Skip to main content

Syria : Rindu yang Tak Pernah Padam.

Assalamualaikum wbt

Haritu borak-borak dengan asben, pengalaman masa di Syria. Diizinkan Allah untuk sampai ke Syria pada tahun 2009. Lebih kurang 1 bulan setengah di sana, bermula 22 April 2009 hingga 2 Jun 2009. Allah pilih ke sana kerana Program Mukhayyam Arabi (Perkhemahan Bahasa Arab) di sana. Tak penah terfikir boleh sampai ke sana sebab semenjak 17 tahun lagi, Asy paling teringin nak ke Australia. Main lompat-lompat dengan rusa. Tengok bunga-bunga yang cantik.

Tapi betullah kan. Kita merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah jugalah yang terbaik. Kan?

Asy masa tengok balik gambar-gambar masa kat Syria ni, luluh sangat hati. Demi Allah! Betapa dulu Syria indah dengan senyuman, kini kelam dalam peperangan. Senyuman manis mereka kini indah menghiasi syurga nan abadi.

Jom kawan-kawan. Asy nak bawak kawan-kawan travel ke Syria sebelum dihancurkan tangan-tangan Israel laknatullah.

My First Flight to Oversea

First naik flight jauh, so dapatlah meals. Hehe

My meals.


Kedai-kedai di Syria

Tambang bas 80 sen pergi balik. Balik Malaysia, tambang RM 1.50 rasa merana sangat.

Souq Hamidi

Secara ringkasnya, Souq Hamidi ni tempat untuk membeli-belah. Jubah banyak sangat. Kualiti ada yang berkualiti. Ada yang biasa-biasa saja. 

Asy and the geng WAJIB pergi Souq lepas habis kelas. Sebab nak sampai ke negara orang, tak tau bila kan. Jalan puas-puas.

Harga tiket 80 sen sahaja. Tiket pergi balik tau. Tiket dari Jami' Abu Nour (tempat belajar) ke Souq Hamidiah hanyalah 80 sen Malaysia. Manalah tak pergi hari-hari, kan? Tiket murah je. Hehehe

Souq Hamidiah adalah tempat "lepak" Asy, Kinah and Kak Muna lepas habis kelas.
Pintu masuk Souq Hamidiah
Buzoh (aiskrim) pistachio. Kat Malaysia tak makan, kat Syria baru makan.

Pemandangan dalam Souq Hamidiah

Baju cantik-cantik.

Yang istimewanya, Souq Hamidiah ni asalnya bekas tapak peperangan. Kemudian, dijadikan Souq pula. Tapi sekarang, tak tahulah apa cerita. Sedih sangat.
Dengan geng-geng KUIS
Tugu Salahuddin Al-Ayyubi. Tak jauh pun dengan Souq ni.
 
Solat jangan lupa lepas sopping kat Souq.
 

Jami' Abu Nour

Tempatku menimba ilmu.

Kami kena ambil ujian dulu tau. Nak tentukan kami ni duduk darjah berapa. Kelakar tak kelakar. 

Nama je kat Malaysia dah masuk jami' (universiti) tapi sampai negara orang, nak belajar Bahasa Arab, turun jadi darjah.
 

Asy dalam kelas.

Kelas Asy terdiri dari pelajar-pelajar luar. Most of them from Turki. Kesian sangat tau dekat pelajar Turki.

Mereka dinafikan hak mereka untuk bebas menutup aurat, nak belahar agama pun kena jawab macam-macam soalan dari polis. Ni apa yang Asy tanya Soghir (nama seorang pelajar Turki yang sama kelas dengan Asy).

Kita yang bebas nak tuntut ilmu, bebas mengamalkan Islam ni hah, pun buat Islam lompong-lompong, tak secara total.

Jom Naik Jabal!

Jabal apa pun Asy dah lupa namanya. Kalau ada kawan-kawan yang ingat, tolong bagitau untuk Asy update info.

First time naik macam nak tercabut kaki.

Tapi kali kedua, kali ketiga. Slumber je dah naik. Seronok oooo.

Naik lori, jalan pusing-pusing. Macam naik roller-coster. Hihi
View dari puncak jabal. Cantik kan?

Ni geng satu rumah

Ini makam Nabi Zulkifli

Gambar ni beberapa hari sebelum balik, kami panjat jabal nak lepas gian. Lepak atas jabal. Rindu!

