Skip to main content

Lets Tour To Singapore!

Assalamualaikum wbt


Hari tu dah bawa travel ke Syria kan?

Hari ni Asy nak bawa anda travel ke Singapore pula. Negara Merlion. Dekat-dekat aje. Masa Asy pergi Singapura ni, Asy umur 20 tahun. Pergi seorang diri. Ada dua perkara yang membuatkan Asy pergi ke Negara Singa Putih itu.

Pertama, melawat teman baik Asy yang diuji dengan kanser thyroid. Kedua, membawa hati yang luka beb! Hahaha! Bila fikir, bestnya dulu. Merawat hati terbang ke Negara lain. Kalau dulu boleh, kenapa sekarang tak boleh, kan? Sekarang dah berdua, mesti lagi seronok pergi ke Negara orang, mencipta memori indah. Gittew!

Okay, gambar-gambar yang Asy akan kongsikan ni adalah gambar 2010 ye. Mungkin ada beza, mungkin ada yang stay cool. Hehe

Masa ni dalam bas. Ada rasa terkejut sikitlah sebab tak nampak yang bertudung, kan.. Hehe

Nak naik MRT ke Geylang. Yuhhuuu

Geylang

Tempat pertama Asy pergi ialah Geylang. Geylang ni menjadi kegilaan Asy sebab Asy gila jubah. Bayangkan, jubah yang simple dengan warna-warna yang menarik hanyalah SGD 15, bersamaan RM 30 sahaja ye. Masa tu dalam SGD 1 bersamaan RM 2.00. So, syoklah sikit belanja. Meh cuci mata apa yang ada di Geylang ni.


Tengok baju-baju macam biasa je lah dekat mall Malaysia kan. Sekali harga dia double da dari Malaysia.

Makan nasi beriani ayam. Lain sikit dari Malaysia. Kuah dia pekat tapi sedap yakmat.

Asy & Zunairah


Singgah solat di sini

Esplanade

Bentuk bangunannya unik, ala-ala durian belanda gittew. Kehkehkeh. 

Dalam tu ada mall, ada bar, ada library. Masa tu peghak (jakun) lagi library ada café hipster sebab kat Malaysia tak jumpa. Sebab selalu pergi Perpustakaan Negara Malaysia, café dia dekat bahagian bawah, means bukanlah sebelah menyebelah macam dalam Esplanade ni. Kira mesra library gitulah konsep café dekat library Esplanade ni.

Bergambar dekat mural dinding.

Library Esplanade. Penuh buku bahasa cina saja!

Esplanade dari luar

Me and my girl

Kugiran depan Esplanade



Merlion

Si singa putih yang mana orang wajib bergambar. Ini mercu tanda bagi Negara Singapura tau!

Depan Merlion.


Dekat Jalan Bugis


Mall Jurong West

Memandangkan Zunairah (bff Asy) tinggal dekat Jurong, maka kami pun jenjalanlah dekat mall situ. Tak jauh beza dengan Malaysia but still ada yang tak ada di Malaysia tapi ada di Singapura.




My favvy 





Jalan-Jalan Cari Makan

Asyrafiah tanpa makanan umpama badan tanpa nyawa. Amboih! Hahaha. Disebabkan Asy memang tak tolak makanan, jadi banyak tempat makan best yang Zunairah bawak Asy untuk cuba.

1- Pasta Maniac

Memang gila kat sini! Siapa yang suka makan pasta macam Asy memang rasa heaven gila wey! Kalau kita makan di hotel kan, dia tentukan okay, pasta Penne sesuai dengan kuah Bolognese & cream carbonara sahaja. 

Tapi berbeza dengan Pasta Maniac. Kau pilihlah bentu apa pasta yang ada, matchkan dengan kuah apa yang ada. Dengan rasa cheese dia yang mencair dalam mulut. Ya Allah! Tergugat iman!

My favvy Carbonara with Cheese!



2- Chewy Junior

Seperti namanya, chewy junior ni memang chewy. Donut yang chewy, intinya di luar bukan di dalam. Manis, masin semua ada. Selain daripada hantu pasta, Asy juga hantu cheese. Sampai Mr Fikri kalau lalu tempat cheese dia cakap, “Sayang, hidung sayang bau something tak?” Sebab dia samakan Asy dengan tikus!

Okay, memang sedap. Harga pun kalau kita pegang SGD rasa macam shopping kat Malaysia lah. Tapi kalau tiba-tiba otak rajin nak convert SGD ke Malaysia, macam nak menangis jugaklah mengenangkan double dari Malaysia.



I choose Cheddar dengan apa tah lagi satu.

3- Carrot Cake

Sampai sekarang Asy tertanya-tanya. Carrot Cake ni diperbuat daripada apa? Rasanya Zunairah dah bagitau dulu, tapi Asy yang dah lupa. Its’ already 7 years since I had being there. Rasa dia sedap. Ni makanan pertama hari terakhir Asy di Singapura. Sebelum Asy berangkat balik. Gigih ikut Zunairah ke sana sini sebab nak berjalan punya pasal. Yang best tu, Zunairah kuat walaupun beliau dalam tempoh chemotherapy masa tu.  Rezeki Asy lah dapat berjalan.

Asy cuba Black Carrot Cake

Bahan-bahan pembikinan Carrot Cake



Tadaaa! The black one yang Carrot Cake. Sebelah tu Nyrah buatkan macaroni heese rasanya. Yummehhh!


4- Old Chang Kee

Dia macam kalau kita kat pasar kan orang jual bebola (Asy call bebola yang kat pasar tu, “cucuk-cucuk”), kuih-kuih sikit. Old Chang Kee ni Asy perasan ada di KLCC, tapi bila Asy nak beli something sebab rindukan Singapura, tengok menu dia tak sama, so I refuse. (Demand!)



Sabar ye sabar. Puasa oiiiii.


Disiplin Warganegara Singapura

Memang disiplin. Susah nak tengok sampah ke dinding berconteng ke. Dinding hancing ke. Dinding hancing ni ada di Malaysia dan Syria. Negara lain tak sure sebab belum pernah sampai (insya Allah lepas ni)

Di stesen bas mereka.


Nak naik bas pun beratur cun je ikut line yang ditetapkan. Kalau Malaysia, hurm.. Tolak-tolak itu satu kewajipan (sebab sebelum berkereta, bas dan KTM lah pengangkutan utama)

SDi stesen MRT beli tiket nak jalan-jalan.

Masa ni kagum gila dengan journey chart Singapore dalam MRT, sebab kat KTM tak ada. 2015 baru Malaysia buat cenggini pada KTM.

MRT diorang (kalau Malaysia, macam LRT lah) punctual gila! Tak susah nak dapat. Selang 2 minit, sampai MRT lain. So kalau kau terlepas MRT, tak ralat sangatlah sebab tak lama nak tunggu. Kalau MRT delay lama sangat tu biasanya ada kes Chinese bunuh diri dekat landasan MRT (Zunairah cakap).

Seronok, memang seronok! Dapat berjalan ke negara orang memang seronok. Tengok bezanya negara orang, budaya mereka, makanan mereka.

Insya Allah, habis je hutang PTPTN Asy, memang kuheret lakiku pusing serata dunia, insya Allah.

Doakan Asy, okay?

Tak sabar nak habiskan bayar hutang PTPTN sebab nak share dengan korang tips bayar duit PTPTN dengan BONUS SHAKLEE! Because I’m on my way to settle PTPTN dengan duit Bonus Shaklee.

Thanks for reading semua!

Luv,
Asyrafiah Sabri
Suka Travel dan Suka Makan

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...