Assalamualaikum wbt
First time raya berjauhan dengan keluarga. First time raya tak dapat cium tangan mama ayah. First time raya tak bergaduh dengan adik-adik.
Sedih.
Tapi alhamdulillah suasana di Perlis mengubat duka.
Setakat ni, Asy dah rasa suasana raya di Pahang dan juga Sabak Bernam. Tahun ni, Allah rezekikan beraya di Perlis pula.
So, Asy nak highlightkan beberapa keunikan menu Hari Raya di Perlis.
Pertama, Ketupat Palas
Ketupat palas sebagai hidangan wajib ni, bagi Asy macam pelik sikit. Hehe. Ketupat palas ni isinya pulut. Kenyal-kenyallah masa makan.
Asy ingatkan lemang, sebab masa sampai di rumah Mak Su, ketupat palas tu dah tak berbalut (kesian dia baju raya dah kena tanggal awal-awal 😂)
Ketupat Palas & Daging Minang |
Masa nak ambil ketupat palas tu, Ayah Chik cakap, sini tak dak lemang. Ketupat palas ja ada.
Kedua, Kuah Kacang Daging
Kalau tengok gambar, memang tak ada beza. Bila rasa, masya Allah! Sedapppp! |
Sebut kuah kacang, memang tak peliklah. Mana-mana pun ada. Tapi nak tau tak, kuah kacang di Perlis wajib ada daging!
Mula-mula ingatkan salah kunyah, rupa-rupanya, eh betullah! Daging dalam kuah kacang! I is jakundes betoi!
Ketiga, Lontong.
Selain ketupat palas, lontong adalah menu wajib Hari Raya di Perlis. Pergi mana-mana rumah, eh eh, ada lontonglahhhhh. Lontong ni lontong biasalah, tak pelik. Hehe. Cuma pelik sebab jadi main dish untuk 1 Syawal.
Semua rumah yang Asy pergi masa beraya, ada nasi impit, dipadankan dengan lontong atau kuah kacang berdaging.
Semua rumah yang Asy pergi masa beraya, ada nasi impit, dipadankan dengan lontong atau kuah kacang berdaging.
Keempat, Laksa Tomyam
Nama pun Perlis, kan? Dekat dengan Thailand. Jadi, haruslah makanan-makanan sempadan tu masuk juga budayanya dalam masyarakat Perlis.
Tomyam Perlis pun bukanlah tomyam kuah macam biasa kita makan tu, tapi tomyam dia oren putih warnanya. Manis-manis juga rasanya.
Turut digandingkan, kerabu sebagai "sayur" kepada Laksa Tomyam ni. Ditambah pula dengan perahan limau nipis, tu yang buat iman luntur tu. Tak ada telur tau, sebaliknya digantikan dengan fishball. 3 mangkuk sekali libas! 1 mangkuk lagi masa malam sebab ziarah rumah Mak Cik Suzie yang tukang buat Laksa Tomyam ni.
Sedap aihhhh. |
Kalau korang tengok gambar laksa di atas, nampak kuruih kan laksanya?
Ya, laksa di Perlis tak sama macam laksa Pineng. Laksa Pineng gemuk-gemuk. Laksa Perlis kuruih tapi rasa dia macam pagi umph dari laksa Penang.
Setakat 2 hari beraya di Perlis, 4 makanan ni bagi Asy memang sangat unik dan I'm lovin it!
Mustahil tak love sebab Asy kaki makan. Kehkehkeh.
Next entri Asy kongsikan suasana beraya di Perlis pula ya.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Wah..nampak sedap semua.Tak pernah rasa lg laksa tomyam tu..mesti sedapkan
ReplyDeleteUnik. Baru tahu.
ReplyDeleteTerliur tengok laksa tu... First time juga dengar laksa tomyam
ReplyDeleteadoii.. lapar pula tengok ni.. haha..
ReplyDeleteSedapnyaa. Laksa perlis sedap. Laksa tomyam tak pernah cuba lagi.
ReplyDelete