Yaum Asy-Syuhada' (Hari Memperingati Pejuang Agama)

Kalau di Malaysia, kita ada hari yang mengingati pahlawan negara kan? Tapi tak cuti.

Dekat Syria, susahlah nak ada cuti-cuti event macam kat Malaysia. Tapi, mereka memang cuti sempena syahidnya para syuhada' yang membela agama.

Sepanjang Asy di sana, tak pernah hujan. Tapi dengan kekuasaan Allah, hari Yamul Syuhada' ni hujan. Mendung sikit sebelah pagi lepas Subuh. Kami pun jalan-jalan ke kubur para syuhada' tau.

Best!

Kalau di Malaysia ni, kalau kau cakap nak jalan-jalan pergi kubur, semua orang cakap kau gila. Silap-silap, viral kau nanti.

Dekat kawasan kubur para syuhada'. Cuba baca "amaran" pada batu nisan yang depan sekali tu.

Ini kawasan kubur Saidatina Fatimah. Kawasan S (Syiah). Kami tak sebut Syiah terang-terang sebab takut kena tangkap dengan depa di sana.

Jom ke Busrah.

Kalau tak salah, ini adalah Busrah. Asy pun lupa dah nama tempatnya ya Allah.



Ini toilet tau.
Tempat mandi ala-ala shower la bahasa kita.




Kolam Mandi Nabi Ayub

Inilah kolamnya.
Dharih tu maksudnya mayatnya Imam Nawawi tu ada ditanam di situ.
 
Nampak tak bukit tu? Itulah tempat laknatullah "parking".
 

The Theater of Bosra (Teater Busra)

Macam colloseum la gitu. Besar dan tinggi dan I is gayat!

Tapi sebab nak bergambar, kutahankan jugak gayat tu.
Gayat aihhhh
Rindu dekat semua!

Amboiiiii. Menung apa tewwww.

Castle of Salah ad-Din (Istana Salahuddin)

Kawasannya besar dan luas. Ala-ala kubu peperangan pun ye jugak sebab banyak sangat tempat curam.

Istana kat Malaysia tak pernah masuk, kita masuklah bekas istana dekat Syria.

Peta di kawasan Istana Salahuddin. Besar gila dan banyak tempat curam.

Tengok bawah, curam kannnnn?

Huishhhhh tingginyaaaa

Lenguh kaki nak naik masuk ke dalam. Tinggi yakmat!
Eh eh. Cantiknyaaaa. Siapa ni? Eh?



Tak berani nak tengok bawah. Takut tiba-tiba hilang pertimbangan, terjatuh ke bawah.

Point ni memang orang berebut nak ambil gambar. Bila nak kurus balik macam ni ye? Eh?






I love scenery kat Syria. Cantik. Tenang. Orangnya pun baik-baik. Peramah.

Asy pernah masa balik dari jami' (masjid) lepas Isyak dengan Kinah, kami dikejar oleh seorang lelaki. Kinah cakap lelaki tu nak buat benda yang tak elok pada kami. Takutnya masa tu, nak balik pun takut tak tau macam mana. Allah je tau.

Asy dah nak menangis pun ya. Sebab takut kan. Tapi Kinah rilex je walaupun dia takut jugak. Alhamdulillah kami berjaya meloloskan diri dari lelaki tu.

Bila tengok balik pemandangan-pemandangan yang cantik ni, hati dipagut sedih dan marah.

Manusia dilahirkan dengan kasih sayang. Kenapalah peri lakunya ibarat binatang? Tak seronokkah ada pemandangan yang cantik atas muka bumi Allah?

Tak seronokkah bila kita hidup dalam kedamaian sampai perlu dimusnahkan kedamaian tu?

I Heart Syrian Food

Masa di Syria, hari-hari kami masak lepas balik kelas. Masak makanan Malaysia lah. Beli beras Siam.

Awal-awal sampai Syria, nak beli groceries pun takut. Bukan takut apa, takut nak communicate dengan orang-orang di sana.

Yelah, cakap Arab kot. Dahlah tak terel cakap Arab, keleklah kamus ke sana sini. Asy lah tu yang paling tak terel.

Most favvy, Mandy Chicken. Sebab tu bila sampai Malaysia, I keep hunting Mandy Chicken mana yang best dan rasa dia sama macam kat Syria.

