Skip to main content

"Tak Sabarlah Nak Habis Belajar."

Assalamualaikum wbt

Saja nak conteng tentang masa dah habis study dulu.

Masa tengah study, kadang tengok pesbuk, senior-senior dah habis study, pakai kot, keluar masuk court, I was like,

"Gila best wey dah habis study. Dah ada duit."

Asy bukan nak kata tak suka study. Asy suka study, nak-nak lagi buat tesis. Suka gila, serius! 

Sebab tu pegang rekod orang pertama siapkan tesis dalam batch masa Diploma & Degree.

Ingat lagi one of my friend "komplen" pasal Asy,

"Ko ni. Orang sebok tulis tesis. Ko steady ada masa nak update blog ye."

Tesis memang best. Subjek law lagilah syok. Sebab tu hardcore gila dulu, nama blog "Dunia Hitam dan Putih"

Lepas tamat belajar, Asy perlu settlekan 3 months practical dekat law firm.

Nak kata best tak best, sebenarnya, secara jujurnya, bila baca dan baca fail kes. Trauma beb. Nak kahwin pun takut. Serius!

Ada orang bercerai sebab kunci rumah salah letak.

Ada orang bercerai sebab tak tutup mangkuk jamban.

Ada suami bagi alasan nak tambah anak dalam alasan poligami, sedangkan anak dengan isteri pertama dah ada 8 ye.

Dalam masa praktikal ni, Asy banyak macam blur-blur lagi. Lepas tamat praktikal, sebulan lepas tu, Asy decide nak chambering. Dapatlah chamber 4 bulan.

Chambering ni macam kalau doktor kan, dia HO gitu. Budak-budak law kena chambering dulu. Tapi nak jadi lawyer Syariah ni berliku-liku dugaan dan cabarannya.

Masa chambering ni lagi syok. Macam-macam kes jumpa. Daripada takut nak attend client, jadi offer diri dengan bos sebab nak belajar dan belajar cara attend client.

Cabarannya masa chambering, Asy rasa kebanyakan chamber student dah rasa. Kena maki hamun most everyday. Everything need to be settle ASAP (as soon as possible). Klien pulak buat hal, suka-suka hati nak bagi feedback lambat. Bila kes kena tangguh, eh pandai pulak dia bersuara.

Lepas tu, Asy teruskan kerjaya dalam bisnes tudung (Shawl Drawer) & buat ebook dengan kerjasama Tuan Muaz Faris, salah seorang ahli TS (Tarbiah Sentap).

Kemudian, Asy dilamar jadi pelatih Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), di mana di sinilah cinta berputik dengan Mr Fikri. Walaupun awal-awalnya, Asy rasa macam, "serius ke ni aku boleh terima dia jadi suami aku ni?"

Tapi, SL1M tak menjanjikan peluang pekerjaan. Ada sesetengah organisasi yang serap pelatih SL1M jadi staf. Tapi, Tabung Haji tak serap pelatih SL1M diorang.

Maka, laju-lajulah kami semua cari kerja-kerja baru.

Alhamdulillah, sebelum tamat kontrak SL1M, Mr Fikri dapat offer dulu kerja di Subang Jaya. Asy menyusul 3 bulan lepas tu dapat tawaran sebagai guru, dan terus rancang pasal kahwin. Kihkihkih.

I with my favourite girls.

Sekarang, buat pulak Shaklee as a part-time.

Kesimpulannya, alam pekerjaan bukanlah suatu yang menyeronokkan sebenarnya bagi pendapat Asy.

Kadang, kau suka dengan satu kerja tu, tapi persekitaran kerja kau tak membantu.

Kadang, kau so-so je dengan kerja tu, tapi banyak kelebihan yang kau dapat.

Kalau dibagi pilihan untuk belajar dan bekerja, Asy rela belajar sepanjang hidup.

Tapi bak kata pepatah, "Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah." Benarlah. Setinggi mana kau belajar, tapi kau tak kembangkan ilmu itu, apalah nilai yang ada pada diri kita.

Sedaya upayalah kita kembangkan ilmu, bantu masyarakat sekarang yang makin hari makin nazak, terutamanya golongan anak-anak muda.

Asy berharap sangat, agar satu hari nanti diizinkan Allah untuk sambung Master & PhD dalam bidang Syariah & Undang-Undang.

Adik-adik yang bakal tamat belajar, selamat datang ke alam pekerjaan.

Bagi yang sudah di alam pekerjaan, jom sama-sama kuatkan diri dan semangat untuk melaksanakan amanah yang Allah taklifkan pada kita.

Salam sayang,
SITI NUR ASYRAFIAH BINTI AHMAD SABRI



Comments

  1. Wah. Seronok baca cerita Asy. ��
    Betul sangat ilmu tanpa amal sia-sia.
    Ilmu engineering kakda pun dah lesap.
    Padahal dulu bukan main cinta lagi tau! Nak calculate pasal structure walau org kata susah, tp kakda minat sgt.
    Tup² sekarang semua ilmu tu dah tak guna pun.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww wowww. Kakda engineer deh dulu?

      Samalah kakda. Asy rasa darah pun hitam & putih dulu. Tapi bila tak apply sekarang, rugi pun ada. Huhu

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Itinerari 3 Hari 2 Malam di Melaka

Assalamualaikum wbt. Minggu lepas, Encik Fikri dan Puan Asyrafiah telah memanjangkan kaki-kaki mereka ke Melaka. Atau perkataan yang lebih tepat, kami telan ber shot-vacation   ke sana sempena cuti sebenarnya. Kalau tak cuti, tak sampailah ke Melaka dan berlama-lama. Inilah route map yang dipaparkan oleh Google Map. Kebetulan pula, cuti kami sama. Sekolah memang banyak cuti, tapi suami Asy bukanlah cikgu. Jadi, bersempena cuti yang boleh kata panjang sikitlah ni, kami plan untuk jalan-jalan ke Melaka sambil menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Alhamdulillah, sekejap saja dah setahun. Kenapa Pilih Melaka? Sebab kami dua-dua pencinta sejarah. Suka sejarah. Tambahan pula, cuti taklah panjang mana. Kalau tak, mungkin dah sampai Mekah. Eh. Eh. Maka, inilah sedikit coretan ikhlas dari Asy mengenai tempat-tempat yang kami jelajah sepanjang berada di Melaka. Hari Pertama: Check In Hotel – Pantai Klebang – River Cruise Prima Hotel, M...

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? 😉 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...