Skip to main content

Bercerai Kerana Ibu Mertua



Assalamualaikum wbt.

Asy dah dalam bas Sani Express, nak balik ke Klang sebab esok Mr Fikri dah masuk kerja balik. Nanti dalam entri yang lain, Asy akan bagi review tentang Sani Express.

Entri kali ni, Asy nak share satu cerita yang Mr Fikri cerita pada Asy semalam.

Faiz (bukan nama sebenar) dah berkahwin dengan Zue (bukan nama sebenar). Faiz berkerja sebagai pekerja kilang. Zue tidak berkerja.

Selepas berkahwin, Faiz dan Zue tinggal serumah dengan ibu bapa Faiz. Zue merupakan anak jati Jawa. Apa kaitannya, nanti Asy akan ceritakan.

Ibu bapa Faiz sebenarnya tak berapa berkenan dengan Zue sebab dikategorikan sebagai menantu yang low standard. Yelah, Zue kan tak berkerja. Biras-biras Zue semuanya hebat-hebat. Akauntan, doktor.

Tapi, Zue pejamkan mata hal tu. Zue ni rajin sangat tau. Paling selalu tolong mertuanya buat kerja rumah.

Orang kalau dah tak suka, buatlah apa pun, dia tetap takkan suka. Mettua Zue setiap hari akan mengadulah pada Faiz bagitau Zue ni tak pandai buat kerja rumahlah. Bukan tak pandai sebenarnya. Cuma lain orang, lain caralah kan. Ini dilema menantu-menantu perempuan tau sebenarnya.

Faiz ni pulak jenis "Yes-Mom-Man". Dia terima bulat-bulat apa yang mak dia cakap, tanpa usul periksa. Faiz pun selalulah tegur Zue, supaya rajin, tolong ibunya.

Makin lama, mak Faiz makin lain perangainya. Dengan slumber marah Zue di depan Faiz. Faiz buat tak tahu. Tak defend Zue. Menjaga maruah isterinya. Awal-awal, Zue diam. Cuba untuk bersabar.

Hari berganti bulan. Bulan berganti tahun. Faiz dan Zue dikurniakan cahaya mata. Mak Faiz mengambil cucunya dari jagaan Zue. Katanya, dia pasti mengasuh cucunya jauh lebih baik dari Zue. Faiz macam biasa. "Yes-Mom".

Kau rasa? Zue seronok ke? Zue dah hilang hak sebagai ibu, dan suaminya pula diam membatu.

Mungkin Faiz ingat, ibunya buat begitu nak ringankan beban mereka suami isteri.

Masuk anak kedua, perkara yang sama juga berlaku. Ibu mertua Zue mengambil si anak untuk diasuh dengan caranya. Yelah, mereka kan duduk serumah.

Dek kerana tak tahan dengan sikap ibu mertuanya, Zue kerap minta Faiz untuk tinggal berasingan dengan ibunya, untuk menjaga hubungan baik antara dia dan mertuanya. Mereka pindah, tapi anak-anak tetap duduk dengan nenek mereka (ibu Faiz).

Zue rasa dah hilang tahap kesabaran. Zue pun mohon kerja, dan berulang-aliklah Zue untuk berkerja. Buat apa duduk dekat rumah, anak-anak pun mak mertua yang jaga. Suami pun balik kerja tak terus balik ke rumah sewa mereka, balik lepak di rumah maknya. Jam 10 malam baru balik ke rumah sewa.

Tapi kan, hati manusia ni. Asy rasa Zue ni jenis pendamkan perasaan, untuk bersabar niat asalnya. Lama kelamaan, dia merebak. Sabar pun hilang.

Tiba-tiba satu hari Zue tak ada di rumah! Apa yang ada hanyalah sehelai kertas, bagitau dia dah tak tahan duduk sebumbung dengan Faiz.

Anak pun dia tak jenguk. Walaupun Asy belum lagi jadi seorang ibu, tapi Asy sangat faham, takkan ada ibu yang tegar nak tinggalkan anak begitu saja melainkan hatinya dah koyak teruk. Barangkali sudah tak mampu bertahan dengan keadaan yang makin menekan.

Wanita begitulah dia. Sekeras mana pun dia, sekasar mana pun dia, hatinya lembut.

Kau nampaklah wanita tu buat dek je. Kau kadang nampak wanita tu muka tak ada perasaan je. Tapi dalam hati dia, hati dia tu yang kuat. Dipendam. Disorok. Segala derita.

Dia gagahkan hati dia supaya kuat. Supaya jangan cepat mengalah dengan tekanan hidup. Dia tumpahkan air matanya dengan suaminya, yang berjanji jadi teman sehidup semati. Dia menunjukkan lemahnya dia depan Yang Esa.

Tapi kalau suami sendiri pun butakan mata dan hati, tak nak dengar keluhan dan tangisan isteri sendiri, ke mana lagi dia boleh salurkan perasaannya?

Asy masa dengar Mr Fikri cerita, Asy diam. Lama Asy diam. Asy balas simple je dengan suami,

"Abang, kalau sayang kat tempat dia, sayang mungkin akan buat benda yang sama. And off course, I will see you in court untuk dapatkan hak-hak sayang."

Oh ye. Pasal Jawa dan orang Utara. Sebenarnya, banyaklah juga Asy macam dengar orang cakap, orang Utara ni kalau tau bakal spouse dia Jawa, si family was like tak boleh terima sangat.

Pasai pa? Ceq pun teringin nak tau. Siapa tau share nohhh.

P/s: Sis masih bertabah dalam bas. Bila nak sampai Klang oiiii.


