Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Nasi Tomeh Simple

Assalamualaikum wbt. Korang tengah pening ke nak fikir juadah nak hidangkan pada para etamu raya-raya ni? Meh sini Asy nak share resepi, Nasi Tomeh. Resepi ni dari mak mertua, diwariskan kepada kakak ipar. Adik iparnya (Asy lah) pakai hentam sajalah. Tapi menjadi. Sampai asben kata, "Sayang, sedapnya Nasi Tomeh ni." Kehkehkeh Nasi Tomeh ni slanga utara, which is my husband came from Perlis. So banyaklah loghat utara yang dok teradun sekali, walaupun Mr Fikri refuse to speak "utagha" with me. Dia cakap, sebab Asy bukan orang utagha. Padahal dia tak tau bini dia ni seketoi yang cekap nak cakap bahasa lain. Kihkihkih. Okay, lari tajuk. Nasi Tomeh ni bahasa Selangornya Nasi Tumis. So, jom tengok resepi Nasi Tomeh ni gais! Bahan-bahan Nasi Tomeh Beras Pelaga Kayu manis Cengkih Bawang putih & bawang merah Planta Secubit garam Daun pandan Cara Masak Nasi Tomeh Blenderkan bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak. Tujuannya...

4 Hidangan Hari Raya yang Unik di Perlis

Assalamualaikum wbt First time raya berjauhan dengan keluarga. First time raya tak dapat cium tangan mama ayah. First time raya tak bergaduh dengan adik-adik. Sedih. Tapi alhamdulillah suasana di Perlis mengubat duka. Setakat ni, Asy dah rasa suasana raya di Pahang dan juga Sabak Bernam. Tahun ni, Allah rezekikan beraya di Perlis pula. Gambaq sat depan umah Mak Su. So, Asy nak highlightkan beberapa keunikan menu Hari Raya di Perlis. Pertama, Ketupat Palas Ketupat palas sebagai hidangan wajib ni, bagi Asy macam pelik sikit. Hehe. Ketupat palas ni isinya pulut. Kenyal-kenyallah masa makan.  Asy ingatkan lemang, sebab masa sampai di rumah Mak Su, ketupat palas tu dah tak berbalut (kesian dia baju raya dah kena tanggal awal-awal 😂) Ketupat Palas & Daging Minang Masa nak ambil ketupat palas tu, Ayah Chik cakap, sini tak dak lemang. Ketupat palas ja ada. Kedua, Kuah Kacang Daging Kalau tengok gambar, memang tak ada beza. Bila ...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Bercerai Kerana Ibu Mertua

Assalamualaikum wbt. Asy dah dalam bas Sani Express, nak balik ke Klang sebab esok Mr Fikri dah masuk kerja balik. Nanti dalam entri yang lain, Asy akan bagi review tentang Sani Express. Entri kali ni, Asy nak share satu cerita yang Mr Fikri cerita pada Asy semalam. Faiz (bukan nama sebenar) dah berkahwin dengan Zue (bukan nama sebenar). Faiz berkerja sebagai pekerja kilang. Zue tidak berkerja. Selepas berkahwin, Faiz dan Zue tinggal serumah dengan ibu bapa Faiz. Zue merupakan anak jati Jawa. Apa kaitannya, nanti Asy akan ceritakan. Ibu bapa Faiz sebenarnya tak berapa berkenan dengan Zue sebab dikategorikan sebagai menantu yang low standard. Yelah, Zue kan tak berkerja. Biras-biras Zue semuanya hebat-hebat. Akauntan, doktor. Tapi, Zue pejamkan mata hal tu. Zue ni rajin sangat tau. Paling selalu tolong mertuanya buat kerja rumah. Orang kalau dah tak suka, buatlah apa pun, dia tetap takkan suka. Mettua Zue setiap hari akan mengadulah pada Faiz bagitau Zue ni tak pandai...

Tips Merawat Cirit-Birit di Hari Lebaran.

Assalamualaikum wbt Salam Lebaran buat semua! Raya-raya ni, ramai kawan-kawan dok update di Facebook, sakit perut. Perut terkejut sebab makan dengan banyak. Perut terkejut sebab makan macam-macam di 1 Syawal. Itu normal uolz. Kita merayakan Hari Kemenangan. Tapi, tak syoklah raya kalau sakit perut. Makanan best-best gila kot masa raya, kan? Gila wey tengok ja makanan, telan ayaq liuq tengok makanan kan. Untuk kes yang cirit-birit lah. Kehkehkeh jahat gila! Okay, Asy nak kongsi 3 cara mudah untuk atasi ciriti-birit. 1) Pil Chi Kit Teck Aun. Paling famos amos. Kau make surelah beli bendalah ni. Make sure jadikan list wajib bawak masa travel. Cara makan, selalu telan saja 1 pek kecil tu dengan air kosong. 2) Teh Pekat. Teh pekat ni dia punya main function untuk dehydrate tau. Jadi, jangan pulak kau hidang ayaq teh pekat ni pada tetamu sempena Aidilfitri. Kang, itulah last orang datang rumah kau sebab bila balik, semua jadi cirir-birit! Cara buat te...

Cara Mengatasi Masalah Bersin Teruk

Asslamaualaikum wbt. Korang, siapa sekarang ada masalah, asal bangun pagi je korang bersin-bersin? Asy pernah rasa dulu. Ya, dulu! Sebelum kenal dan bercinta dengan Shaklee. Keleklah sapu tangan ke sana sini, Asy dulu. Siapa kenal Asy, mesti tau Asy best friend dengan sapu tangan sebab keep on bersin. Hari ni Asy bukan nak kongsikan cerita Asy, tapi nak kongsi kisah Puan Ayu Adyani, macam mana beliau berjaya keluar dari masalah bersin yang teruk dan masalah gastrik.  Nak tahu apa yang beliau amalkan? Meh baca meh! Assalamualaikum wbt. Saya Ayu Adyani Ab Rahman, berumur 33 tahun dan berasal dari Kota Bharu. Saya berkerja sebagai guru dan memilik 3 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengidap sinus, migrain dan gastrik di tahap kritikal. Antara simptom yang saya hadapi ialah bersin yang berpanjangan, bengkak muka dan migrain yang teruk sehingga muntah-muntah. Saya juga kerap mengambil cuti sakit akibat daripada penyakt-penyakit ini. Saya ...

Lets Tour To Singapore!

Assalamualaikum wbt Hari tu dah bawa travel ke Syria kan? Hari ni Asy nak bawa anda travel ke Singapore pula. Negara Merlion. Dekat-dekat aje. Masa Asy pergi Singapura ni, Asy umur 20 tahun. Pergi seorang diri. Ada dua perkara yang membuatkan Asy pergi ke Negara Singa Putih itu. Pertama, melawat teman baik Asy yang diuji dengan kanser thyroid. Kedua, membawa hati yang luka beb! Hahaha! Bila fikir, bestnya dulu. Merawat hati terbang ke Negara lain. Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh, kan? Sekarang dah berdua, mesti lagi seronok pergi ke Negara orang, mencipta memori indah. Gittew! Okay, gambar-gambar yang Asy akan kongsikan ni adalah gambar 2010 ye. Mungkin ada beza, mungkin ada yang stay cool. Hehe Masa ni dalam bas. Ada rasa terkejut sikitlah sebab tak nampak yang bertudung, kan.. Hehe Nak naik MRT ke Geylang. Yuhhuuu Geylang Tempat pertama Asy pergi ialah Geylang. Geylang ni menjadi kegilaan Asy sebab Asy gila jubah. Bayangkan, jubah y...