Skip to main content

10 Cara Tradisional Merawat Kaki Merekah

Assalamualaikum wbt

Mempunyai kaki yang merekah, sama ada tumit atau buku lali cukup menyakitkan. Asy sendiri pernah mengalami masalah buku lali kering sampai tahap best nak dikopek, dan akhirnya berdarah-darah. Fuh! Memang sakit.

Siapa tak nak kulit licin macam ni kannnnn

Jadi meh Asy kongsikan apakah 10 bahan tradisional yang boleh kita gunakan untuk ucapkan goodbye pada tumit merekah.

1. Aloe Vera

Ramai yang kenal dan tahu khasiat si lidah buaya ini sebagai pelembut, kan? Sebenarnya, banyak khasita yang terkandung dalam Aloe Vera ini adalah untuk menjaga kesihatan kulit. Merawat kulit yang bermasalah seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dari sebelumnya. 

2.Madu

Tahu tak yang madu ni berfungsi sebagai antiseptik dan anti-oksidan yang semulajadi, Jadi, madu ini berfungsi untuk hilangkan kesakitan yang berpunca dari kulit yang kering atau kulit yang merekah.

3. Pisang.

Ya! Tak salah baca pun deknon oiiiii. Dengan bantuan potassium dan vitamin yang ada dalam pisang membantu sebagahian besar organ dalam badan dan kulit menjadi lembap gittew. Mesti korang tak sangka, kan?

4. Minyak sayuran

Atau apa-apa jenis minyak (minyak dagu, minyak senyonyong tak termasuk ye). Paling senang. Sapukan pada tempat yang merekah tu setiap malam sebelum tidur dan sarungkan stokin. Dalam masa 3 minggu, anda boleh lihat kesannya tau!

5. Tepung Beras

Ada rekahan pada tumit kaki? Sapukan saja bancuhan tepung beras ini pada tempat yang merekah. Oh ya! tepung beras juga boleh jadi skrub untuk tanggalkan kulit mati tau. Kalau rasa nak ke SPA tapi dompet tak berapa tebai, moh le kita cuba!

6. Indian Lilac

Paling famous dalam kalangan masyarakat india, dikenali juga sebagai Neem. Fungsi dia sebagai anti-kulat, melembutkan kulat dan mengurangkan sakit tumit yang merekah.

7. Lemon

Keasidan buah lemon ini memang sangat piaw (kalau bahasa asben) nak bantu untuk hilangkan rekahan tumit. Asid kan dalam lemon tu. Faham-fahamlah fungsi asid.

8. Garam Laut Mati

Magnesium yang terkandung dalam Garam Laut Mati mampu menyah-toksin yang ada berjemaah dalam tumit yang merekah.

9. Petroleum Jelly

Kalau cakap Petroleum Jelly,ramai orang akan teringat Vaseline kan? Kandungan dalam petroleum jelly ni memang membantu sangat-sangat untuk memulihkan tumit yang merekah. Buku lali kering pun okay sangat guna.

10. Minyak Zaitun

Minyak zaitun pun bagus tau untuk masalah tumit merekah ni. Korang buang dulu kulit kering dengan pumice stone, lepas tu sapukan minyak zaitun pada tumit yang merekah atau kawasan kulit kaki yang kering.

Ini lah dia pumic stone tu. Ada di Watson & Guardian. Lazada pun ada tau.


Say NO pada Kaki Merekah dengan Shaklee.

Asy hanya guna 3 produk. 2 untuk cure dalaman dan satu untuk luaran. Asy mengalami masalah buku lali merekah, sampai tahap berdarah bila kopek (siapa suruh kopek kan? Gatal!)

1- Alfalfa - berfungsi matikan segala kulat-kulat dalam badan

2- Vita-C - membentuk kolagen untuk kulit

3- Herbal Blend - disapu pada kulit yang merekah. sapu dan sapu. Sekarang buku lali smooth je macam baby. Auch!

Terus Dapatkan Set Kecantikan Kulit Anda SEKARANG!

Ya! Sekarang! Jangan tunggu lagi. Boleh klik link icon di bawah ni kalau nak soppim sendiri. Kalau rasa renyah nak transfer-transfer bagai, haaaa memangs sesuai sangat-sangatlah korang klik terus icon bawah ni.
Siapa yang nak terus purchase guna Credit Card / Debit Card, boleh terus klik sini ya!


"Asy, kita nak suruh Asy belikan je lah boleh tak?"

Atau,

"Asy, kalau dah beli guna button atas ni, macam mana nak tau cara makannya?"

 Mai roger Asy dekat WhatsApp ya. Asy sedia menunggu dengan tangan terbuka. Klik je nombor fon Asy kat bawah ni,


"COD boleh tak Asy?"

Bolehhh. Asy COD ke 5 tempat berikut:
  1. Bandar Sultan Suleiman
  2. Port Klang
  3. Flat Seri Perantau
  4. Kampung Delek
  5. Rantau Panjang Klang
Tempat lain kalau nak Asy COD pun boleh roger tau!

Korang boleh get in touch dengan Asy melalui:
  1. Facebok, Asyrafiah Sabri
  2. WhatsApp
  3. Instagram, Asyrafiah Sabri


Comments

  1. kaki yang merekah teruk boleh menyebabkan sakit dan pedih masa nak berjalan. Sebab tu,penjagaan kaki pun sangat penting agar kita dapat menjalani hari dengan selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak jida. Sakit tu dah pernah rasa. Tu yang tak nak dah sakit kaki sebab kulit kering.

      Delete
  2. Sya pun ada masalah ni. Nak berjalan pun tak selesa terasa pedih. Sapu berbal blend sgt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adui Asy terbayang masa buku lali kering dulu. Walaupun duduk kat tepi, sakitnya tu kena kasut, Allah je tau

      Delete
  3. Selama ni cume tau kulit pisang ni untuk kulit muka je... Rupenya boleh untuk kaki juga. Boleh try ni!

    Tq asy tuk info menarik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak sebab kulit pisang lembut & kandungan pada kulit pisang tu sendiri.

      Delete
  4. Banyak juga tips untuk hilang merekah di kaki.
    Tq for sharing.

    ReplyDelete
  5. Bila kaki dah licin, stokin pun tak adalah cepat rosak. Kalau tak, ada je yang tersangkut kat kulit-kulit kering tu. Terima kasih Asy.

    ReplyDelete
  6. Kaki ni paling jauh nak capai, tapi kena jaga jugak. Tips yang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe capai, jangan tak capai. Nanti dia merajuk, kita yang susah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...