

Terima kasih semua kerana membaca. 

Oh ya. Asy mohon doa dari semua, semoga doakan Asy dan suami kekal bahagia bersama pasangan hingga ke syurga. 💗

Comments

  1. Sesama kita berdoa..agar kebahagian rumahtangga bahagia till to jannah...amin..

    ReplyDelete
  2. takde siapa yang mahukan masalah dalam hubungan. Namun, perlu juga kita beringat yang semua itu adalah ujian sekiranya berlaku pada kita. Apa-apapun, berdoalah selalu semoga rumahtangga sentiasa harmoni.

    ReplyDelete
  3. Saling bertolak ansur. Dan jalankan tanggungjawab sebaiknya. In sha Allah kerukunan rumah tangga terpelihara. Terima kasih atas ingatan ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...