Skip to main content

Nasi Tomeh Simple

Assalamualaikum wbt.

Korang tengah pening ke nak fikir juadah nak hidangkan pada para etamu raya-raya ni? Meh sini Asy nak share resepi, Nasi Tomeh.

Resepi ni dari mak mertua, diwariskan kepada kakak ipar. Adik iparnya (Asy lah) pakai hentam sajalah. Tapi menjadi. Sampai asben kata,

"Sayang, sedapnya Nasi Tomeh ni."

Kehkehkeh

Nasi Tomeh ni slanga utara, which is my husband came from Perlis. So banyaklah loghat utara yang dok teradun sekali, walaupun Mr Fikri refuse to speak "utagha" with me. Dia cakap, sebab Asy bukan orang utagha. Padahal dia tak tau bini dia ni seketoi yang cekap nak cakap bahasa lain. Kihkihkih.

Okay, lari tajuk.

Nasi Tomeh ni bahasa Selangornya Nasi Tumis.

So, jom tengok resepi Nasi Tomeh ni gais!

Bahan-bahan Nasi Tomeh


  • Beras
  • Pelaga
  • Kayu manis
  • Cengkih
  • Bawang putih & bawang merah
  • Planta
  • Secubit garam
  • Daun pandan


Cara Masak Nasi Tomeh


  1. Blenderkan bawang putih dan bawang merah dengan sedikit minyak. Tujuannya supaya bila ditumis nanti, harum baunya.
  2. Cucikan beras dan toskan.
  3. Panaskan planta. Agak-agaklah dengan kuantiti beras.
  4. Lepas planta dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dah diblender tadi. Masukkan juga kayu manis, bunga lawang, pelaga, dan cemgkih. Tumis sehingga naik bau.
  5. Masukkan beras yang dah ditos. Gorengkan sampai sebati. Dah sebati, matikan api.
  6. Letakkan beras dalam periuk nasi. Sukat air macam kita masak nasi biasa tu.
  7. Paling penting, jangan lupa buka suis!
Keadaan Nasi Tomeh ketika menari-nari di dalam kuali.

Nasi Tomeh ni sedap dipadankan dengan Ayam Masak Merah. Tapi hari tu sebab baru lagi buat ayam masak merah, Asy buatlah Ayam Black Pepper. . Berpinggan jugak menambah. Sedappppp.

Untuk sayur, Asy padankan dengan fresh salad dan tomato. Barulah natural gittew. Selarilah dengan motto Shaklee, Always Safe, Always Green, Always Work.

Nin dia Nasi Tomeh + Ayam Black Pepper yang Mengancam tu!


Happy cooking korang!

Sorry tengah syok masak tak ingat nak ambil gambar. 😂

Next time Asy share cara masak Ayam Masak Merah dan Ayam Black Pepper.


Comments

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...