Skip to main content

Kenapa Lelaki "Takut" Topik Kahwin?

Assalamualaikum wbt

Semalam tak dan menyapa uolz sebab iolz raya sakan. Kehkehkeh. Syok pulak raya this year sebab dapat p kenal ramai lagi orang. Sebelum ni tak ada kenderaan lagi kan, nak gerak ke mana-mana pun dah berat tulang sendi semua.

Nin diaaa. Belanja sikit gambaq #teamrayaklang. Kehkehkeh

Okay girls kat luar sana. Asy nak share ngan korang tajuk hot punya. Kenapa lelaki banyak nal mengelak bila sampai bab "kahwin". My husband also one of them. Cuma Asy simple sajo. "If u wanna me, work for it bebeh. Coz talk is cheap." Gittew! Kahkahkah.

I think most of men gini. Berkawan bercinta kemahennn. Every night tak miss text, "Good night love". Kalau kitorang, tak dan wish. Masing-masing ikut suka la sapa yang dah terbongkang dulu. Tak kuasalah nak qiam sebab nak mesej kau je (masa tu tak kaweng lagi).

Okay, cekidaut big why lelaki TAKUT kahwin.

Duit Tak Cukup!

Kau kalau tengah-tengah makan tu, kau tanyalah boipreng korang kan,

"U, bila u nak masuk meminang I?"

Berhenti tigaploh jam nafsu makan dia. Kau apa lagi. Perabih la makanan dia. Kah! Okay kidding.

Normally, lelaki kalau ditanya gitu, dorang was like, "bapak susah wey nak jawab." Itu yang diorang akan jawab,

"Nanti duit I dah cukup, I masuk memninang U, okay?"

Mulalah si perempuan fikir, bila nak cukupnya tu? Kalau setiap minggu keluar dating. Kalau setiap minggu update cerita baru kat wayang.

Perempuan kan, dia tak hadap sangatlah makan mewah-mewah. Kau cakap nak pinang dia, kenyang setahun dia. 

Kemon lelaki. Daripada kau heret gelpreng korang dating and so on, baik kau simpan duit tu buat hantaran. Buat belanja lepas kahwin.

Meh kita buat calculation kasar kos dating sehari. (Ni agak-agak je tau secara logik)

Makan KFC, RM 15 x 2 orang = RM 30
Parking = RM 5
Minyak & tol = RM 10
Wayang =RM 30

Sekali keluar, RM 75. Kalau sebulan keluar 4 kali, kos dah RM 300. Kalau simpan, RM 300 tu boleh buat tambah-tambah simpanan nak kawen, kan lagi cun. Ye dak?

Kerja Masih Tak Stabil

"Kerja I sekarang ni tak stabil lagi. I pun plan nak berhenti dan cati kerja lain."

Tak kelakar langsung bila boipreng kau cakap gitu. Mohon kau smack down dia down down, okay?

Sebenarnya lelaki-lelaki sedonia, nin dia sifirnya. Selagi mana kau ada kerja, kerja yang halal tu dah cukup bagus. 

Bab gaji kau ciput ke apa, jangan risau. Kau pegang janji Allah, Allah akan murahkan rezeki orang yang nak kahwin.

Itu tangkal azimat Asy pegang sepanjang journey nak kawen. Urut-urut dada, baca balik tafsir ayat tu. Sampai tahap menangis bila Allah mudahkan banyak perkara nak kahwin, even ada beberapa halangan.

Mak Ayah Dah Ada Pilihan Untuk Dia

Ini pernah terjadi pada kawan Asy. Dia memang suka dekat kawan Asy (perempuan). Memang care lah senang cerita. Tapi disebabkan mak ayah dia ada pilihan, dia pejamkan mata tinggalkan kawan Asy dan penuhi hasrat mak ayah dia.

Paling menyakitkan jiwa, bila dia cakap kat kawan Asy tu, dia tak mampu nak bagitau mak ayah dia, betapa dia sayangkan kawan Asy. Katanya, jaga hati ibu bapa.

Betul. Siapa kata hati ibu bapa untuk diremukkan, ye dak?

Sekurang-kurangnya lelaki, make sure diri kau tu tegas sikit. Sekurang-kurangnya bagitau pada mak ayah kau, yang kau dah ada pilihan hati.

Atau, kalau kau dalam kes dah tau mak ayah kau ada pilihan, jangan bagi harapan pada perempuan lain. Benda tu menhakitkan tau. Ibaratnya, kau pancing ikan, ikan tu dah kena mata kail kau, kau lepaskan.

Fuhhh. Kalau teringat cerita si kawan ni, aku pulak yang hot-hot. Okay, okay. Kita tengok last point pasaipa lelaki TAKUT nak kahwin.

Nebes Nak Jumpa Parent Gegelnyaaaa

Orang kata, lelaki sejati dia takkan cakap guna ayaq liur ja. Dia berani turun padang jarak padang tekukur, lautan api sanggup kurenang. Eh! 

Orang kata, biasanya lelaki kalau betul-betul dia serius, opkos kebiasaannya akan bagitau kita nak dia serius & nak jumpa parent kita.

Kau ingat, lelaki berani nak pergi sorang-sorang jumpa parent kau kalau tak serius? Sedang dia serius pun dia debau-debau nak juma parent kau tau!

Okay, dia punya sifir macam ni lah. Kalau kau (perempuan) kau ada bff lelaki. Bff tau bukan boipreng. Katakan kau jemput bff kau tu datang beraya rumah kau, lepas tu dia tau kau jemput dia je, kalau dia tak ada hati dengan kau, insya Allah dia tak mai.

Sebab, lelaki dan perempuan takkan jadi best friend, orang kata. Mesti ada something special between them. Orang lah cakap. But I have two bff lelaki. Husband pun tau lah pasal bff Asy. Setakat ni, tak pernah langkau batas kawan la. Memang betul-betul kawan, tak ada udang di sebalik mee basah.

Kalau kata boipreng kau macam nebes-nebes kan nak jumpa parent kau, kau bagilah kata-kata semangat,

"Parent I just nak kenal-kenal dengan U. Mestilah dia nak tau macam mana bakal menantu dia."

Ayat ni berkesan ke tak pada boipreng ngkorang, Asy tak tau lah. Haha. Sebab Asy, 3 hari baru kenal dengan husband, dia dah kepochi nak jumpa parent. Masa tu gelabah ayam itik rusa semua. Awat kalut ngatttt. Aku pulak fikir, rilex lah, baru kenal 3 hari. Gila ke apa. 😂😂😂

Apa yang Asy tulis ni, berdasarkan pemerhatian & cerita-cerita dari kawan-kawan Asy sendiri. So, if ada yang terkurang tu, mohon tambah lah ye.

Tahnk.ypu for reading! Salam Syawal yang ke-8 dari Asy dan suami. Kalau nak datang rumah, mohon inform awal-awal. Takut tak ada di rumah. Raya sakan katanyaaaa. Hehehe.

Luv,
Asyrafiah Sabri
I Love My Husband

Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...