Skip to main content

Bagaimana Mengira Zakat Pendapatan bagi Penduduk di Selangor.


Assalamualaikum wbt.

Kelmarin dok sembang-sembang dengan suami tersaiyyang pasal gaji. Maka, keluarlah topik zakat pendapatan. Disebabkan kami suami isteri memulakan karier kami tahun 2016 secara rasminya.

Maka, apa lagi. Bergegaslah Menteri Kewangan FF (iolz lew) pergi track balik gaji husband berapa. KWSP beliau berapa. Sebab kerja yang sebelum ni, gaji dia tak fix.

Teruslah Asy buat catatan nak kira gaji husband dan gaji Asy, cukup nisab tak nak keluarkan zakat pendapatan. Ni kisah baru nak kira zakat pendapatan 2016 tau. Haiyyak!

Kemudian, Asy pun bukalah Kalkulator Zakat Pendapatan secara online di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor. Sekali bila nak isi, adalah satu, dua, tiga benda yang Asy tergaru-garu kepala sampai senget tudung sebab tak tau nak buat macam mana.

So Asy kol hotline LZS (boleh tengok dekat bahagian bawah sekali di laman web LZS).

Jadi, Asy terangkan dengan ringkas dan padat, okay?

First Step.
Okay, nampak kan gambar di atas ni? Kalau tak nampak, terus Google LZS dan cari Kalkulator Zakat.

Untuk first step, kita kena isi kesemua sumber pendapatan kita.

Contoh, pekerjaan Asy, Master Coordinator dan income bulanan RM 35,000.

Dalam masa yang sama, kita ada buat sewa rumah 5 biji, yang mana kita dapat untung RM 5,000 sebulan.

So, darabkan saja semua dengan 12 (untuk kiraan zakat setahun)

Second Step.

Lepas kita dah himpunkan pendapatan kita berapa, maka kita perlu isi juga tolakan had kifayah. Had kifaya bermaksud had keperluan kita secara tahunan. Boleh rujuk gambar di bawah.

Situasi untuk kiraan zakat suami. Suami perlu isi apa yang ditanggung. Contoh bilangan isteri berapa, bilangan anak mengikut peringkat umur. Dan juga had kifayah tambahan. Had kifayah tambahan ni maksudnya tanggungan tambahan yang ditanggung suami seperti kos tahunan bagi anak yang cacat, atau pesakit kronik atau kos penjagaan anak.

Kalau tengok betul-betul pada rajah di atas, untuk tanggungan DIRI tu, pihak LZS memang dah tetapkan nilai tanggungan untuk diri sendiri ialah RM 10,750 (tahun 2017).

Bagi isteri yang berkerja pula, hanya perlu tolak tanggungan untuk DIRI sahaja. Sebab lazimnya, anak-anak di bawah tanggungan suami. 

Third Step.

Isikan junlah tolakan KWSP setahun.

Oh ya, kalau ada buat auto-debit setiap bulan untuk simpanan Tabung Haji pun, isi sekali tau amaun yang ditolak untuk setahun, sebab amaun ni tak termausk dalam kiraan zakat tau.

Auto-debit saja, ya. Kalau tiap-tiap bulan masukkan sendiri dalam Tabung Haji, tak dikira sebagai Simpanan Tahunan Semasa LTH tau.

Boleh rujuk gambar untuk lagi clear.


Kalau ada tak faham apa-apa, korang call je hotline LZS. Insya Allah staf yang sangat mesra sedia membantu menerangkan dengan sabar pada korang. Kihkihkih.

Akhir kata, jangan lupa. Harta yang kita ada ini, ada bahagian orang lain. Jangan lupa letakkan hak pada tempatnya. Cukup nisab, zakatkan hartamu. Jika belum cukup, peruntukkan bahagian untuk disedekahkan.

Luv,
Asyrafiah Sabri
Nak Kaya, Jangan Tinggal Zakat & Sedekah.

Comments

  1. untuk yang bekerja dgn company, boleh buat ptongan gaji terus pada lembaga zakat.