So far, pernah rasa 1 kedai Arab kat Serdang memamg piaw rasa dia.

Paaaaaaling suka, Mandy Chicken!

Selain tu, makanan utama di Syria adalah berasaskan tepung.

Roti pizza, murah je wey macam RM 1.50 lah duit kita, tapi rasa dia memang Im loving it! Tak tipu!

Everyday otw nak ke jami' (tempat belajar tu) memang Asy rembat roti pizza & roti coklat ni sebagai bekal.

Kami kelas tengah hari. Pagi kelas al-Quran. Pastu balik. Pastu tengah hari kelas Bahasa Arab.

Roti ni dan pizza. My favvy. Tapi tak amek pun gambar pizza.

Burger dia besar weyyyyy! Macam tercabut mulut nak makan.

Cenderahati Bawa Pulang ke Malaysia.

Dah sampai negara orang, mesti beli some two things kan bawa balik.

Buah tangan katanya.

Di mana-mana pun, emas tetap digilai.

Souvenirs. Cantik, kan?

Manisan. Memang manis dan sedap. Baklavaaaaa sedapnyaaaaa


Comel kan gegula dorang? Rasa macam nak angkut semua plastik gegula dorang ni. 😂😂😂

Farewell Syria.

Masa nak balik rasa seeeeedih sangat. Tak tipu!

Asy batch pertama yang Lembaga Zakat Selangor sponsor sepenuhnya (tiket, fees belajar di sana). Kami hanya perlu bawa duit poket saja. Buat beli cenderahati. Buat beli kitab.

Dapatlah sambar kitab Fiqh Manhaj dekat sana yang size poket. RM 80 dapat 1 set (3 jilid). Kalau kat Malaysia, 1 jilid RM 150 tau.

Tudung putih tu tuan rumah kami menyewa. Baik sangat orangnya. Bila kami bagitau kami dah nak balik, menangis-nangis beliau. Sedih sangat macam kami ini keluarganya. Apa yang Asy ingat, beliau pernah cakap, di depan Ka'abah saya sudah doakan kamu semua (beliau pergi umrah). Baik sangat hatinya. Doa untuk sesama Muslim, tak pernah berhenti.

Guru Besar Jami' Abu Nour. Jameelah jiddan!

Kawan-kawan yang belajar Bahasa Asing.

Di Airport Syria.


Kuterbang tanpa sayap di langit-Nya.

Meals masa balik

Arrived safely at KLIA.
Sedih. Tengok senyuman mereka. Tak sangka itulah kali terakhir jumpa mereka. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka. Jika mereka sudah tiada, semoga Allah menempatkan mereka di syurga yang menggembirakan.

Rindu yang tak pernah padam, Syria. 

Comments

  1. Bestnya. Asalkan pegi melawat negara orang (apatah lagi study kan), memang banyak kenangan. Even yg pi 4-5 hari pun susah nak move on. Best cerita Asy. Rasa macam sama2 kat sana. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Aya. Memang susah nak move on.

      Hihi tengkiu kak! 😉

      Delete
  2. Bestnya dapat pergi ke luar negara.
    Memang mnjadi satu kenangan yg trindah..lagi2 tempat tu cntik bersih..kita dpt melihat tempat orang budaya orng...
    In sha allah satu hari pasti dpt prgi..tempt ygg lin pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah KakIna one day kita g umrah sama2 Shaklee belanja ye 😉

      Delete
  3. Rase macam kita pulak yang pegi sana. Seronoknyaaaa... Tapi sekarang Syria tak macam dulu kan.. 😢

    Moga kita semua dilindungi dan dirahmati.. Aaameeeennnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kak anem.. Sedih tengok Syria yang sekarang ni.

      Delete
  4. Bestnya. Sambil belajar, sambil berjalan. Luas pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul. Sambil menyelam minum air katanya.

      Delete
  5. Seronok baca dan tengok semua pic yang ada.. Rasa mcm ada kat sana jugak.. Harap satu hari, sy pun berpeluang pergi melihat adat dan budaya negara lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah sis Collen. Jom kita oergi Bangkk next year dengan Shaklee!

      Delete
  6. waaaa.rindu nak travellll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jommmm kita travel lagi dan lagi dengan bonus Shaklee!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...