Skip to main content

Bagaimana Mempunyai Poket yang SIhat?

Assalamualaikum wbt.

Perkara yang aling Asy suka baca kalau buka Google adalah berkaitan duit. Baca banyak sangat artikel, betapa muda-mudi hari ini mempunyai tahap kewangan yang boleh dikira sebagai nazak.


Selalu kita bagi alasan,

"Alah, gaji aku RM 1,000 je. Nak bayar hutang lagi. Makan pun tak lepas. Takkan nak kena menyimpan jugak? Mana cukup..."

Ini adalah persepsi yang salah. Ini juga menunjukkan tahap pengurusan duit kita.

Berapa Jumlah Minimun Saya Kena Menyimpan?

Tidak ada jumlah yang khusus sebab bergantung kepada kemampuan kita. Ada macam-macam cara yang boleh kita jadikan panduan. 

Ada yang simpan duit dalam tong gas aircond supaya tangan tak gatal-gatal nak keluarkan.

Ada yang simpan ikut tarikh. Contohnya, 1 haribulan, jadi perlu simpan seringgit. 30 haribulan, perlu simpan RM 30.

Ada yang guna tips sisih duih syiling.

Ada yang sisih duit biru (RM 1)

Ada yang sisih duit merah (RM 10)

Sebab tu Asy cakap, tak ada cara yang khusus. Bergantung kepada keadaan gaji masing-masing. Kalau rasa tak mampu nak simpat RM 100 sebulan, cubalah simpan sehari RM 1. Kalau tak mampu juga, simpanlah duit syiling yang ada.

Asy secara jujurnya tak dapatlah nak simpan banyak-banyak tapi Asy amalkan 3 cara ni sebagai CARA WAJIB untuk simpan duit. 

  • Sisih duit syiling. 
  • Setiap bulan asingkan sejumlah duit untuk disimpan. 
  • Baki harian wang belanja (duit kertas) pun wajib disimpan. 

Tips Disiplinkan Diri untuk Menyimpan.

Menyimpan duit bukanlah satu perkara yang mudah, tapi ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk dibuat.

Di sini Asy kongsikan tips untuk menyimpan, mana tahu sesuai dengan cara anda, kan?

  1. Pastikan anda pecahkan jumlah gaji anda mengikut keperluan.
  2. Bina satu akaun bank tanpa card (cardless) yang anda khaskan untuk menyimpan duit sahaja.
  3. Sisihkan wang ikut kemampuan anda (syiling / RM 1 / RM 5 / RM 10 / RM 20 / RM 50)
  4. Pastikan anda masukkan sejumlah wang dalam akaun anda setiap bulan, seolah-olah anda membayar hutang kepada diri anda.
  5. Kalau anda rasa tak boleh simpan sendiri, minta mak atau isteri atau sahabat terdekat untuk simpankan duit anda.
  6. Paling penting, dalam sibuk nak membina tabung sendiri, jangan lupa berkongsi duit anda dengan ahli keluarga dan orang yang memerlukan.
Nak cari duit ni mudah. Kita bekerja, dah dapat income tetap bulanan. Jual Shaklee, dapat untung runcit. Kalau mencapai tahap bonus, boleh dapat bonus tengah bulan depan. Kihkihkih

Rilex semua SID. Bonus masuk kang tengah bulan ni.

Hakikatnya, menyimpan lagi susah dari mendapatkan duit, kan?

Selamat menyimpan duit!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...