Comments

  1. Teruk juga masalah Zue ni. Mudah-mudahan Zue kuat untuk teruskan hidup. Pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak Ros. Tapi family suami still blame si Zue... Kesian sangat Zue

      Delete
  2. huuhh.. pengalaman duduk sebumbung dengan mertua memanglah susah nak lupakan... setahun 2 bulan saya duduk dengan ibu mertua.. sebulan je ok... sayang lagi dengan mertua, masuk je bulan kedua, haihhh. mula lah salah faham masam muka.. nak jaga suami sampai 2 orang, sorang mertua dan sorang lagi isteri, mertua ni pulak cara dia, saya cara saya, dah berselisih faham dah.. yang suami pulak takka berpihak pada isteri.. macamni lah keadaan selama duduk situ.. perang dingin antara saya dan mak mertua pun pernah berlaku, adalah dalam sebulan nak 2 bulan.. walhal serumah.. suami pulak tuduh saya tak suka mak dia.... kadang2 dendam ni masih ada sampai sekarang.. saya jadi alergik dengan mak mertua.. selama saya duduk situ, kita buat lah sebaik mana pun, dia tetap akan mengata, menegur dan sebagainya.... suami saya masih buta akan perkara ini...dah la tinggal sebumbung dengan ipar duai sekali.. deritanya.. aurat saya lagi. nak mandi leceh .. berebut tandas pulak lagi.. Tuhan jelah yg tau sakit saya masa tu.. lagi2 tempoh PKP, cuti 2 bulan haritu, peehhh lagi tertekan.... hari2 hadap mertua.. saya tolong salah, tak tolong salah... apa saya buat semua salah.. kalau dengan biras saya, baiknya dia, takde marah2 .. saya perasan yang mertua saya ni berat sebelah... takpe saya sabar lagi.. sampai 1 tahap, saya terpaksa ceritakan pada emak sy tentang keadaan saya kat uma tu, mak saya tak puas hati dengan suami saya, terus dia call suami saya... sampai sekarang saya tak tahu apa yang emak saya katakan pada dia... selang beberapa hari tu terus kami cari rumah, dan terus pindah... Alhamdulillah... kami dah hampir 2 bulan tinggal rumah sendiri... suami saya pun baru nampak kebaikan tinggal rumah sendiri... bergaduh tu biasalahkan.. cuma emosi saya stabil sebab tak nampak mertua sangat... saya dengan mertua saya biasa2 je... tak lebih tak kurang... tapi berhati2 tetap ada... sebab saya sendiri pernah jadi mangsa dalam rumah tu... serik sangat2 ...

    ReplyDelete
  3. saya tak ada pengalaman duduk dengan mertua..tapi kisah sy xde bezanya pun dengan duduk sekali...dalam sebulan kalau tak kami kena balik kampung...dia yg akan dtg bertandang ke rumah kami tanpa gagal!

    awal pkahwinan saya masih boleh terima dan layan dengan baik..tapi lama kelamaan rasa x ada privacy..bila balik kampung muka saya lah yg menolong dia..biras x tolong tak apa..xde kena kecam..tapi kalau saya xmenolong..dia punya bcerita tu satu kampung....kalau dia datang rumah pulak mata dia melilau ke seluruh pelusuk rumah..mencari salah....skrg da hampir setahun saya tak baik dengan mertua sebab bgaduh besar( saya,suami dan mertua) suami yesss moommmmm! tak pernah NO!!

    sekarang tengah sarat mengandung anak kedua..suami sggup tinggalkan saya dengan anak sulung bermalam-malam utk balik kampng..saya tak pernah halang..tapi yang jadi melampau selang seminggu dia akan balik kampung..tinggalkan saya..pernah sekali sy warded sbab pengsan..pun dia sggup balik kampung jugakk..

    skrg rumhtgga saya retak menanti belah...saya da pergi failkan cerai..tapi melihatkan keadaan sy sarat..pegawai agama minta sy pergi kaunseling dulu...OH MERTUA..JANGAN BERTINDAK KEJAM MENJADI PUNCA PENCERAIAN ANAK MENANTU...KESIAN NASIB CUCU-CUCU YANG MASIH KECIK YANG MEMERLUKAN KASIH SYANG KEDUA IBU AYAHNYA...BALASAN ALLAH BAGI DUNIA AKHIRAT!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Nafkah Zahir v/s Nafkah Batin

Bismillahirrahmanirrahiim Assalamualaikum wbt Happy New Year readers! Still valid lagi tak? Haha. Okay mohon ampun, mohon maaf. Berhabuk dah blog. Ucap New Year pun lambat. Sebab ada kekangan internet dan kekangan masa (alasan tapi ini betul-betul) Okay, Asy pernah janji kan nak share sedikit tentang nafkah zahir dan nafkah batin di FB. Sebenarnya, Asy masih terima mesej-mesej dari kawan-kawan yang sedikit bermasalah dengan nafkah zahir dan nafkah batin. Macam-macam cerita yang Asy terima. Taknak cakap panjang, Asy terangkan serba sedikit tentang nafkah. Apa Itu Nafkah? Nafkah ialah membelanjakan harta untuk diri sendiri dan orang di bawah tanggungannya. Orang dalam tanggungan secara ringkasnya ISTERI, ANAK-ANAK, HAMBA dan IBU BAPA YANG FAQIR. (Info lanjut boleh digali dalam kitab Raudah at-Talibiin & Fiqh al-Manhaji) Apa Dia Nafkah Zahir Isteri? Makan minum. Pakaian (baju jalan-jalan, baju raya, baju tidur, baju kerja) Duit poket bulanan ...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...