Skip to main content

Triffle Semudah ABC

Assalamualaikum wbt

Dah habis terawih ni, Asy nak contenglah resepi Triffle Semudah ABC untuk kegunaan sendiri di masa hadapan dan kegunaan kawan-kawan semua.

Almaklumlah, iolz suka masak-masak ni tapi nak rotate resepi tu, mungkin setahun sekali. Kahkahkah.

Okay, meh Asy share resepi Triffle ni ya kawan-kawan.

Bahan-bahan (boleh dapat dalam 4 bekas yang empat segi buat bekal tu)

1 pek Swiss Roll Pandan (nak perasa lain pun boleh, tapi kalau Asy macam tak berapa kena tekak)

1 cawan tepung kastard

1 tin susu cair

1 tin air (sukatan sama dengan tin susu cair)

1 peket Kristal Jeli


First Layer Triffle ABC

Pertama, potong swiss-roll pandan kek ni, dengan ketebalan 1cm.


Lepas tu, penyekkan macam dalam gambar ni. 

Kemudian, asingkan air koktail dan buah-buahan koktail. Airnya tadi, renjis-renjis sikit pada setiap permukaan swiss-roll cake yang korang dah penyekkan tu. Renjis ne tau, jangan bagi lecak keknya, nanti tak sedap makan.

Dah settle renjis-renjis air koktail tu, ready untuk buat puding kastadnya pulak.

Second Layer Triffle ABC

Second layer bermaksud lapisan puding kastard pulak.

Caranya simple saja.

Dalam bekas yang boleh guna untuk masak, masukkan 1 cawan tepung kastard + 1/2 cawan gula + 1 susu tin cair + 1 tin air paip (ikut sukatan tin susu cair). 

Asy campurkan lebihan air koktail tadi sebab nak dapatkan rasa buah + taknak buang air koktail tu begitu sahaja.

Okay, kacau semua. Buka api yang besar. Kacau sambil zikir dan selawat ya. Kaaaaaacau sampai dia jadi susah nam digaul. Bila dah agak-agak susah nak digaul tu, kecilkan api.


Bila kastard dah likat, matikan api laju-laju. 

Ambil bekas kek yang dah kita penyekkan tadi, yang kita dah renjis-renjis air koktail tu. Haaaa tuangkan kastard tu, agak-agaklah. Tebal mana yang korang suka. 

Kalau Asy, lagi tebal kastard lagi syiok makan seh!

Okay, dah settle letak kastard atas kek tu, leperkan. Lepas tu, ambil yang buah koktail tadi, taburkan atas kastard. Seeloknya, tekan-tekan sikit buah-buah koktail tu pada kastard sebab takmau dia terapung-apung masa kita buat third layer.

Third Layer Triffle ABC

Third layer adalah layer yang ter-ABC lah semua.

Bukakkan kotak Kristal Jeli tu. Campurkan dengan 400ml air. Masakkan atas api yang sederhana sampai gula hancur. Lepas tu, angkat dan tuang atas second layer tadi.

Sebab tu Asy pesan, buah-buah koktail tadi kita mampatkan dengan layer kastard tu, biar dia tak menjerit minta tolong sebab lemas dalam layer jeli tu.

Faham tak faham?

Maka, jadilah sebegini.


Gambar di atas ni, Asy guna Kristal Jeli perisa Oren sebab Husna (my youngest sister) tak boleh nak telan kalau jeli kale merah. Rasa antibiotik dia cakap. Layan ajelah, kan?

Dah siap macam gambar atas tu, teruslah masukkan dalam peti sejuk, sebab nak bagi keras & sejuk trifflenye.

Okay. Asy buat 10 bekas, bahan-bahan semua gandakan 2 dari apa yang Asy bagi kat atas ni.

Cuma kek je, Asy triple kan, nak bagi dapat 10 bekas.

Sedap woooo makan sejuk-sejuk. Ada lagi tu baki dalam peti sejuk, tapi taknak nagi sapa-sapa, tau!

Sambil taip ni, sambil telan ayaq liuq. Nasib baik tulis masa malam oiiii bolehlah kejap lagi Asy turun makan sebekas. Kihkihkih.

Okay semua. Selamat mencuba! 😍😍😍

Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...