    ReplyDelete
  2. Nak sucikan harta,eloklah berzakat. Semoga semakin dimurahkan rezeki. Terima kasih asy untuk info ini.

    ReplyDelete
  3. Wahhh !! Trima kasih sis asy untuk info iniπŸ˜πŸ‘

    ReplyDelete
  4. Wahhh !! Trima kasih sis asy untuk info iniπŸ˜πŸ‘

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Sebab Kenapa Protein Sangat Penting Untuk Badan Kita.

Assalamualaikum wbt semua!  Hari ni, Asy nak sharekan tentang kenapa protein sangat penting pada badan kita.  1, Bila kita melebihkan protein daripada karbohidrat membantu mengurangkan tisu lemak dalam badan dan mengekalkan berat badan ideal. 2, Tahu tak, bila kita ambil sajian yang tinggi protein di awal pagi, akan mengaktifkan hormon dan menyekat rasa lapar? πŸ˜‰ 3, Bila kita makan makanan yang berprotein tinggi, ia bantu kita rasa kenyang yang lebih lama berbanding kita makan karbohidrat atau lemak.  4, Diet yang tinggi protein mencetuskan proses thermogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis ni proses di mana badan mengeluarkan tenaga yang lebih tinggi dan membakar lebih banyak kalori.  5, Protein juga penting untuk penjagaan tulang.  6, Bila kita protein, kita akan kehilangan jisim otot. Bila hilang jisim otot, kita cepat nampak tua tau! 7, Tahukah kita, stress turut merencatkan hormon? Jadi, pengambilan protein sangat p...

6 Perkara Best Travel dengan Bas Sani Express

Assalamualaikum wbt. Semalam, tamatlah sesi #teamrayaperlis dengan keluarga sebelah suami.  Korang still beraya lagi ke tu? Hehe takpe, raya kan sebulan. Entri kali ni, Asy just nak bagi review tentang perkhidmatan Bas Sani Express memandangkan kami menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke Perlis. Sebab ETS habis, flight pula ya Allah, harga dekat nak sama gaji bulanan kami laki bini. First time raya dengan suami dan keluarga belah suami, jadi kalut sikitlah nak book kenderaan. Bas Sani ni pun alhamdulillah kamu dapat tang malam raya. Esok nak raya, kami dok takbir atas bas. Asalnya nak balik Jumaat malam atau Sabtu pagi, tapi tak ada rezeki sebab both time yang kami nak tu, tiket Sani Express dah fully-booked. Harga one way tiket untuk 1 dewasa ke Kangar ialah RM 57.80 Oh ya sebelum lupa. Asy book online saja tiket bas ni. Sebab stress dengan kesesakan Klang masa nak pergi walk-in beli tiket ETS, konon-kononnya nak balik naik ETS je. Lepas set...

Lelaki Bocor Rahsia Cara Hilangkan Kegatalan Pada Badan

Assalamualaikum wbt. Post tentang Syria memang mendapat tempat di hati ramai orang ye.  Sekejap saja dapat 200+ pembaca. Terima kasih bagi yang meluangkan masa membaca coretan Asy. Untuk contengan kali ini, Asy nak share tentang info kesihatan pula. Ingat tak kisah "garu" yang Asy dah tempelkan dua hari lepas? Kalau tak tahu kes garu tu, boleh klik di sini ya untuk baca apa kes garu tu. Ini, Asy nak share tentang satu confession dari seorang lelaki. Pengakuan apa tu? Aku ni ada gatal-gatal dekat kulit. Takde lah lama, cuma dah nak masuk tiga tahunlah. Gatal ni bukannya gatal sepanjang tahun. Dia ada satu masa dia akan gatal. Satu masa tak gatal. Punca? Aku pun tak pasti kenapa gatal kat badan aku ni bermusim. Dah macam 4 musim pulak. Tak cuba rawat? Gila kau aku nak bela gatal ni sampai bertahun-tahun? Krim, bermacam-macam krim dari farmasi. Cara kampung pun aku buat. Ayah aku bagi daun apa tah, suruh tenyeh pada kulit, buat hilang gatal katanya. ...